Alhamdullilah masih dipanjang usia oleh NYA..
Saya melapor diri ke Hospital Putrajaya pada 25/3/2011-Jumaat.
Pada hari yang mulia saya mendoakan yang baik2 untuk diri sendiri.
Sebelum melangkah keluar rumah saya salam dan cium anak2 dan mak.
Dalam hati semoga berjumpa lagi jika dipanjangkan umur.
Saya mendaftar di wad 3B, saya tidak asing lagi di situ sebab pernah "melancong" di situ.
Kali ini saya sebilik dengan seorang makcik india. Wahhh beliau memasang radio bahasa india.
Selepas tukar pakaian, saya menunggu doktor dan nurse datang sambil ditemani hubby.
Kami membaca majalah2 dan surat khabar yang telah di beli.
Kebetulan saya baru sahaja membeli quran digital jadi ia adalah peneman saya di wad.
Seperti yang sudah saya jangka akan ada pelajar-pelajar perubatan akan menemuduga dan mengeksperimen, nak tengok,nak pegang, nak rasa semua la..dua kali saya dilawat mereka..takpe la layan je mereka sedang belajar.
Perkara biasa juga kalau dah masuk wad kena ambil darah, check suhu badan, check tekanan darah dan check jantung.
Check jantung ni 1st time..ada pasang alat2 di kaki,tangan,dada segala..2 kali saya di minta membuat ujian jantung-ecg (kalau tak silap)
Tengahari sket ada serombongan doktor mai..seorang doktor pakar yang lain tu MO dan doktor pelatih gamaknya. Ada seorang doktor perempuan yang uruskan kes saya, dia la yang selalu membaca report tentang saya di hadapan doktor pakar tu..laju cam keretapi membaca hehehe sesekali doktor pakar tanya soalan dia akan jawab belum habis dia membaca doktor pakar pun dah bergegas nak keluar..doktor pakar cuma rasa sket kat leher saya dan tanya tak demam,batuk,selsema dah kan? saya jawab," takde"..Sambungnya,"so ok la esok kita bedah yer , aritu tunda kan so lambat sket la bedah.Miss Anita dah ceritakan padanya apa prosedurnya?" Saya jawab,"Dah.Lambat pun saya takut ni doktor hehehe". Doktor pakar jawab," u tak yah takut la, i yang patut takut" dan disambut oleh gelak ketawa doktor lain2 itu. Pastu saya di datangi oleh seorang doktor bius plak, sweet je muka doktor bius..baya2 saya agaknya.
Dia bertanya perihal alergik ubat, berat badan dan sakit yang saya ada. So saya terang saya ada asthma dan sedikit gastrik.
Doktor bius bertanya seserius mana asthma saya, makan ubat apa, check up dimana, pernah masuk wad sebab asthma ke,bila last diserang asthma yang teruk sehingga perlu ambil nebulizer.
Doktor bius pun menerang kan memandangkan saya ada asthma jadi pembedahan ini ada risikonya sebab masa pembedahan dijalankan ada tiub akan dimasukkan ke dalam salur pernafasan saya untuk membolehkan paru-paru berfungsi dan saya bernafas. Memandangkan ia mesin dan saya ada asthsma risikonya ada di situ.
Risau juga..tapi doktor bius tu menenagkan saya katanya, "jangan risau memandangkan u tak pernah masuk wad kerana asthma jadi itu sudah satu bonus dan sudah cukup-cuku baik untuk mengurangkan sebarang risiko".
Yer walaupun teruk saya diserang asthma saya tidak pernah kena tido di wad. paling teruk hanya duduk berehat di wad kecemasan selama 1-2 jam dan abah saya juga jarang menghantar saya ke hospital, saya biasanya menerima rawatan dengan doktor klinik swasta.
Selebihnya saya hanya menghabiskan masa membaca majalah,berzikir,mengaji di atas katil.
Waktu solat tiba saya akan ke surau untuk solat, satu2 nya pesakit yang sakit tapi sihat yang solat di surau tetapi untuk waktu zuhur dan asar sahaja,waktu maghrib,isya',subuh di tepi katil sahaja kerana makcik pengecut nak p surau di tingkat 4.huhu
Usai saya solat asar terserempak dengan doktor pakar yang akan membedah saya,Miss Anita. Dia mencari saya rupanya, bertanya saya kemana?menulor?hehehe dok p solat jer..Dia nak tengok thyriod saya so katanya,"esok kita bedah la yer". Saya bertanya,"pukul berapa doktor?". Jawabnya,"pagi la , 1st patient..ari tu tundakan jadi make it 1st la". Umaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii aaaaaaaaa termenung atas katil. Berdebar2! Mesej hubby dan kawan2.."Saya takut menjadi orang pertama nak dibedah, rasa tak nok bedah, rasa nak balik je, nak nangis pun ada ni!"
Petangnya anak2 datang..Ammar dan Amir blur kenapa umi duduk sini?
Pesan saya,"Ammar dan AMir duduk dengan tok,jangan nakal2,jangan gaduh2!"
Orang yang pernah di bedah akan tahu camne perasaan nak dibedah.
Tido tak lena tapi saya berusaha bertenang, banyak kan zikir ,solat hajat, solat taubat, mengaji, dengar quran sampai tertido.
Celik mata jam 5.00 pagi dah 26/3/2011-Sabtu.Hari yang menakutkan saya..bertawakal la hanuni pada Allah.
6.30 pagi nurse dah datang check tekanan darah dan katanya get ready, tukar baju putih nan seksi ..kita dah lambat dalam 7.30 pagi ke OT.
Nanti disambung citer pengalan di ot dan selepas bedah.tak leh lelama..leher perlu di jaga huhu:P
Tiada ulasan:
Catat Ulasan