Selasa, 15 November 2011

Berangan itu free!

Berangan itu sememang nya percuma tidak perlu apa-apa bayaran.

Semua orang berangan yang indah-indah mahu kereta besar, rumah besar, tv sebesar alam,wang besar, isteri besar??????..mahu jadi orang besar mungkin YA hehe..apa-apa sahaja la..:P

Semenjak dua tiga bulan kebelakangan ini saya selalu berangan-angan mahu hidup di kampung halaman.

Pernah saya menyatakan pada kawan baik di 'buku muka' alangkah seronoknya kalau rumah saya hanya di belakang rumah mak abah di kampung dan rumah mentua hanya selang 2 rumah sahaja dan kami bekerja di sana.

Kawan baik saya mendoakan saya diberikan rezeki rm100 juta untuk merealisasikan angan-angan itu siap dapat bina lapangan terbang supaya senang untuk menulor ke mana-mana!

hehe kan sudah saya katakan berangan itu free!!!!


Isu nya apa yer..isunya berpijak la pada di bumi yang nyata! Belajar menerima dan bersyukur seadanya.

Allah tidak memberi apa yang kita mahu tetapi DIA memberi apa yang kita perlu..

Dan sebenarnya kita manusia tidak tahu pun apa sebenar-benarnya yang kita perlu tanpa bantuan dari Allah yang Maha Besar dan yang Maha Mengetahui.


Kebelakangan ni saya banyak juga mewujudkan aktiviti-aktiviti dihujung minggu dengan anak-anak. Sementelah hubby tidak bekerja di syif normal jadi saya perlu memecahkan tembok diri yang selama ini merasakan sukar nak beraktiviti di luar dengan anak-anak tanpa adanya hubby. Bersyukur dan berterima kasih juga saya mempunyai kawan-kawan yang juga sama seperti saya mahu mewujudkan aktiviti di hujung minggu bersama anak-anak agar mereka tidak bosan, merasa gembira dengan keluarga dan dapat mengurangkan pengaruh tv pada mereka.

Apabila beberapa siri aktiviti di buat seperti berkelah,berjogging, berjalan kaki di sekitar kawasan perumahan,naik bas pusing2 Putrajaya,ke kolam renang, mula bercucuk tanam bersama Ammar dan Amir menggunakan tin biskut dan botol minyak yang di belah dua, kami jadi makin teruja..dan semuanya dijalankan dalam Putrajaya sahaja!

Jika dulu saya selalu berangan kalau duduk kat kampung boleh pergi sana pergi situ buat itu buat ini parent yang dah tua di depan mata..duduk dalam Putrajaya ni apa ada? anak nak kuar main kat luar pun susah..rumah takde pintu pagar!Kereta pun bagi pemandu yang tak reti berfikir bawak laju dalam kawasan perumahan..balik-balik hubby bawa pusing-pusing-pusing dalam Putrajaya je kejenya.


Sebenarnya , kita lah yang perlu mencipta bahagia!

Saya bersyukur dapat berjumpa dengan kawan-kawan yang boleh membuka minda saya.

Dan paling mengujakan Masjid Putrajaya sebenarnya ada menyediakan khidmat sms untuk rakan masjid. Di mana sms mengenai aktiviti masjid akan di sms kan kepada kita. Subahanallah , ada banyak majlis ilmu sebenarnya. Nak@tak nak sahaja.


Apa yang menyentuh perasaan dari perkongsian ilmu dengan seorang kawan di rumah semalam katanya dalam siri ceramah yang diikuti, pernah diutarakan seorang ustaz ada 60,000 orang di dalam Putrajaya tetapi untuk majlis-majlis ilmu ke mana perginya 60,000 orang tu?yang datang hanya muka2 yang sama.. berbanding dengan orang di Pasar Malam. Karnival Belia 1 Malaysia,Alamanda dan macam-macam karnival dan jualan.

Saya la orangnya di Pasar Malam dan jualan tu...ke Pasar Malam bersesak mengheret anak2 boleh tapi ke Masjid mengheret anak2 tak boleh. Itu satu tamparan sebenarnya buat saya. Kawan saya telah membuatkan saya terbuka minda dan mengegarkan fikiran saya bahawa mesti berubah..katanya,"bawa la anak2 sekali ke masjid ikut majlis-majlis ilmu, jangan la kiter asyik fikir takut anak2 meragam,takut itu takut ini , Allah ada ..kita berdoa la pada Dia supaya anak2 tak meragam..jangan risau orang-orang lain pun bawa anak2..memang dengar sini nangis sana merengek ...biasalah tu..kita mesti membiasakan diaorang ke masjid sejak dari kecil tambah pula masjid Putrajaya dah lengkap ada kelas kuliah,pusat sumber,audotorium, tempat budak2 berlegar bermain-main, lepaskan aje diaorang sesambil kita mendengar jenguk la diaorang..tak dapat banyak pun sedikit ilmu daripada tak ada langsung..memang betul menuntut ilmu tak semestinya pergi ke masjid sekarang buku,kaset,cd ceramah,youtube,facebook,blog banyak tetapi belajar face to face dgn tok guru itu lebih afdal, mengimarahkan masjid itu lebih pahalanya, mendidik anak2 rasa selesa,rasa masjid itu hampri dengan mereka sejak dari kecil itu yang penting" Allah hu akbar.. apakah kami terlalu lalai..astghafirullah.


Aduhai..aduhai..aduhai....saya tiba-tiba jatuh kasihan pada diri sendiri.


Ahad lepas hubby membawa kami pusing-pusing-pusing Putrajaya lagi kerana hari hujan untuk ke kolam renang...cuaca sejuk dan bermain air bimbang Amir akan semput..kami menyelusuri kawasan perumahan di tepi tasik..indah,tenang tetapi terlalu sunyi dan jauh dari kemudahan.

Tiba-tiba saya rasa bersyukur dapat duduk di kuarters yang tidak terlalu sunyi, berdekatan dengan hospital dan klinik Putrajaya,sekolah, hampir dengan tempat-tempat makan dan stesen bas serta erl..terasa Allah masih sayang saya lagi walaupun di duga dengan suami berkerja syif dan jauh dari mak abah dan mak abah mentua.


Dihujung penulisan ni tiba-tiba saya rasa mahu berangan jika hubby bekerja syif normal..weekend hubby ada di rumah dan dapat bersama-sama merancang aktiviti anak-anak dan pencarian ilmu akhirat bersama.


Itu dinamakan berangan atau sebenarnya ia impian saya?


Allah Maha Mengetahui Yang Terbaik. Saya harus rajin berdoa semoga dimakbulkan.

Tiada ulasan: