Isnin, 21 November 2011

Ammar,Amir dan pengangkutan awam







Namanya sahaja orang Putrajaya tapi ini la kali pertama Ammar dan Amir naik "keretapi laju"

Kami naik hala ke KLIA..tambang bagi dewasa rm6.20 0ne way,kanak-kanak rm3. Perjalanan kejap je dalam 15 minit ke KLIA-Putrajaya.

Mula-mula masuk Ammar dan Amir suspen,mata bulat melilau kiri kanan depan belakang..tangan pegang kerusi ..gayat kot..hehehe..tapi bila hala balik ke Putrajaya semula

Ammar dan Amir dah confident..dah boleh duduk dan berdiri dengan santainya di atas kerusi..

sampai KLIA pusing2 kedai coklat,cuci mata tgk handbag,singgahKFC pastu balik,Wan masak di rumah lagi best kan !...hehehe saja je bagi ada aktiviti hujung minggu bersama Pak Cu dan Mak Ndak Lina..


perkara yang nampak kecil bagi orang dewasa tetapi memberi pembelajaran dan kenangan indah bagi kanak-kanak :P setuju?

Tiada ulasan: