Rabu, 23 Februari 2011

Kasihilah jika ingin dikasihi

Kasihilah jika ingin dikasihi.

Diriwayatkan oleh Aisyah r.a : Pada suatu hari Rasullulah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a.Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda.Berkata Aqra':"Ya Rasullulah!Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka."Rasullulah melihat pada Aqra' kemudian berkata:"Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi." (Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim).
p/s : bagi yang sanggup membuang bayi mereka, adakah anda layak menjadi orang yang dikasihi?

My oh My

Sekali terjebak menonton citer korea bagi saya sudah tiada jalan pulang ke pangkalan jalan lagi hehehe..ada 2 cerite berepisod sedang saya ikuti di KBS World..setiap Isnin dan Selasa malam.~kdg2 saya terlupa juga nak tgk tapi ada ulangan weekend.

Siap marah ni Ammar dan Amir buat bising .."jangan bising , duduk diam umi nak tengok citer ni!"

Semalam nyaris2 gagal menonton pasal hubby dengan penuh kedengkian telah menukar channel kepada Tom N Jerry Tales..Ammar dan Amir dah mula nak rengek2 biler umi tukar channel KBS World tapi takpe disebabkan umi punya "sound speaker" tahap guruh berdentum 2 orang budak terus terkedu..terus join umi tengok citer korea muahahahaha. i like!

Ayat copy paste hubby,"citer korea..korea..korea!" ~ayat dengki tahap cipan

Sebenarnya dia copy paste ayat saya ,"asyik asyik bola!bola!bola!" ~serius lelaki yang herannya semua jenis sport kat channel sport tu nak di layan..tak jemu-jemu! sepanjang tahun ada perlawanan bola plak tu..sungguh heran!

Bebalik ke citer asal , saya tengah layan citer Single Daddy in love dan Dream High!

Sebenarnya boleh download je siri2 nya tetapi saya adalah pengguna berokband celcom yang tersangat lah slow siput..nak upload gambo pun slow apatah lagi nak download movie...line pun tenggelam timbul..kat opis ni ada banyak cadangan suruh tukar streamyx, unifi @ u mobile tetapi saya masih berkira-kira dari segi bajetnya dan penggunaan semaksimum mungkin astro juga perlu di ambil kira juga..sekarang astro dah ada govt. charge woo

Dan lagi saya masih punyai option, ada kawan2 di opis sangat rajin download..saya hanya perlu mengelek ext. hd utk copy sahaja..hehe jahat eh

Single Daddy in love

Sedih citer ni..meleleh airmata gak le seposen dua..Ammar akan tanya,"Kenapa umi sedih?"
Citernya tentang seorang bapa tunggal yang mempunyai seorang anak lelaki yang ditinggalkan isterinya kerana isterinya mahu mengejar cita2 untuk menjadi ahli piano. Selama 7 tahun dia menguruskan anak dia sendiri dan telah jatuh cinta dengan seorang pelajar perubatan. Konflik terjadi bila pelajar perubatan itu merupakan anak kepada tunang bekas isterinya. Kesedihan bermula bila anak lelaki nya menghidapi tumor otak dan dia pun juga menghidapi tumor otak!
Dream High

Ikhlas nya suka nengok citer ni pasal ada hero handsome muahahaha..seme pelakonnya comel2..apsal la pompuan korea seme kurus-kurus, kecil molek jer huhuhu dan ni citer muzikal..ada nyanyi dan menari
Citer tentang 6 orang pelajar di sebuah kolej yang bercita-cita untuk menjadi bintang terkenal.
:) berminat? sila la bersama-sama saya nonton nya..
Hmm tinggal 10 hari lagi saya akan di bedah..serius rasa takut,risau,cemas..melayan citer2 ni buat saya lupa kejap tapi citer single daddy in love tu citer pasal kesakitan juga..bercampur baur la plak perasaan saya time nonton.

Khamis, 17 Februari 2011

Mama Saya Lapar..Ilmu dan Amal

Saya memang peminat Wardina Safiyyah. Suka tengok perubahan nya dari zaman free hair hingga sekarang sudah beranak 3 tetapi saya tidaklah peminat yang fanatik..kalau kebetulan saya menonton MHI ada Wardina sebagai pengacara then saya akan tengok @ ada muka nya sebagai cover di Majalah, kebetulan poket ada duit so saya akan beli..Baru2 ni saya ke Pejabat Pos Alamanda dan terus berpeleseran di MPH nampak buku Mama Saya Lapar karya Wardina di cermin kedai jadi saya terus beli. Sudah tau lama Wardina ada menulis 2 buah buku, lancar bln 6 2010 tetapi tidak le pula saya berusaha mendapatkan nya..yer saya bukan lah di antara pembaca terawal!

Apa yang ada dalam buku ni? bagi saya bukunya sangat bagus untuk parent yang nak tahu apa makanan yang bagus untuk anak2 mereka dan macam mana nak bagi mereka makan makanan tersebut. Juga ada bonus resepi di dalamnya! Ammar sangat berminat dengan buku ini, siap cakap Ammar nak tengok je (umi dia kedekut sket takut Ammar koyakkan) ..kenapa Ammar berminat? sebab ilustrasi nya sangat la menarik, berwarna-warni, tulisan besar. Gambar makanan semua nampak menyelerakan, sampai Ammar pun,"umi nak ni!umi masak kan?"

Bahasa dalam buku ni pun santai tapi banyak ilmu,tips dan praktikal di dalamnya..Harga?RM19.90 je setebal 166 msurat.berbaloi-baloi!cubalah baca!

Cabaran sebenarnya nak mempraktikkan apa yang terkandung dalam buku ni.

"Ammar tak nak makan sayur, sayur tak sedap" ~huhu cabaran kan?

Dalam FB Wardina ada sebut pasal TRIANGLE OF PRODUCTIVITY
1-KNOWLEDGE
2-ACTION
3-CONTINUITY

Terdetik jugak kat hati saya sudah terlambat dalam mendidik anak2 makan makanan berkhasiat mugkin ada tapi peratusannya sedikit jika nak dibandingkan dengan Wardina ni tetapi Wardina ada sebut dalam buku tu ,"BETTER LATE THEN NEVER".

Taniah Wardina! Bukan senang nak cari buku-buku macam ni dalam Bahasa Melayu.
Ini satu lagi buku karya Wardina tetapi saya belum membelinya lagi, nak stori mori pun susah ..nanti ada masa akan terjah MPH lagi !

Isnin, 14 Februari 2011

Preparation

Mode bekerja hari ini ku sudah terbang di angin lalu.
Pedih ulu hati sepanjang hari...mungkin nasi kerabu pagi tadi tadi terlebih lada hitam sambal kelapanya.
Tinggal lagi 11 hari termasuk hari ini saya akan dibedah.


Apa persiapan saya yer? secara seriusnya saya takut MATI! walaupun pakar dok cakap risiko nya 1%..risiko itu dan ini semua 1% sahaja..ajal dan maut itu bukan di tangan manusia!


Apa lagi? bertaubat la bebanyak eh. dan lagi?


Surf..surf dan surf cari ilmu! seberapa banyak info mengenai surgery preparation - sebelum,semasa dan selepas..


rujukan 1 kredit untuk nurain shuhada..semoga ilmu anda memberi ganjaran setimpal olehNya


rujukan 2 kredit untuk nurain shuhada juga


rujukan 3 what to expect after surgery -kredit untuk nurain shuhada juga


sesungguhnya ujian kesakitan nurainshahada ini lagi teruk dan teruk dari apa yang saya alami..saya mendoakan beliau ..amin.

ada banyak lagi tapi cam nak berpinar2 nak membacanya.

sebenarnya terpaut lama di blog aididmuaddib

sapa aidid tu? anti MLM punya orang...upsss tak boleh cakap banyak mengenainya .

dan sapa nak kurus? saya!saya! hehehe jom tengok apa yang ada kat saya nak kurus

bila mama mazni dan ayah wan nak start ni? kalau nak start bagitau yer...bersama-sama kurus.

pstt sedang membuat satu projek ni sampai berpinar2 memilih,menyisih,mencuci,menyusun dan kopak jugak ler tapi 30% dah siap setakat ni hasilnya berbaloi-baloi..i like, senyum sampai telinga..nanti update!

Ahad, 13 Februari 2011

Yang Melekat di Kepala

Sejak dari last week Panggung Sabtu tu menarik perhatian saya! last week Kajol dan Amir Khan berlakon, best citernya tapi saya sudah lupa apa tajuk citernya..semalam citer Dil To Pagal Hai..citernya mengembalikan saya kepada kenangan lama...bukan kenangan bercinta yer..kenangan bersama-sama kawan2 di kolej masa zaman diploma dulu-dulu..sepanjang menonton citer Dil To Pagal Hai tu fikiran saya berselang seli terbayang2 kawan-kawan yang sama-sama dok layan hidustan time tu..mula la teringat zaman 'beronggeng' dahulu kala hehehe..saya tidak berapa ingat berapa banyak filem hindustan yang di layan hanya beberapa sahaja Yang Melekat di Kepala!

Seingat saya ini filem yang mencetuskan fenomena baru dalam filem hindustan, saya bukan peminat tegar filem hindustan tetapi mak,along dan angah saya suka layan filem hindustan dan tamil dulu-dulu...saya kurang berminat sebab mesti ada lawan2, berdarah-darah, polis yang makan rasuah-jahat..hehe..jadi filem Kuch Kuch Hota Hai ni filem pertama India yang tak ada lawan-lawan dah ,tumbuk dush hum dush hum dah tak de..latar belakang filem pun dah moden tetapi menyanyi dan menari WAJIB la ada untuk filem hindustan..jadi ini la filem hindustan pertama yang saya suka dan tak tau la berapa kali kami melangut menengoknya!

Dil to pagal hai dil diwane hai...lagu-lagu dalam ni best2, seronok tengok 3 orang pelakon nya menari


Mann citer ni sedih ..dulu2 kalau tengah layan ramai2 tu nak nangis kena jeling2 member lain, kalau ada yang nangis juga kira oklah nak nangis sama ..hahaha..kalau nangis sorang2, malu sehhh tetiba over feeling dari yang lain apa kes hehehe..cik Maz ni citer yang paling hang minat kot pasal dok ulang2 lagu time Amir Khan bawak awek dia balik kampung jumpa nenek dia tu..


muahahaha saya ada dvd ni!!!!baru beli tahun lepas..apsal entah tergedik-gedik nak tengok citer ni semula masa tu..hubby pun heran tetiba tengok hindustan..pergi beli dengan ayah wan plak tu hehe


filem ni pun syok jugak layan!


Itu je la filem hindustan yang saya ingat dan masih melekat dalam kepala ..sebenarnya yang paling penting citer-citer ni mengkan saya pada kawan-kawan masa diploma dulu..kak ina,kak zu, cik lisz,cik maz, fatihah, aya, ira..miss u all !

Kalau tak silap kita grad diploma tahun 1999 eh..2001 dah kat UUM sambung degree..sekarang dah 2011 maksudnya dah tinggalkan zaman diploma dalam 10 thn+ ..semua pun dah ada kerjaya sendiri, dah bekeluarga..cuma lisz takpe lisz aku doakan ko jumpa juga putera idaman satu hari nanti..amin.


10 thn+ ..sekarang umur pun dah masuk tahun ke 33..huhu i'm getting old..


astaghfirullah hal azim.

Khamis, 10 Februari 2011

Oh Kasihan..Oh Kasihan.. Aduh Kasihan

Oh Kasihan...ekekekeke sajer je nak menambahkan ke tensi an cik yah..
Cik yah dapat posting di SMK Selirik Kapit !

Sila la tengok di mana Kapit itu berada...huhuhu

Katanya, hari ni akan terbang dari Kuching ke Sibu..dari Sibu akan naik BOT EKSPRES ke Kapit..3 jam katanya ..

Kata kawan saya yang duduk mengajo di Sarawak jugak, line telefon tenggelam timbul, letrik ada tapi air paip tak de pakai air tangki tadahan air hujan..saya tak tau camne rupa air tangki tersebut..

Kata mr google..wooo saya teruja..SMK Selirik ada blognya sendiri tau..tak caya? ha p SINI ;P

Lagi ada facebook tau ..tak caya lagi? sila la sign up yer kat SINIK

Pandai2 la bawa diri, jangan sombong2 dan jangan le keluar ke mana-mana sorang2 yer cik yah

Dalam blog tu ada citer katanya dalam bajet 2010, PM ada sebut nak buat jalan raya kat Kapit tu peruntukan rm2.3 bilion..aaaa jalan tak projek ni???

Katanya, penduduk di bahagian Kapit yang terletak di hulu Sg Rajang, sungai terpanjang di Malaysia (uu ada can cik yah tengok Sg Rajang, kalau tak p Kapit mimpi pun tak sampai tau ke Sg Rajang) sudah lama mengharapkan pembinaan jalan raya yang boleh hubungkan Kapit dengan Sibu yang kini terpisah dengan jarak 211 km

Bahagian Kapit terletak di tengah2 kepulauan Borneo bersempadan dengan Kalimantan di sebelah selatan dan timur , satu-satunya bahagian di Sarawak yang tidak dapat dihubungi menggunakan jalan darat! 100% bergantung pada perhubungan air iaitu Sg Rajang!

Kumpulan etnik terbesar di Kapit ni adalah orang Iban..pastu kat sana ada 564 rumah panjang..waaa adakah cik yah akan duduk di rumah panjang????

Pesanan dari penaja, sila la ko belajo berenang yer dik..pandai2 la meyesuaikan diri dan never alone bila nak ke mana2 jangan buat cam ko duduk kat sini..:) berdoalah semoga semua di permudahkan..ada la hikmah tu :)

Selasa, 8 Februari 2011

Sebut betul-betul!

Apa nama abi adik?

Haaa..sopian!

Safian la..SA FI AN..SAFIAN

Apa nama abi adik?

SOPIAN!

ok la sopian pun sopian la.

Apa nama umi adik?

aaaa...hanino!

ha..apa nama umi adik?

hanino!

bukan la dik..hanuni..HA NU NI..hanuni

Apa nama umi adik?

hanino!

hanuni la!

hanino!

hanuni la!

hanino!

dah stop malas umi kawan adik.

Cik Yah Ku Ke Sarawak

gambo bandor kelang dari tingkat 15 ,Hotel Gold Course
Masjid nya
Uwaaaa nak ikut cik yah!
Uwaaa..adik berlakon je ni pasal abg nangis ..adik pun kena nangis..adik sebenornya bengang tak dapat turun tangga-ai nak main turun naik tangga
Ni pelajar tua yang kena tendang kuar langgar displin asyik tido dalam kelas!di hadapannya adalah guru displin!
uuuuu...cover cover..sebenornya sedey Sian cik yah dapat posting ke Sarawak nun, dah le blajo aritu kat Sabah..semalam cik yah lapor diri kat Kelang..ai dun no la apsal jauh benor sampai ke Kelang padahal lepas tu nak ke KLIA..pepagi buta kena bangun takut jalan jam...Ammar dan Amir pun stress kena mandi pepagi buta..kiteorg mandi tau walaupun pakai baju melayu je p anto cik yah..pastu check in semalaman di hotel tersebut, arini kul 2 ptg berlepas ke Kuching. Sampai sana check in 2 hari kat hotel di Sarawak, hari Khamis baru la cikgu cikgi ni bergerak ke daerah posting masing2..huhuhu
Sabar le cik yah..berkhidmat untuk negara! aja aja fighting!
Ammar kata esok cik yah balik yer..esok cik yah datang yer...huhuhu..cik yah balik lambat lagi!

Discovery@iCity II

santek la awak ni..
ni macam gans je ruper dia
yang ni giler nak posing agaknya..time orang nak snap melulu dia datang
ha ha ha..aku bertanduk!ko ada?
ni la ular yang berlakon dalam citer ular emas tu..tak caya ..cer tanya..cer tanya...ular emas..cer citer ..cer citer
masa saya amik gambo ni cuak gak rase takut tetiba2 ia menganas dan cermin bleh pecah dan menerkam saya..huuu imaginasi!imaginasi!
ensem tak ai?
Katok..katanya katak ni makan apa sahaja yang boleh muat dalam mulut dia..kalau tikus muat dia telan tikus!
Katak bertanduk!
Cicok!Santek ekor dia
ini Ammar dan Amir panggil BEN 10! tak tau ler kenapa tapi semua labah2 di panggey BEN 10
ha ni la kura2 yang dalam citer otomen tu..kura2 ni la lepas tu bertukor jadi raksasa! tajam2 tu cengkerang dia
tido ke?

Antara binatang2 yang ader...sepanjang di dalam ni Ammar meronta2 nak balik..takut! Amir cool je cuma time tgk ular sawa besor je kecuttttttttt...ular kecik2 dalam cermin tu, siap sentuh lagi cermin..
Kalau nak bergambar dengan mr sawa letak atas leher bayar rm5..nak naik kuda pun sama bayar rm5..kuda kecik je..

Discovery@iCity I

per tu?per tu?..kura-kura?
tak nak..tak nak..takut!
Ammar takut abi..Ammar takut!
harghhhh adik suspen tgk ulor besor!
tu..tu ..tu..tuh musang la dik
hah..eii Ammar takut...cicok!
posing jangan tak posing
aaa emmmm kura-kura tengah buat "projek" kah?

Isnin, 7 Februari 2011

beronggeng ke aisiti










iCity, Shah Alam..masuk RM10 satu kereta tapi kalau nak p tgk ais, masuk RM25 dewasa,kanak2 rm20, nak tgk pameran ular,katak dan kura2 dewasa rm5,kanak2 rm3

Kalau bawak anak2 sediakan duit untuk mainan lampu2 yang macam2 ..ittew dua org budak telah "sedut" rm40 untuk kipas lampu..2 ketui setiap seorang huhuhu..rabak poket!

Cantik sesangat layan lampu2 ni..Amir tak abis2 sebut cantik2, amik gambo mi..amik gambo!

p/s: mak nurui oii banyak lagi gambo2, tak larat ler nak masuk seme..mai je la sini oii

Khamis, 3 Februari 2011

HaNTu KaRTuN

Muahahahaha ha ha ha tetiba nak gelak jahat..saya adalah peminat kartun...terkejut? oh jangan terkejut, kalau tengok orangnya sure tak percaya saya Suka!Suka!Suka Kartun..saya pernah baca ada satu artikel tak bagus perkenalkan kartun banyak2 untuk anak2..huhuhu..masalahnya saya peminat kartun dan kekadang saya over acting dari anak2 tengok kartun! woo marah anak kalau bising2 tengah fokus tengok kartun..hi hi hi..camne? tapi dok ler seme kartun minat...antara kartun yang saya suka jeng jeng jeng!
SEMESTINYA UPIN IPIN :D
betui!betui!betui!

ni ..tecik pulok gambo dia..TORITON! ni kartun masa saya zaman kecik2 dulu..saya masih ingat obor2 ittew berkata," toriton pergi ke utara!" uhh tak suka ittew obor2 mulut capoi suka menyampaikan di mana toriton berada!

TOm & JERRY...oh tidak Ammar dan Amir sudah mengilai kartun ni terpenggaruh dari uminya ..sket2 tom jerry!


Ha ini kartun yang paling!paling!paling! SAYA SUKA..THE ADVENTURES OF TOM SAYER! Saya boleh nangis woo kalau tengah tengok cik mat nor tutup tv..terasa hati tahap gaban tak dapat tengok..punya fanatik sanggup beli novel dia walaupun masa tu sekolah rendah novelnya dalam BI..tetiba jadi paham pulok bahasa inggeris masa tu ..hehehe


woo hoooo THUNDER..THUNDER..THUNDER CATS HOOOOOO...famous kartun ni masa kami kecik2..geng dengan adik lelaki saya tengok..masa tu dia anak lelaki sorang,adik bongsu saya belum lahir..fuhhh cik mat nor layanzzzzzzzz bukan main ..beli gajet2 thunder cats..cer haku yang minat langsung tak layan tuh..pedang thunder cats pun leh dapat..nyampoh time tu..over cik mat nor dengan anak laki dia huhuhu



ni pun sama ! NINJA TURTLES..sakan cik mat nor melayansss tapi takpe saya leh tumpang sekaki hehehe..


SCOOBY DOO ..WHERE ARE YOU? I LIKE ANJING PENAKUT iTU!

Kartun comel pujaan saya..huhuhu


yeahhhh GHOSTBUSTERS..SUKA..SUKA..SUKA..


DRAGON BALL..sanggup masa sekolah dulu simpan duit belanja kongsi dengan adik lelaki beli komiknya selain tengok kat tv..dulu sekolah rendah belanja kami 30 sen je ke sekolah..sekolah menengah 50 sen tapi masih boleh simpan duit belanja sebab boleh dikatakan dari tahun 1 sampai tingkatan 5 saya banyak bawak bekal..saya paling sedih kalau mak saya kuar ayat," penat bangun pagi2 masak!" jadi mesti bawak bekal, sampai sek makan ke tidak tu belakang kira..kawan2 pun ada tolong makan..:)


DORAEMON e MAU ANG ANG..


DUCK TALES PUN SAYA SUKA!ORG BIASA SUKA MICKEY KAN TAPI SAYA SUKA DONALD DUCK SEBAB DIA LAGI KALAKO!


BATMAN..ni pun satu ..dulu2 masa sek , biasa batman ni ada time hari Sabtu pagi..time cik mat nor dah balik dari Pekan Sehari plak tu..aduhai..pernah lawan cakap cik mat nor pasal BATMAN..dia suruh tutup tv time orang syok tengok batman, suruh basuh kasut sekolah! apa lagi tak puas hati menjawab,"orang bukan selalu tengok tv, nak tengok batman ni je pun..batman je kartun yang orang nak tengok!" sambil gosok2 mata nak nangis!last2 cik mat nor diam je..p dapur makan!yes!yes!i win, dapat tgk batman..hehehe


yeah i love shinichi muahahahahaha jangan jeles aaa abi! detective CONAN!!!!idea nak tulih pasal hantu kartun sebab baru sudah tengok detective conan the movie kat astro ceria!kejap lagi kul 11.30 pm kang detective conan S7 muahahaha..haiii nasib baik ada conan, ilang dah rasa bosan arini ...
psttt saya juga peminat korean movies hehehe...giler dari zaman belajo kat univ lagi tapi time tu fulus nya tak dok pastu terhenti sebab sibuk keje dan keluarga ..sekarang nak memulakan semula ni..nanti stori mori bab citer korea pulok!bebaru ni terkesima sekejap tengok pelakon korea - Rain masuk dalam Discovery Channel..dasat kisah hidup,dia masuk DC!