Khamis, 17 November 2011

Wanita

Minggu ini saya namakan minggu luahan perasaan.

Minggu ini juga minggu saya telah menjadi "angry bird" pada sang suami.

Apa yang saya dengar dari luahan perasaan kekadang saya bersyukur di dalam hati "ohh..nasib saya tidak di uji begini dan begitu"..ada ketika saya pun hendak menangis, melihat peluah menangis dan ada masa saya pun beremosi ,marah pulak lebih2 dari peluah perasaan..deng!!!apa dah jadi???huhu

Apa yang saya hendak sampaikan@luahkan di "bilik kecil" saya ini ialah wanita memang sentiasa bergelumang dengan emosi kerana jiwa nya terlalu halus dan sensitif apabila disakiti.

Mengharapkan sang suami faham setiap tindakan dan pengorbanan yang telah dilaksanakan.

Sangat kecewa melihat suami yang seperti tidak tersentuh jiwanya dengan apa yang kita buat, dengan lagaknya cool@selamba badak yang tidak bertempat..dan dengan kita yang mengharapkan dia faham A-Ayam..B-Badak..tapi dia faham A-Badak B-Ayam...aduhai aduhai...aduhaiiiiiiiiiiiiiiii..cubalah memahami wahai lelaki..

Walau apa pun saya mendoakan sahabat saya diberi kesabaran dengan ujian yang menimpanya.

Saya=Angry bird? owhhh tak lagi..saya dah memaafkan sang suami.

Saya berterima kasih kepada 'buku muka' yang dapat memberi peluang pada saya membaca perkara-perkara yang positif..

Hati saya jadi sejuk bila membaca kata-kata dari Prof Dr Muhaya ,katanya (ini yang melekat dalam kepala saya sahaja)

" Kita mesti berdikari dalam hidup ini jangan harapkan orang lain menyelesaikan masalah kita di dunia ini, yakinlah bersama kita adanya Allah, Allah bersama kita ..mohon la bantuan daripadanya bukan dari manusia lain"


"Sebelum tidur maafkan lah segala kesalahan orang kepada kita pada hari ini"

Yer saya cuba..tetapi kadang2 saya perlu masa untuk memaafkan...ini kelemahan saya.


Doakan kebahagian dan ketenangan semua.

Semoga kita menjadi manusia yang lebih baik. Ameen.

Tiada ulasan: