Ahad, 13 Februari 2011

Yang Melekat di Kepala

Sejak dari last week Panggung Sabtu tu menarik perhatian saya! last week Kajol dan Amir Khan berlakon, best citernya tapi saya sudah lupa apa tajuk citernya..semalam citer Dil To Pagal Hai..citernya mengembalikan saya kepada kenangan lama...bukan kenangan bercinta yer..kenangan bersama-sama kawan2 di kolej masa zaman diploma dulu-dulu..sepanjang menonton citer Dil To Pagal Hai tu fikiran saya berselang seli terbayang2 kawan-kawan yang sama-sama dok layan hidustan time tu..mula la teringat zaman 'beronggeng' dahulu kala hehehe..saya tidak berapa ingat berapa banyak filem hindustan yang di layan hanya beberapa sahaja Yang Melekat di Kepala!

Seingat saya ini filem yang mencetuskan fenomena baru dalam filem hindustan, saya bukan peminat tegar filem hindustan tetapi mak,along dan angah saya suka layan filem hindustan dan tamil dulu-dulu...saya kurang berminat sebab mesti ada lawan2, berdarah-darah, polis yang makan rasuah-jahat..hehe..jadi filem Kuch Kuch Hota Hai ni filem pertama India yang tak ada lawan-lawan dah ,tumbuk dush hum dush hum dah tak de..latar belakang filem pun dah moden tetapi menyanyi dan menari WAJIB la ada untuk filem hindustan..jadi ini la filem hindustan pertama yang saya suka dan tak tau la berapa kali kami melangut menengoknya!

Dil to pagal hai dil diwane hai...lagu-lagu dalam ni best2, seronok tengok 3 orang pelakon nya menari


Mann citer ni sedih ..dulu2 kalau tengah layan ramai2 tu nak nangis kena jeling2 member lain, kalau ada yang nangis juga kira oklah nak nangis sama ..hahaha..kalau nangis sorang2, malu sehhh tetiba over feeling dari yang lain apa kes hehehe..cik Maz ni citer yang paling hang minat kot pasal dok ulang2 lagu time Amir Khan bawak awek dia balik kampung jumpa nenek dia tu..


muahahaha saya ada dvd ni!!!!baru beli tahun lepas..apsal entah tergedik-gedik nak tengok citer ni semula masa tu..hubby pun heran tetiba tengok hindustan..pergi beli dengan ayah wan plak tu hehe


filem ni pun syok jugak layan!


Itu je la filem hindustan yang saya ingat dan masih melekat dalam kepala ..sebenarnya yang paling penting citer-citer ni mengkan saya pada kawan-kawan masa diploma dulu..kak ina,kak zu, cik lisz,cik maz, fatihah, aya, ira..miss u all !

Kalau tak silap kita grad diploma tahun 1999 eh..2001 dah kat UUM sambung degree..sekarang dah 2011 maksudnya dah tinggalkan zaman diploma dalam 10 thn+ ..semua pun dah ada kerjaya sendiri, dah bekeluarga..cuma lisz takpe lisz aku doakan ko jumpa juga putera idaman satu hari nanti..amin.


10 thn+ ..sekarang umur pun dah masuk tahun ke 33..huhu i'm getting old..


astaghfirullah hal azim.

Tiada ulasan: