Allah hu Akbar ! Allah hu Akbar ! Allah hu Akbar!
Membuat keputusan untuk dibedah bukan la perkara yang enteng bagi saya.
Sukarnya membuat keputusan lebih sukar daripada membuat keputusan untuk berkahwin atau tidak dengan Ahmad Safian-suami ku itu.
Perasaan dan fikiran itu bersimpang siur.
Kejap fikir tak payah la bedah, doktor pun kata tak bahaya dan beri pilihan lagi nak bedah ke tidak.
Kejap fikir kalau tak dibedah sekarang masa ketulan ni tengah kecik akan datang umur sudah lanjut, ketahanan badan sudah kurang di tambah pula lagi mana la tau sakit kencing manis, darah tinggi, kolestrol tinggi pulak (minta dijauhkan la dapat sakit2 begitu) lagi menambah risiko untuk di bedah.
Ding Dong Ding Dong..akhirnya bila jumpa doktor pakar selepas dia memberikan penjelasan,dia buka kalendar -jadual pembedahan dia di komputer..jadi pada masa tu saya membulatkan tekad untuk di bedah walaupun rasa ragu2 masih ada.
Dugaan sebelum di bedah masih ada dengan penundaan pembedahan kerana saya batuk, pada masa tu saya fikir ,Tuhan nak bagi saya berfikir lagi sama ada nak bedah atau tidak.
Sabarlah dengan dugaan Ilahi,beriman kita perlulah diuji.
Yer saya diuji lagi..menjelang tarikh pembedahan pada 26/3/2011, anak saya Ammar Yasir pula dikatakan doktor ada masalah pada degupan jantung. Kemudian Amir Nasser pula batuk,selsema yang teruk sampai nafasnya kadang2 berbunyi berdecit seperti nak diserang asthma, tidur malam pun tidak lena, rimas hidungnya tersumbat dan batuk.
Dua hari sebelum masuk ke wad, abah saya ada telefon untuk bertanya kan keadaan Ammar. Mulanya saya terkejut macam mana abah saya boleh tahu pulak ni tapi baru teringat mungkin kakak@adik ada membaca blog saya dan saya ada telefon adik minta dia bertanya pendapat doktor tempat dia bekerja. Masa abah saya telefon juga saya cakap saya nak dibedah pada 26/3/2011 (Sabtu) kat Hospital Putrajaya. Abah saya macam terkejut..la nak bedah dah ingat lambat lagi..dah sihat ke?baik dah batuk? Kemudian pass telefon kat mak saya.
Dengan mak panjang la pulak bercerita kerana soalan nya bertalu-talu.
"Habis sapa jaga anak-anak?"
"Yan ada, dia cuti tapi tak tau lagi berapa lama dia boleh bercuti, takpe kalau yan keje budak2 anto taska"
"Kata aritu adik ipar lina nak datang!"
"Tak jadi, lina ada kursus aritu..tapi epul yang akan datang ari Jumaat petang..Ahad petang dia balik la semula ke Bentong"
"Epul jaga budak berdua tu boleh ke?"
"Hehe boleh je"
"Heee awok ni noni berani ngat nok bedoh2, kalau mok la bior je..takut aku nok bedoh2 ni"
Telefon diletak.
Menjelang petang lepas saya solat zuhur, abah saya telefon.
"Ni nak cakap kat awok, aboh doh beli tiket mok ke Putrajaya esok pagi kul 9.00 pagi nanti awok ambik mok"
"La bakpe nok datang pulok?doh tu aboh camne?"
"Aboh tak pe, aboh ok je nurul ada"
"Nurul kan keje, pagi ngan malam je ada, siang kalau apa2 sape nok tengok aboh?"
"Isk tak dok apa nye aboh ok je, mok kata dia kesian pulok kat awok..sapa nok jaga anok"
"Lor orang takpe je, risau kat aboh je sapa nok tengok"
"Hah okla esok abg lan teman mok naik bas, awok datang amik"
Tut......letak tepon..ler pakcik mat nor nih.
Sudah nya saya telefon hubby..dia terkejut..dia cakap umi ni citer macam mana kat mak? dah nyusah kan mak pulak? -sudahnya bergaduh laki bini, hubby kata patut tak payah cakap lepas bedah baru cakap, kan dah susahkan mak abah..abah dah la tak sihat.huhuhu.
Tensen dengan hubby saya call adik -Nurul pulak mengadu. Katanya," La aku dah tau. Biarla mak pergi Putrajaya. Abah ok je. Nanti pagi aku beli makanan siap2. Pastu balik keje bawak la abah p makan. Abah marah kat ko tadi!Abah kata doh nak bedah baru nok bagitau makbapak!"
Ler gitu sudahnya.
Apapun sebenarnya Kasih Sayang ibubapa pada anak2 tu tak pernah pudar walaupun anaknya sudah ada suami, beranak pinak,bercucu cicit. Bersyukur dan berterima kasih tak terhingga saya but pn Ramlah dan cik Mat Nor.
Saya tahu, mak saya tahu anak dia hanuni ni kan cengeng biler time sakit ..hehehe.
Tak dinafikan hati saya lega meninggalkan anak dengan mak berbanding taska sebab anak2 pun tak sihat.
24/3/2011 (Khamis) saya sudah mula bercuti. Dan 1 kejutan juga berlaku rupanya mak saya tak naik bas..along dan abg ipar sanggup hantar mak ke Putrajaya! Saya terkejut! Dan katanya ni rahsia jangan bagitau aboh! aboh tu lorat sangat pegi beli tiket tak sempat nak cakap..huhuhu.
Jadi saya amatla berterima kasih kepada along dan abg ipar!
Rasa seronok tengok mak. Rasa lebih tenang nak melangkah ke Hospital Putrajaya esoknya.
Psttt rahsia along terbongkar sebelum sempat along sampai semula ke Kuantan
Cess sia2 ,beria2 tutup mulut Amirul time tok bercakap dengan aki nak bagitau dah sampai Putrajaya.
Alih2 abah telefon tanya, "Ha along doh bertolok balik ke?"
"Eh apsal abah tanya along pulok?"
"Ha tu la nok sorok, aku tengok dalam air je tadi, nampok p anto mok"
"hehehehe"
Sapa yang bukok rahsia ni?????????...ai confuse..huhuhu
Sehari sebelum di bedah di wad akan disambung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan