"Umi, Ammar lapar, umi makan kcc nak?"
KCC=KFC
Ammar baru 4 tahun, Amir 2 tahun lebih sudah kenal KFC,McD dan Pizza itu apa.
Bukan murah sangat makanan ni semua tapi masih mampu dibeli sekali sekala.
Terimbau masa zaman kecik-kecik dulu.
KFC ni makanan mewah!
Kali pertama mendengar, saya tidak tau apa mendenya tu.
Seingat saya masa dalam darjah 4 tahun 80-an, kawan sekelas minta saya lukis ayam goreng,kentang goreng,air dalam cawan berstraw.
Agaknya masa tu KFC baru wujud di Malaysia, tak ada di Pekan dan tak tau di mana mereka membelinya.
Mereka bawak contoh seperti flyers.
Lukis di atas kertas lukisan yang dilipat 2 dan dibahagi dalam bentuk kotak2. Macam menu yang ada di KFC sekarang lebih kurang!
Bila dah siap lukis, kami akan bermain, seorang akan ambil order dan makanan dihidangkan!
Ingat lagi nama kawan tu Farahhatun dan Husna Hawa, ayah mereka cikgu dan masa tu saya fikir ni makanan anak orang kaya je. Ayah cikgu mesti kaya!
Saya tak ingat bila kali pertama saya makan KFC, KFC tak ada di Pekan kena ke Kuantan untuk makan mende tu tapi yang pasti saya makan KFC semasa di sekolah menengah.
Sekarang KFC sudah ada di Pekan bila tahun ada tu tidak le saya ingat.
Bila Ammar meminta-minta untuk makan KCC nya membuat saya terkenang dan berfikir ;
Syukurlah di masa sekarang hasil dari usaha belajar dan kemudian bekerja, dengan gaji yang ada kami mampu membeli makanan yang dulu dirasakan mewah untuk anak-anak.
Dan tetapi disebalik itu saya juga berfikir dengan memberi makanan yang dikatakan mewah dulu2 akankah anak-anak kami mengenal erti kesusahan? Seperti apa yang kami rasa dulu-dulu , teringin nak makan KFC tapi itu makanan orang kaya je.
@ nanti bila Ammar dan Amir sudah di sekolah rendah, ada di antara kawan-kawannya akan bercerita tentang makan di tempat yang lagi mewah yang tidak mampu untuk kami sediakan.
hmmmm........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan