Jumaat, 11 Januari 2013

2013....

Tengok gambar je dah menerangkan segalanya..:P

Walaupun sudah tahun kedua bersekolah di TASKI , airmata Ammar masih lagi tak dapat dibendung dari keluar..sampai sekarang sudah hari ke berapa masih ada bunga2 nak nangis ataupun mata merah tahan nangis..setiap pagi pesanan berjela-jela .."ummi jangan lupa amik Ammar ngan adik tau".."ummi jangan lambat tau,ummi amik cepat tau".."ummi salam Ammar, ummi cium Ammar".."ummi sekolah lagi berapa hari?" hehehehe

Dikhabarkan gambar di atas disebabkan oleh  takut pada seorang cikgu yang GARANG katanya..masuk je kelas 6 tahun cikgu GARANG cakap ,"Ammar Yasir duduk sini"..kawan tengok cikgu tu je dah terkulat-kulat sebab malam sebelum pergi sekolah dah tanya,"ummi cikgu GARANG dah berenti ke?"..jadi hujan lebat larrr kita..Adik tengok abang nangis adik pun nangis...

Amir tahun pertama bersekolah..nangis juga...semua suka nangis nak buat camner..layankan aje..adik isunya baru memasuki dunia baru dan tak mau ke rumah pengasuh.."Ammir tak nak pergi sekolah atas".."Amir nak Ammar.." **sekolah atas=rumah pengasuh

Apapun so far so good bermula Isnin dah semakin ok..Ammar sudah tak nangis..Amir nangis bila nak ke rumah pengasuh tapi yang bagusnya balik rumah boleh bercerita dengan cerianya ,"Amir nangis kejap je ummi, masuk umah mama (pengasuh) tak nangis daa"..Amir untuk bulan Januari kena ke rumah pengasuh dulu..TASKI nya bertukar pengetua. Pengetua baru tak mau buat pra-kafa untuk 5 tahun..pra-kafa untuk 6 tahun hanya diwujudkan atas budi bicara dan kerelaan hati guru-guru yang mengajar sahaja..katanya pengetua tak mahu campur urusan pra-kafa. Setelah sesi runding-sembang dengan cikgu akhirnya Amir dapat diselitkan juga ke pra-kafa bermula Februari..Alhamdullilah dapat la Amir belajar mengaji lebih sikit.

Sinonim nya update di tahun baru tentang azam baru..salah satu azamnya mahu anak-anak jadi anak yang soleh dan keluarga bahagia..pandai menulis,membaca,mengira dan mengaji..good luck to us..

Melangkah ke tahun baru maka bertambah lah lagi umur, maka makin hampirlah kita dengan janji Allah yang pasti, Mati itu pasti.

Tiada ulasan: