Esok saya sudah kembali bertugas seperti biasa.
Dua minggu diberi cuti sakit ada macam-macam dilalui. Melalui proses penyembuhan. Melalui rasa tekanan kadang-kadang dengan kerenah anak-anak. Melalui rasa seronok dan bahagianya dijaga oleh hubby dan mak sendiri dan tak lupa melalui rasa seronok juga besama mak mentua.
Rindu angin, segar pagi, bau rumput dan bunga di kampung.
Walau bagaimanapun, saya mungkin seorang individu yang cepat bosan. Kadang-kadang dalam tempoh dua minggu tu, ada jugak terselit rasa jemunya berada dalam rumah. Sebolehnya setiap petang@malam saya akan minta hubby bawa kami pusing-pusing,jalan-jalan tengok pemandangan. Saya mula terfikir ini la perasaan abah saya kalau tak dapat kuar ke bandar Pekan setiap hari.
Melihat dan menyelusuri kehidupan seharian mak dan mak mentua saya kadang-kadang rasa kagum. Mereka tidak jemu di rumah. Padat aktiviti mereka. Terfikir juga panjang ke umur saya untuk melalui hidup selepas anak-anak semua sudah membesar dan kembali tinggal berdua.
Mak saya.
Bangun awal pagi, solat subuh, berzikir dan mengaji.Lama dia di tikar sejadah. Lepas tu dengar tazkirah pagi di tv9. Habis semua tu, ke dapur dia tengok sarapan, kalau tak buat sarapan biasanya menunggu abah saya beli di bandar Pekan. Kemudian basuh kain,jemur kain, sapu sampah rutin harian suri rumah. Kala mood rajinnya ada dia akan membelek-belek pokok bunga dan siram. Pukul 10.00 pagi biasanya mak sudah mandi dan bersiap untuk solat dhuha. Pukul 11.00 pagi sudah mula memasak, mak saya seorang yang agak teliti sket,lama masanya diambil untuk memasak hidangan tengahari. Ada cara-cara tersendiri untuk siang ikan,cuci,potong sayur dan sebagainya. Tak macam anak dia yang kalau boleh 1 jam sudah siap masak, gaya wanita berkerjaya hehehe. Pukul 1.00-2.00 petang mak akan dengar ceramah di radio Pahang sambil layan abah makan tengahari,sembang-sembang dengan abah. Kemudian mak solat zuhur dan lelapkan mata. Biasa Isnin,Selasa ada kelas mengaji quran di surau, kayuh basikal mak ke surau, petang baru balik. Hari Rabu,Khamis,Jumaat kalau abah sihat, mak dan abah akan ke surau, solat maghrib dan isya' dan juga ada kuliah agama. Kalau tak ada kelas mengaji sampai ke asar biasanya mak abiskan masa di tikar sejadah, baca buku-buku agama, majalah-majalah. Dalam pukul 5.30-6.00 petang, baru makan nasi kemudian turun ke tanah,angkat kain dan duduk2 ambil udara petang. Malam kalau tak ke surau lepas isya' , kalau rajin@ada rancangan agama menonton la mak bersama abah tapi biasanya tv akan tonton abah. Abah sekarang cepat letih. Rutin hidup mak ringkas dan kadang saya bertanya mak tak jemu ke? hehe.
Mak mentua saya.
Bangun awal pagi,solat subuh dan bergegas buat sarapan pagi@beli di kedai. Mak mentua saya seorang yang aktif dan lasak. Kerja pantas sekali. Bangun pagi saya sudah nampak dia aktif menguruskan rutin suri rumah. Kalah saya pantas sekali. Biasanya lepas sarapan, mak mentua akan bagi abah mentua makan,kemudian tukar pampers abah,lap-lap badan. Abah akan mandi pada hujung minggu masa adik ipar Saiful ada balik. Tiada kudrat mak mentua saya hendak mengangkat abah. Selesai uruskan abah,basuh jemur kain,sapu sampah kalau tak ada sayur untuk dimasak mak mentua akan ke kedai seberang jalan rumah. Mak mentua saya suka berkebun, dia suka aktiviti mengeluarkan peluh berbanding mengemas rumah. Katanya, bila badan berpeluh dia rasa sihat , kalau tidak dia rasa lenguh-lenguh badan. Jadi mak mentua ambil masa yang lama mencakar daun kering, tengok tanaman sayur-sayur, bunga-bunganya. dan bersembang-sembang dengan jiran-jiran jika ada.Berbeza dengan mak saya,mak mentua sangat suka sayur-sayur kampung. Rajin dia tanam rebung,kemudian ada sesuatu yang dibuat pada rebung tu,dipotong-potong dan rendam dalam air, kalau ada banyak jering buat jering cambah, kalau ada banyak belimbing buluh dimasak atas dapur berjam-jam sampai hitam dan kemudian simpan dalam peti sejuk bertahun tahan katanya untuk buat sambal. Buat jeruk maman sendiri. Tempoyak buat sendiri.Petai jeruk buat sendiri! Saya boleh katakan mak mentua saya betul-betul wanita kampung sejati. Kagum saya sebab tengok semua ini selepas berkahwin, mak saya tidak macam tu. Kalau ada menanam pun lada,kunyit,serai,lengkuas. Mak mentua macam-macam tanam kacang panjang,kacang botol,terung,labu,pisang pelbagai,pucuk ubi,lengkuas,serai,lada,bunga kantan macam-macam lagi. Sampai jemu makan sayur sendiri kena ke kedai jugak la beli sayur moden plak.Ada ketikanya saya tidak tau daun apa yang mak mentua saya masak, saya makan je. Saya boleh cakap mak saya KALAH la jika nak dibandingkan kehandalan masak masakan kampung. Sedap! Masa bercuti bebaru ni, mak mentua beli cendawan tapi katanya kulat apa tah. Kali pertama tengok ni biasanya mak dan saya beli cendawan yang packing kat pasaraya tu. Katanya, kulat ni tumbuh dalam kebun getah, bila guruh berdentum kilat ada kulat ni kuar la. Orang menoreh getah kutip la pastu jual kat kedai seberang jalan tu, seplastik rm2 murah je. Melonggok saya,Ammar dan Amir tengok mak mentua cuci dan siang. Ada cara nak siang cendawan nih. Masak air je, saya pun rasa satu je sedap ada rasa lemak dan manis sket. Hubby dan adik ipar berpinggan-pinggan nih tambah nasi ditambah pulak ada sambal belimbing buluh. Huhu saya berpantang jadi makan bubur dan ikan haruan goreng jer. Mak mentua memasak cepat 1 jam sudah get ready untuk makan. Biasa lepas makan ramai-ramai - di rumah mak mentua wajib makan ramai-ramai, di rumah mak saya , terserah la sapa nak makan ke tidak yang pasti abah akan makan dulu. Lepas makan,mak mentua akan bagi abah mentua pula makan. Kemudian mak mentua mandi solat zuhur dan tidur. Lepas solat asar, mak mentua akan ajar budak-budak kampung mengaji. Waktu petang budak-budak sekolah rendah mai mengaji. Lepas siap ajar mengaji, kalau ada pasar tani mak mentua akan ke pasar tani bersama bakulnya, jalan kaki je seberang jalan rumah je. Beli kuih untuk minum petang, ikan dan sebaginya. Balik dari pasar tani, siram pokok bunga ,angkat kain , uruskan abah dan satu tabiat mak mentua setiap hari mesti minum teh susu, kalau tak minum teh susu tak ada tenaga katanya. Malam lepas solat maghrib , mak mentua ajar mengaji lagi kali ini budak-budak sekolah menengah pulak. Habis ajar budak mengaji saya tengok mak mentua dah keletihan. Kalau abah nak makan, mak mentua akan suapkan. Makan malam terserah siapa yang nak makan atau tidak. Kemudian tengok tv sampai la tidur. Di Temerloh sudah jadi kebiasaan ramai-ramai,hari-hari tido di ruang tamu kecuali saya yang tido dalam bilik sorang diri.huhuhu.
Itu la rutin mereka berdua. Nanti saya kalau panjang umur yang mana satu la rutin akan dijejaki. Tapi seronok juga tengok mereka. Rutin saya sepanjang 2 minggu , masa lapang banyak dihabiskan membaca buku yang dibeli tetapi belum sempat menghabiskan pembacaannya.Alhamdullilah semalam sudah habis membaca buku ustaz hasrizal@saifulislam.com. 4 buah bukunya Aku Terima Nikahnya, Bercinta Sampai Ke Syurga, Murabbi Cinta dan Rindu Bau Pohon Tin selesai dibaca. Ada yag di ulang baca dan ada baru dibaca. Kemudian mencari-cari lagi buku di MPH..teruja saya buku Men Are From Mars Women Are From Venus oleh John Gray sudah ada terjemahannya dalam Bahasa Melayu, saya beli untuk dihadiahkan pada kawan dan hubby. Kemudian ada satu lagi buku John Gray yang terbaru sambungan dari Men Are From Mars.... juga dibeli,buku rahsia surah al-kahfi ini dibeli kerana saya terdengar ceramah cakap surah ini kalau dihafal terlepas dari fitnah dajal. Jadi saya nak tau apa yang ada dalam surah tu. Kemudian buku wardina, Siapa Alien sudah dibeli, Ammar dan Amir teruja. Ammar sudah 2 hari minta tengok buku tu, minta bacakan sampai sudahnya berebut-rebut dengan Amir nasib tak koyak je. Menengok feedback Ammar , nanti bulan depan boleh la dibeli lagi beberapa buku cerita. Dia sanggup ikut saya baca macam mengaji quran plak gayanya.

Cintailah buku dan bacalah bak kata wardina,"tatkala membaca,fizikal kita berada di sini di atas kerusi tetapi dengan membaca, imaginasi dan fikiran mengembara jauh serata benua!Itulah kehebatan membaca".
:) Putrajaya sudah hendak hujan tapi bau rumput selepas hujan di sini tak sama dengan bau rumput seleas hujan di kampung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan