Selasa, 7 Ogos 2012

Alhamdullilah dapat juga akhirnya


Yes ..kegilaan saya kepada buku kadang-kadang boleh jadi tahap maksimum..kadang-kadang berminggu-minggu tak sentuh buku...ada pasang surut nya..tapi hari ni ianya tercetus kerana saya membaca blog prof Kamil (http://muhdkamil.org/blog/page/2/) mengenai buku isterinya Travelog Kehidupan Abadi di ulang cetak..saya juga biasa membaca blog puan Roza (http://muhdkamil.org/rozaroslan/) tetapi tidak sampai hendak membeli buku beliau..tetapi hari ini tiba-tiba saya rasa berminat dan saya telah memborong semua buku karya pn Roza Roslan...Alhamdullilah ia mengujakan!

Dan ia juga dipermudahkan sebenarnya..saya bertanya kepada kawan-kawan sepejabat ada tak sesiapa mahu ke Alamanda saya mahu tumpang , mahu ke kedai buku malangnya tak ada siapa yang mahu ke sana..hari ini saya tak drive , hubby syif malam jadi paginya balik dari kerja dia akan hantar kami anak beranak ke destinasi masing-masing hehe..saya sudah rasa sedikit kecewa sebab tak sabar nak dapatkan buku-buku tersebut..Allah telah mempermudahkan saya untuk mendapat buku yang ada banyak ilmu di dalamnya, dalam pukul 10.46 sms dari hubby masuk katanya dia kena masuk syif petang jadi dia akan ambil saya tengahari untuk ambil kereta..masa tu saya sudah senyum sampai telinga membaca sms dan dalam hati sebut yey yey yey dapat jugak pergi kedai buku!

Sampai kedai buku..masuk sahaja terus nampak buku Travelog Kehidupan Abadi wahh sungguh dipermudahkan..sebelahnya buku SMILE dari Irma saya pun tak fikir panjang ambil juga buku tu, kemudian tak berlengah ke kaunter minta adik MPH check semua buku di tulis oleh Roza Roslan ada tak..Alhamdullilah ada! dan bermula la pencarian adik tersebut, saya mengekor dalam pada mengekor tu ternampak la buku yang saya cari selama ini, Transformasi Ramadan oleh ustaz Hasrizal..yess rasa nak lompat setempat hehehe..buku ni sudah 2 kali saya ke MPH asyik tiada di dalam stok.

Akhir nya 5 karya puan Roza Roslan ditangan saya dan 2 buku tambahan lain..saya cukup seronok. Menariknya rezeki saya hari ini, setiap buku yang saya beli dapat potongan harga 10% dan saya perlu bersedekah rm10 ke rumah anak-anak yatim yang terpilih oleh MPH untuk dapatkan diskaun tersebut..membeli buku sambil beramal dan dapat reward pula Alhamdullilah , saya juga dapat kad diskaun 10% setiap pembelian buku sehingga 31 Ogos 2012.

Dalam kereta saya dah terfikir bila nak baca ni, saya ada yang lagi utama perlu di baca bulan ramadan ni..jadinya lepas raya sahaja saya akan membacanya kecuali buku Transformasi Ramadan..di baca pada hari ini juga..saya juga terbayang-bayang gambar A. Samad Said dalam perpustakaannya, penuh buku...mini pustakaan saya belum penuh lagi buku dan yang paling penting andaikata satu hari nanti buku-buku ini sudah tak ada nak membacanya ( saya berharap Ammar dan Amir akan membacanya dan sayangkannya) akan saya sedekah kepada perpustakaan di Kastam ni..saya sudah tanya pustakawannya yang  mengalu-alukan sumbangan buku-buku dari saya hehehe..kalau tak di Kastam pun mungkin di perpustakaan lain kan ;)


Tiada ulasan: