Subahanallah, Alhamdullilah.
Sudah 13 hari di lalui selepas dibedah.
Part 3 ni akan saya imbau kembali saat-saat di bedah.
Jam 7.30 pagi-26/03/2011 saya sudah di usung ke dewan bedah.
Nasib baik hubby sudah sampai masa tu , hubby mengiringi saya ke dewan bdah bersama2 dengan 2 orang nurse.
Seingat saya 4 kali saya berpindah katil dan diusung. Dari katil wad ke katil untuk diusung ke dewan bedah. Sampai di dewan bedah, ada tempat menunggunya, sekali lagi saya berpindah katil, kemudian diusung ke tempat menunggu. Hubby mengiringi saya sampai di situ sahaja.
Di tempat menunggu tu tekanan darah diambil lagi sekali dan dipasang alat di tangan, saya tidak pasti apa alatnya mungkin alat untuk tengok degupan jantung. Saya juga diberi seperti selimut angin untuk memanaskan badan. Di sebelah saya ada seorang perempuan tengah menunggu juga untuk dibedah tetapi untuk kes bedah gigi bongsu..sedikit terkejut wahhh nak bedah gigi kena masuk dewan bedah! Saya pernah bedah gigi masa di tingkatan 5 kerana di antara 2 geraham saya ada 1 lagi geraham yang tidak dapat membesar dan terhimpit. Mungkin mereka berlumba-lumba atau bergaduh sesama gigi menyebabkan gigi saya pecah dan seterusnya sakit yang teramat sangat tetapi pembedahannya hanya berlaku di bilik doktor gigi dan gusi saya dibelah sedikit untuk mengeluarkan gigi yang tersepit oleh seorang pakar gigi dari Kuantan.Bengkak muka sebelah selepas tu!Citer lama hehehe.jadi saya sudah ngongak lorrr!
Perasaan ketika di usung tu hanya Allah sahaja yang tahu. Malam sebelum dibedah dah sms hubby minta maaf, hubby pun cakap dia maafkan dan minta maaf juga dengan saya. Sepanjang masa saya hanya mengucap. Tak lama menunggu ada seorang doktor bius datang memperkenalkan namanya sebagai doktor Naim:
Doktor: " Hai, saya doktor Naim..doktor bius..hari ini kita nak bedah apa?"
Saya: "Thyriod"
Doktor : " Umur berapa?"
Saya: "33 tahun"
Doktor: "Nama apa?"
Saya: "hanuni"
Doktor: "Ok hanuni, hari ini kiter akan bius hanuni, kiter akan cucuk di tangan untuk masukkan ubat dan hanuni akan tidur la semasa pembedahan berjalan..ok?"
Saya: "Ok"
Doktor: " Ada alergik ubat?"
Saya: "Tak ada"
Doktor: "Ada sakit?"
Saya: "Ada.Saya menerangkan ler sakit saya."
Doktor : "Takut?"
Saya: "huhu takut!"
Doktor : "Hanuni dah kawin, ada anak?"
Saya: "Dah,ada 2 orang anak"
Doktor: "Jangan risau hehehe emm sakit dia score dari 0-10. Bersalin sakit dia 10 tapi pembedahan ni sakit dia cuma 3 jerk"
Saya: " hehehe..gulp telan air liur dalam hati harap-harap betui la doktor ni cakap"
Doktor: "Berapa berat?"
Saya : "77 kg"
Doktor : "Ermm..boleh kurangkan lagi tak berat tu? hehehehe" (timbang kat spital tu salah agaknya muahahaha)
Saya : "Hahaha..boleh doktor!"
Sekejap selepas tu, saya dah disorong masuk ke dewan bedah. Ada lampu bulat tu memang sah la tempat membedah huhu..Sekali lagi pindah katil. Masa ini saya dah tak henti-henti mengucap. Pasrah. Tawakal. Redha. Semua ada. Nurse pun dah siap pasang alat-alat kat badan-badan saya macam-macam dilekat. Kemudian ada seorang doktor bius perempuan, masukkan jarum di tangan saya dan diikuti doktor Naim tadi masukkan ubat. Selepas tu nurse letakkan gas minta saya sedut. Seingat saya 3 kali sedut saya sudah tidak ingat apa-apa lagi!
Sedar tak sedar saya sudah berada di atas katil tempat menunggu tadi. Sayup-sayup saya dengar nurse cakap, kita dah selesai dah masuk wad. Kepala saya sakit yang teramat, bila menelan saya rasa sakit. Itu tandanya saya sudah selamat di bedah! Alhamdullilah! Mata berat terlalu berat, kejap saya buka kejap saya tertidur agaknya! Saya rasa seperti hendak membuang air kecil yang teramat, Syaa beritahu nurse, kemudian nurse letakkan sesuatu dipunggung saya tetapi air nya tidak mahu keluar!puas diteran! Dalam hati saya perlu dipakai tiub kah?????!!!!ngeri!mengigatkan saya FIL yang dipaang tiub sampai berdarah-darah! Saya cakap pada nurse, saya tidak boleh buang air kecil la,nurse cakap itu normal selepas bedah kita rasa nak membuang tetapi sebenarnya kita bukan nak membuang...ooo gitu kah?
Tak lama lepas tuh dalam jam 11.00 pagi, nurse dari wad 3B yang mengusung saya pagi tadi datang semula untuk mengambil saya balik ke wad. Alhamdullilah saya tidak perlu masuk ICU sebab pemebdahan saya berisiko kerana asthma. Perkara ini dari awal-awal lagi saya sudah tahu. Keluar je dari tempat menunggu dalam dewan bedah,saya nampak hubby..saya panggil dia, Alhamdullilah. Sampai di wab 3B tukar katil lagi tetapi kali ini dengan kepakaran nurse-nurse memindahkan saya sebab saya sudah tidak larat. Selepas ditukar kan baju, saya mula rasa loya! muntah. Ada kuar darah,masa tu saya tidak panik sebab sebelum ini, semasa saya check up doktor sudah menerangkan itu perkara normal.
Memandangkan saya loya, kepala sakit yang teramat macam migrain, berdenyut-denyut. Saya dimasukkan air, ubat tahan muntah dan ubat tahan sakit. Sepanjang hari tidur. Selepas ubat tahan sakit mengalir dalam darah, sakit semakin kurang dan saya semakin OK. Boleh bangun ke tandas cuma rasa loya menjadi-jadi mungkin disebabkan saya berpuasa dan belum makan apa-apa jadi saya diberi ubat gastrik. Rasa tidak selesa di bahagian yang dibedah sudah semestinya. Pada masa ini barulah saya sedar banyak pergerakan kita seharian ada yang menggunakan otot leher. Saya jadi macam robot sentiasa tegak dan untuk berpusing kena pusing dengan badannya sekali. Doktor di wad pun ada minta saya minum banyak air masak dan bersenam sket gerakkan kepala kiri,kanan,atas,bawah perlahan-lahan. Petangnya saya sudah mula minum dan makan bubur.
Petangnya jugak mak,Ammar dan Amir datang menjenguk saya. Dua orang budak sudah terpinga-pinga tengok tangan umi dicucuk-masuk air dan leher umi berdarah (Ammar punya ayat). Ammar dan Amir seronok mai hospital sebab dapat "pow" abi beli mainan kat kedai di lobi.huhuhu. Malam ada doktor pakar datang melawat untuk tengok keadaan saya. Katanya kalau saya OK tida masalah sudah boleh makan,minum esok boleh kuar wad la..fuhhh lega! Malam tu juga tiub yang memasukkan air sudah ditanggal. Hubby citer ketulan yang di bawa keluar tu besar sket dari 50 sen,merah dan berserabut seperti isi lengkuas akan dibawa ke makmal untuk memastikan tiada sel kanser. Ya Allah jauhkan lah..Ameen.
Subuh2 lagi saya sudah bangun,mandi dan buat sedikit pergerakkan pada badan. Leher dan belakang saya mula lenguh dan tegang. Sambil menunggu doktor datang saya berborak dengan makcik india di sebelah. Mendengar kisah makcik india ni sebenarnya menyedarkan dan menyedihkan. Dia sudah berada di Hospital Putrajaya selama 5 bulan kerana kemalangan jalanraya, hendak turun dari bas semasa balik dari keje dilanggar motor lalu tersembam yang menyebabkan ususnya rosak dan bengkak!Di hidungnya ada terpasang tiub yang terus sampai ke usus,setiap 2 jam, dia akan minum susu khas, kena kerap makan untuk naikkan berat badan sebelum dibedah tetapi masalahnya setiap kali dia makan dia juga kerap muntah. Makan kena kunyah betul2 hancur. Ada insan yang prihatin,makcik india diberi kupon makan oleh pihak hospital untuk dia membeli apa-apa makanan yang ada di kantin. Semasa saya ada di wad, ada nurse yang belanja makcik tu makan dan ada doktor yang belikan nya supplemen. Setiap petang makcik india akan turun ke kantin untuk kutip roti-roti yang dibuang untuk memberi burung makan. Jadi setiap pagi dia akan ke padang untuk beri burung makan. Pada mulanya saya heran, rajin sungguh makcik ni fikir saya. Rupanya makcik india bercerita dia dulu pernah susah,suami tinggalkan dia, pernah mahu makan tak ada beras tak ada apa. Mak dia pernah pergi pasar ambil sayur-sayur yang dibuang basuh bersih-bersih untuk makanan sekeluarga. Makcik ni ada 2 orang anak perempuan dan maknya tinggal bersama. Sampai satu tahap kerana tertekan dia minum racun!!! jadi ususnya memang sudah sedia ada rosak ditambah dengan kemalangan yang dialami, keadaan makcik india semakin parah. Persoalan kenapa rajinnya bagi burung makan terjawab kerana katanya dia sangat susah hati tengok makanan dibuang-buang, bukan senang mahu makan. Daripada membazir lebih baik kita ambil yang mana elok boleh dimakan bagi kepada orang yang boleh makan, yang tak elok bagi pada burung-burung. Sarapan saya yang tidak dijamah pun makcik india ambil dan beri kepada makcik tukang cuci bersama dengan roti yang masih boleh dimakan. Bawa balik bagi anak-anak makan kata makcik india. Makcik tukang cuci pun berkali-kali ucap terima kasih, dapat saya rasakan sangat-sangat dia menghargai pemberian makcik india.
Nak nangis pun ada masa tu. Betapa orang bukan islam menghargai rezeki makanan yang Allah berikan dan betapa saya ni banyak betul membazir makanan. Sampai sekarang bila tak abis makanan atau anak2 buat sepah2 je makanan teringat kata-kata makcik india. Kalau saya di kampung tak ada masalah lebihan makanan kucing ada, ayam ada boleh makan. Pergi makan kat food court, suap anak2 makan bihun tak abis, makcik tukang cuci tanya ini sudah tidak mau dimakan? iskkk rasa bersalah pulak tengok muka makcik tu tapi apakan daya saya tidak boleh menjadi tukang menghabiskan makanan seperti selalu, saya berpantang!
Tunggu punya tunggu akhirnya sampai juga rombongan doktor mengiringi doktor pakar ke katil saya. Selepas periksa luka dan tanya keadaan diri katanya saya sudah boleh keluar wad. Hari yang ke-5 sudah boleh buka tampalan solitape pada luka, jangan letak apa-apa hanya cuci dengan air bersih,luka dileher cepat baik. Nak boleh kuar wad pun lama juga menunggu surat doktor, MC selama 2 minggu dan bekalan ubat gastrik serta tahan sakit jika perlu. Heran juga saya kenapa tak ada antibiotik di beri eh??
Ahad 27/03/2011 lebih kurang jam 2.00 petang saya dah menjejakkan kaki di rumah. Terima kasih yang tak terhingga untuk para doktor dan nurse yang banyak membantu. Jasa dan budi baik kalian akan sentiasa dikenang.
Sepanjang tempoh berpantang ni, masalah utama saya adalah batuk dan berkahak. Agaknya itu cabaran untuk orang yang ada asthma tambahan pula Amir batuk dan selsema yang teruk dan juga masalah rasa sakit di bahagian leher, belakang dan kaki. Ubat yang berkesan untuk atasi masalah ni Flanil Analgesic Cream, memang berkesan sungguh atasi rasa tegang di leher. Kesabaran yang paling diuji bila saya tidak boleh menjerit-jerit marahkan Ammar dan Amir yang asyik tidak sebulu sahaja. Sabar..sabar je.
Saya juga bersyukur mak ada bersama dan hubby yang sangat-sangat banyak membantu. Hubby lagi kena banyak bersabar dengan kerenah anak2, kerenah orang sakit dan urusan rumah tangga. Thank you very much muahksss!
Okla bagi kawan2 yang ada thyriod jangan ragu-ragu , takut untuk dapatkan rawatan. Anda juga mampu melaluinya. Semasa di wad rata-rata yang saya jumpa untuk bedah thyriod semuanya sudah berumur dan thyriod nya sudah besar. Ada yang sudah ada macam-macam sakit lain. Ada yang selepas dibedah kena pergi buat dialisis pulak. Jadi elok la semasa ketulannya masih kecil , ianya dibuang. Semasa muda, ketahanan badan masih kuat, penyakit2 kronik belum ada dapatkan lah rawatan.
Setiap perkara yang saya lalui, saya lihat dan saya rasai di wad banyak yang menginsafkan diri sendiri. Bersyukur saya masih dipanjangkan umur oleh Allah dan diberi dugaan supaya saya mengigatiNYA. Saya terfikir kalau saya sihat tanpa sebarang sakit, adakah saya akan menjadi orang yang mengigati mati?
Mood bermuhasabah diri.
p/s : nanti saya cerita kan pengalaman saya di wad kecemasan sehari selepas balik ke rumah. Ada pengajaran dan pengalaman berharga di situ.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan