Rabu, 23 Mac 2011

Air mata

Seorang anak lelaki bertanya pada ibunya,"Mengapa ibu menangis?"
"Kerana aku seorang wanita,"jawab ibu.
"Aku tidak mengerti,"kata anak itu.
Ibunya hanya memeluk dan berkata,"Dan kau tidak akan pernah mengerti."
Kemudian anak lelaki itu bertanya kepada ayahnya,"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis tanpa alasan,"hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak lelaki kecil itu pun membesar menjadi seorang lelaki dewasa, dan tetap ingin tahun mengapa wanita menangis. Akhirnya ia menghubungi Tuan, dan ia bertanya,"Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"

Tuhan berkata,"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menampung dunia, namun harus cukup lembut untuk memberikan keselesaan. Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang sering kali datang oleh anak-anaknya. Aku memberikannya kekerasan untuk menjadikannya tetap kental ketika orang-orang lain menyerah dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan keletihan tanpa mengeluh. Aku berikannya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya. Aku memberikan kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi adakalanya menguji kekuatan dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu. Dan akhirnya, Aku memberikannya AIR MATA untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya digunakan bila diperlukan."

---------PUPE RAHAIZAD DARSONO--EDITOR MAJALAH RAPI---------

Terkesima kejap membacanya :)

Next week hari Isnin Ammar kena pergi lagi ke KPJ, hari tu doktor cakap nak tunggu Ammar betul2 sihat baru tengok semula degupan jantungnya..harap2 Ammar tak demam,batuk dan selsema lagi minggu ni.

Anak buah saya sofiya aini yang bedah buang tonsil hari tu nampaknya dah semakin sihat..sofiya kan super girl!hehe

Apa yang boleh dikatakan?semuanya dugaan.

Tiada ulasan: