Khamis, 25 November 2010

Kasihi kami dalam rahmat MU

Semalam saya sudah boleh bercakap melalui telefon dengan abah...
Suaranya sangat berbeza dari sebelum2 ni ..sudah mula ceria, banyak cakap dan suara mula bersemangat..

Katanya abah kurusss sangat sekarang ni..makan dah selera ..
Abah masih di hospital tapi sudah berpindah dari hospital arab saudi ke hospital tabung haji
Dia lebih selesa di situ dapat bercakap2 dengan jemaah lain yang sakit , tak la seperti orang bisu , duduk sorang2 dalam satu bilik dan nak bercakap tak reti dengan nurse dan doktornya..
Abah minta belikan dia kerusi roda, nanti di airport hendak ke kereta dia tak larat nak berjalan jauh..

Doktor dalam proses buat pemeriksaan terkahir untuk pastikan abah betul2 sihat dan tiada kuman dalam badan..bila di tanya kuman apa la dalam badan abah..entah abah tak reti nak sebut..huhuhu takpe nanti saya akan tanya pihak tabung haji bila abah balik
Andaikata keadaan abah masih belum stabil, doktor minta sekembalinya nanti ke Malaysia terus admit abah ke Hospital Besar Kuantan.

Mak dan abah akan balik 2hb/12 ni setelah 46 hari di sana..semoga dipermudahkan urusan.

**sebelum pergi dah kurus..makin kurus camne la agaknya?
-----------------------------------------------

Citer 2 hero saya pula...kemuncak siri demam hari itu, kesudahan nya Ammar kena campak,penuh satu badan ruam..Amir pun demam,selesema dan batuk.

Memandangkan cuti di hujung tahun ini di tahap kritikal dan di simpan untuk ambil dan hantar mak abah nanti jadi hubby la kena el dan tukar syif kepada malam..

Seronok bukan main 2 hero duduk dengan abi nya..Ammar cakap," umi nak p keje yer, umi keje yer..Ammar tinggal dengan abi kan..nanti Ammar main..mainan dalam kotak"
Mainan dalam kotak! habis bersepah satu rumah...tapi time umi balik mainan dalam kotak dah simpan elok...hehehe kang umi jadi "harimau" susah..
Sudah masuk hari ke-empat duduk berkepit dengan abi..jadi sekarang pantang abi hilang di mata..semua tanya," abi mana? umi, abi mana?"

Hari ke-4 nampak nya ruam campaknya sudah tak merah2 lagi dah semakin hilang..rasanya 3 minggu juga la 2 hero tak ke taska..minggu depan mak ngah dah nak datang dan aki dan tok balik..6-10hb/12 taksa tutup cuti tahunan (***stress tetiba tahun ni ada cuti tahunan?) jadi 6-7 umi cuti..7-8 abi off rest 9-10 abi tukar syif lagi..huhu


budak yang lasak..peace sambil 2 tangan korek lubang hidung isk2

Tiada ulasan: