Khamis, 10 Februari 2011

Oh Kasihan..Oh Kasihan.. Aduh Kasihan

Oh Kasihan...ekekekeke sajer je nak menambahkan ke tensi an cik yah..
Cik yah dapat posting di SMK Selirik Kapit !

Sila la tengok di mana Kapit itu berada...huhuhu

Katanya, hari ni akan terbang dari Kuching ke Sibu..dari Sibu akan naik BOT EKSPRES ke Kapit..3 jam katanya ..

Kata kawan saya yang duduk mengajo di Sarawak jugak, line telefon tenggelam timbul, letrik ada tapi air paip tak de pakai air tangki tadahan air hujan..saya tak tau camne rupa air tangki tersebut..

Kata mr google..wooo saya teruja..SMK Selirik ada blognya sendiri tau..tak caya? ha p SINI ;P

Lagi ada facebook tau ..tak caya lagi? sila la sign up yer kat SINIK

Pandai2 la bawa diri, jangan sombong2 dan jangan le keluar ke mana-mana sorang2 yer cik yah

Dalam blog tu ada citer katanya dalam bajet 2010, PM ada sebut nak buat jalan raya kat Kapit tu peruntukan rm2.3 bilion..aaaa jalan tak projek ni???

Katanya, penduduk di bahagian Kapit yang terletak di hulu Sg Rajang, sungai terpanjang di Malaysia (uu ada can cik yah tengok Sg Rajang, kalau tak p Kapit mimpi pun tak sampai tau ke Sg Rajang) sudah lama mengharapkan pembinaan jalan raya yang boleh hubungkan Kapit dengan Sibu yang kini terpisah dengan jarak 211 km

Bahagian Kapit terletak di tengah2 kepulauan Borneo bersempadan dengan Kalimantan di sebelah selatan dan timur , satu-satunya bahagian di Sarawak yang tidak dapat dihubungi menggunakan jalan darat! 100% bergantung pada perhubungan air iaitu Sg Rajang!

Kumpulan etnik terbesar di Kapit ni adalah orang Iban..pastu kat sana ada 564 rumah panjang..waaa adakah cik yah akan duduk di rumah panjang????

Pesanan dari penaja, sila la ko belajo berenang yer dik..pandai2 la meyesuaikan diri dan never alone bila nak ke mana2 jangan buat cam ko duduk kat sini..:) berdoalah semoga semua di permudahkan..ada la hikmah tu :)

Tiada ulasan: