Sabtu, 9 April 2011

Ammar,Amir dan Wad Kecemasan

Pagi yang mendung membangkitkan semangat untuk menulis.
Dalam N3 lepas ada saya nyatakan nak stori mori pasal pengalaman di wad kecemasan tetapi sebelum itu mahu diselitkan tentang perihal jantung Ammar dan kesihatan Amir yang merundum sehingga berat turun 700 gram.

28/3/2011 - Isnin temujanji kedua Ammar di KPJ Shah Alam. Pagi2 lagi hubby dah bawa Ammar ke sana. Ammar ceria je nak ke hospital sebab dia dah belajar sesuatu yang tidak patut (huhu) - dalam hospital ada banyak mainan! Saya di rumah dalam keadaan yang sakit sedikit sebanyak menimbulkan rasa stress. Risaukan Ammar, masalah jantung tu! Alhamdullilah syukur kepada Allah, hasil dari pemeriksaan jantung Ammar tiada masalah. 2 orang doktor pakar Ammar jumpa pada hari tu dan juga buat ultra sound jantung ( citer hubby mendenya macam tengok baby dalam perut tu mungkin canggih sket je kot)..yang buat saya tersengih panjang,hubby citer Ammar relaks je, siap minta gula-gula kat doktor, masa nak discan ..dengan selamba Ammar membuka baju dan duduk baring atas katil dengan tangan bersilang kat kepala...wahh berani sungguh,kalau dah berani macam itu nak oii jadi la doktor pakar jantung ni..mahal nak oii caj dia.Ameen. Saya dan hubby lega yang teramat sangat jantung Ammar ok. Kesimpulannya , doktor cakap mungkin sebab dia demam lama jadi macam tu.

Balik je dari KPJ Shah Alam, hubby dan saya ke klinik Lita Alis pulak, membawa Amir yang batuk dan selsema yang teruk. Saya pun mahu berjumpa doktor sebab saya batuk dan berkahak, dalam keadaan baru selesai pembedahan di kawasan leher, batuk perlu dalam keadaan paling "sopan" dan ianya menyakitkan. Keputusannya dalam paru-paru Amir dah banyak kahak dan ada sedikit bunyi, doktor bagi ubat selsema,batuk dan antibiotik tetapi jika 2-3 hari nampak tak ok, Amir kena pergi klinik untuk sedut gas.huhuhu. Masalah saya pula kata doktor itu perkara biasa, sebab masa pembedahan kita masukkan tiub dalam tekak untuk bolehkan bernafas jadi mungkin masa tu ada melecet ke, kuman ke dan macam-macam le ditambah pula persekitaran sekarang anak ada sakit jadi mungkin dah berjangkit. Saya ada bercerita pada doktor , saya hanya diberi ubat tahan sakit sahaja. Doktor senyum je, dan pesan nanti guna sabun dettol atau protex ke cuci di bahagian leher dan luka untuk ilangkan kuman,peluh-peluh kat situ. Nanti kalau ada jangkitan kuman,bernanah lagi susah nak baik. Doktor beri saya ubat batuk,kering kahak,antibiotik dan ubat sapu. Di hospital, nurse pesan basuh bahagian luka dengan air bersih je jangan letak apa-apa. Mana satu nih??????????**garu kepala**

Balik ke rumah saya pun makan ler ubat batuk, ubat kahak dan antibiotik yang diberi. Menjelang petang saya kerap batuk sampai seluruh leher rasa sakit hingga ke bahagian tengkuk jadi saya ambil keputusan untuk makan ubat tahan sakit yang dibekalkan oleh hospital.

Lebih kurang pukul 9.30 malam, baru je nak menyuap makanan malam di mulut tiba-tiba jantung saya berdebar-debar. Saya cuba duduk bertenang,berzikir tapi makin berdebar-debar. Suspen dengan keadaan, saya mencari mak minta tolong urut belakang dan sambil tu saya membaca yasin. Mak cakap jantung awak lajunya! Kenapa pulak ni, ya Allah nak kena masuk wad semula ke ni?!!dalam otak dah fikir macam-macam. Dalam pada tengah urut tu, sempat lagi mak saya mengomel, "Ya Allah dalam sekecik-kecik orang jadi macam ni, isi sesaja dari mana la datang sampai jadi besor cenggini?" Berhenti sekejap saya membaca yasin dan tanya,"Sapa mak?" lurus bendulkan! Mak saya jawab,"Awok la!!!! heeee bersenam la bawok berjalan-jalan sokmo, diet sajer pun dok bersenam dok boleh" dushummm!dushumm!aduhhhhhhhhhhhh..Bila degupan dah semakin reda, saya ajak hubby ke klinik Lita Alis sebab takut ada apa-apa komplikasi dari pembedahan yang menyebabkan saya berdebar-debar. Sampai di Lita Alis, doktor syif malam pun terkejut sebab siang tadi dah datang huhuhu, lepas di check doktor kata degupan kiraannya dah 120, laju tu! Oleh kerana saya baru dibedah, doktor tak berani bagi apa-apa ubat hanya dia akan buat refer letter dan minta saya pergi ke wad kecemasan hospital terus.

Masa tu saya sudah takut tetapi cuba bertenang..saya minta hubby bawa saya pusing-pusing Putrajaya dulu kemudian balik ke rumah, saya dan hubby solat isya' kemudian baru kami ke wad kecemasan. Umaaiiii aaaa ramainya orang..ramainya baby dan budak-budak yang sakit. Menunggu giliran adalah mende yang paling menyeksakan dalam keadaan yang tidak sihat. Ditambah pula, mendengar tangisan baby dan kanak-kanak yang sakit ni amat menusuk kalbu. Berkali-kali saya mengigatkan diri supaya bertenang, berzikir..tidak tahan kerana lama jam pun hampir pukul 12.00 malam, saya ke kaunter bertanya,"giliran saya lambat lagi ke?" Adik kat kaunter pun check buku giliran,"Kak yang pukul 9.30 daftar pun belum panggil..akak pukul 10.23 lambat lagi tu" aisehhhhhhh huhuhu..saya dan hubby ambil keputusan pusing-pusing Putrajaya dulu dan pergi beli air. Merasa la saya selama dah nak masuk 5 tahun duduk Putrajaya inila kali pertama saya dapat melepak tengok pemandangan Putrajaya di atas jambatan Putrajaya ni!hari-hari lalu ulang-alik p kerja tapi tak pernah sekali pun lepak di sini. Ramai couple-couple je. Hubby cakap kiter pun couple jugak huhu. Dapat le bertenang, tarik nafas dalam2 untuk legakan rasa tidak selesa di dada yang sudah kurang rasa debarannya.

Dah berpusing-pusing -balik semula ke wad kecemasan, nama masih dalam menunggu juga. Baby ada yang menangis lagi.Ada parent yang dah tak tahan terus balik siap menceceh serabut aaa Hospital Putrajaya ni! adehaiii..saya mula terfikir kenapa la parent yang ada baby ni masih nak dapat rawatan di sini? Sebab pertama yang saya terfikir tak semua orang mampu nak ke klinik swasta. Kedua, mungkin diaorang seperti kami dah ulang-alik klinik swasta kalau sakitnya tak juga baik, kami akan ke hospital kerajaan pulak. Ada juga yang dari Nilai, meredah malam bawa anak yang masih baby , suhu badan tinggi tetapi di Nilai tak ada hospital dan klinik dah tutup malam cenggini. Aduhaii dugaan dan kesian sungguh.

Tak tahan dengan suasana dan saya sudah tersengguk-senguk ,jam pun dah hampir 2.00 pagi, saya bertanya lagi di kaunter kali ni saya bertanya dengan yang berpangkat makcik pulak. Dia jawab lambat lagi giliran saya sebab saya G2.G2? Makcik tu pun menerang la,"kat wad kecemasan ni dik kita dah kategorikan jenis penyakit dari G1 sampai ke G5. Kalau G5 dan bila dah ada naik sticker ni itu tandanya ada kes kecemasan yang kritikal, macam accident. Hari ini ada kes accident bawa ke sini jadi doktor akan settlekan kes 50-50 ni dulu, dah settle sampai patient masuk ICU barula doktor tengok kes-kes lain. Sini ada 2 orang doktor je. Seorang urus kes ICU ni, seorang tengok kes lain itu yang lambat. Ada ramai yang nak dipantau dik dalam zon kritikal tu. Lepas dah settle semua doktor akan panggil bukan ikut sapa dulu datang tapi ikut kategori biasa G1 dulu.Kes G1 ni macam tu baby demam, suhu dah sampai 40 jadi doktor panggil dulu. Pastu G2,G3,G4 dipanggil, kes yang G4 yang tak kritikal ni silap haribulan pukul 6.00 pagi baru doktor panggil. Sebab itu , kita nasihatkan kalau nampak anak2 tak sihat cepat-cepat bawak ke Klinik kerajaan buka sampai pukul 9.00 malam jangan bawa ke sini, di sini lama menunggu."

Ohh macam tu. Saya melihat buku pendaftaran. Waa berderet G1, rata-ratanya kes demam-baby dan budak-budak. Lambat lagi la saya akan dipanggil. Saya cakap,"Takpe la settlekan baby dan budak-budak dulu,sian tengok nangis2 ni". Jawab makcik,"Tu la, makcik pun kesian jugak tapi tu la tak boleh nak buat apa, kalau adik tak tahan dah nak tunggu cuba cakap kat nurse kat dalam tu kot2 dia boleh cakap kat doktor minta cepatkan. Makcik takde kuasa dik, makcik kerani je,pernah makcik telefon doktor cakap patient tak tahan dah tapi doktor cakap kita ada flow keje, kenapa nurse kat luar tak cakap apa-apa pun. Pernah makcik cakap kat nurse, nurse cakap pulak patient tak cakap apa-apa pun kat dia.Jadi ada baiknya adik sendiri cakap dengan nurse." (birokrasi??????????)

Pastu kedengaran seorang baby, menangis dengan kuatnya, ibunya dah tak tau nak pujuk camne, ke dalam ke luar dia membawa anak berjalan-jalan sambil pujuk. Tak tahan sungguh tengok, saya memahami betapa kusutnya perasaan ibu itu. Keluar cakap dari mulut saya,"Makcik, nurse kat dalam tu dia tak boleh ke panggil baby yang nangis ni check lagi sekali, berapa suhu nya atau bagi ubat buntut ke dulu kalau demam dah tinggi".

Jawabnya,"Tu la kena parent pergi tanya, biasanya kalau suhu tinggi dia dah bagi ubat buntut dulu sementara tunggu doktor panggil". Oklah. Saya angkat punggung nak p stori-mori kat hubby pulak. Jeling kat nurse dalam bilik bercermin itu, wahh tengah surf tenet.huhuhu.

Bila mendengar penjelasan makcik tadi saya sedikit lega, saya rasa lebih bersabar. Apa boleh buat semua kes cemas-cemas belaka. Sedang saya menunggu ada sebuah kereta student cyberjaya dengan cemasnya membawa kawannya pengsan.Jadi sudah tentu doktor uruskan yang pengsan dulu. Jadi nasihat saya kalau anak demam,selsema,batuk limit sampai jam 7 malam je, kalau tengok tak ok atau rasa ragu-ragu cepat ler bawak ke klinik kerajaan buka sampai jam 9.00 malam kecuali kes2 cemas sawan , jatuh, patah.

Saya tak tau pukul brapa saya dipanggil, saya terangkan pada doktor keadaan saya, doktor check katanya macam ok je denyutan tapi untuk memastikan doktor nak buat ECG. Jadi saya kena tunggu lagi sehingga dipanggil untuk buat ECG. Tak lama lepas tu saya dipanggil masuk ke bilik zon kritikal untuk buat ECG. Ramai juga orang dalam zon kritikal tu. Saya diminta relaks dulu atas katil sementara nurse uruskan pesakit yang pengsan bersama doktor. Selesai buat ECG, saya diminta tunggu di luar lagi sehingga dipanggil doktor.

Hasil keputusan ECG tu degupan jantung ok 78 kata doktor. Saya tanya kenapa jadi macam tu doktor? Katanya, " Mungkin u ada nerbes ke masa tu, nak kata sebab thyriod tak mungkin sebab u dah buang thyriod u". Doktor tengok luka saya,katanya luka saya ok, bengkak ni biasa sebab baru dibedah dan nampak macam tak ada jangkitan kuman. Saya pun ambil peluang cakap saya batuk dan ada kahak. Doktor cakap itu normal dan penerangannya sama macam doktor klinik Lita Alis. Saya tanya lagi bagi memuaskan hati dan kekeliruan saya,"doktor kenapa saya tak diberi antibiotik eh, saya cuma diberi ubat tahan sakit je" . Doktor jawab,"Tak perlu antibiotik sebab tak ada jangkitan kuman, kita beri kalau ada jangkitan je, ok saya beri ubat batuk dan kahak yer". OK.

Setelah ambil uba kami pun balik. Dekat pintu jumpa balik ibu dan baby yang nangis kuat tadi baru selesai jumpa doktor. Saya ambil peluang tanya,"OK dah?apa kata doktor?" ."Kena campak tapi belum keluar kat kulit lagi dalam tekak dah ada,"jawab si ibu. Patut la baby nangis kuat, sakit badan,sengal2 agaknya. Saya pandang keliling, tadi saya ada bersembang dengan seorang ibu dalam pantang anak sulung.Bawa baby ke klinik sebab bimbang,baby nya tersedak susu. Tengah minum susu katanya tersedak,keluar susu kat hidung. Dia bimbang tapi saya tengok anaknya nyenyak tidur. Parent tu dah takde,dah balik tak tahan tunggu agaknya. Dalam pantang kuar rumah berembun satu pemandangan luar biasa bagi saya. Terdetik di hati saya untuk ambil kelas bagaimana nak uruskan baby tersedak,tercekit, sesak nafas. WAJIB la menuntut ilmu sebegini.

Dalam kereta saya bercerita dengan hubby. Hubby cakap dia agak sebab ubat antibiotik tu saya berdebar-debar.

Sampai di rumah sudah pukul 3.20 pagi.huhu.Kesian mak, tidur atas sofa menunggu. Amir tak lena tidur katanya, hidung tersumbat.

Syukur saya tak perlu masuk ke wad semula dan hari-hari seterusnya ubat antibiotik dan tahan sakit saya sudah tidak berani nak makan lagi. Silap besar saya mengambil ubat antibiotik sebab setelah tak mengambilnya alhamdullilah tak ada rasa berdebar lagi.

Saya sudah semakin sihat, luka pun sudah kering. Pergerakan pun sudah tidak sesukar mula2 dulu. Makan masih berpantang, bagus juga berat sudah turun 74kg. Kadang-kadang masih lenguh2 sampai ke kaki, hubby kata," sakit kat kaki ni pasal badan tu berat, kaki ni dah tak dapat tampung berat tu". saya jawab," berat dah turun sket la abi" jawabnya lagi,"turun 4 kg tak ada kesan sangat" jawab saya lagi,"SABAR LA". yer saya memang nekad nak turun kan berat badan dan bersenam. Sukar sebenarnya nak kawal nafsu makan ni. Ada hikmah juga diberi sakit dan terpaksa berpantang dan dengan adanya sakit juga mendatangkan kesedaran mengenai kesihatan diri.

Isnin-11/4/2011 ni sudah kembali bertugas.

Terima kasih yang tak terhingga untuk hubby, mak yang sudi menjaga, mak mentua dengan masakan ikan haruannya, para doktor dan jururawat, kawan-kawan yang mendoakan. Jasa Kalian Di Kenang. Doa dari semua saya hargai. Semoga ada ganjaran buat semua di sana. Ameen.

:)

Tiada ulasan: