Jumaat, 19 November 2010

i'm 32 years old now

Mari kiter update blog dalam "cuaca malas" bekerja ini

Saya sudah bekerja hari ini..huhu

Citer di pagi raya haji

Seawal 5.30 pagi dah bangun kuarkan ayam dan santan untuk masak rendang
tengah duduk relaks kejap sementara subuh tengok si Ammar sudah tersengih2 bangun dari tido..duduk terjegat!..bila ditanya kenapa Ammar bgn awal,hari ni tak sekolah..jawab nya, umi nanti abi balik bawak mainan kan?
hohoho..ini budak sudah tidak boleh berjanji apa2 lagi ..pasti diingat dan dituntut sehingga ke lubang cacing..
Malam sebelum abi pergi keje,dia sudah merengek,abi jangan keje!abi jangan keje!
Abi pujuk cakap abi kena keje,nak cari duit beli mainan Ammar
Wahhh dan-dan tu di "halau" nya abi p keje..hehehe...esok abi beli mainan yer..ok abi jumpa lagi! ;P..bile hari dah cerah suruh bukak pintu, tak bagi tutup ,nak tunggu abi balik..abi sampai je belum masuk rumah sudah tuntut mainan..abi kata kedai tutup! sudah mula la aksi terloncat2 dengan gema tangisan Ammar mengantikan gema takbir kat tv! akhirnya Ammar dapat juga mainan kereta ambulans yang di main tak sampai 1 hari sudah tercabut tayar belakang..ari ke-2 sudah tak ada tayar depan-belakang...[membazir ok]


my rendang..abaikan kuali yang burukss itu

Kisah rendang, alhamdullilah jadi rendangnya...hubby kata sedap, boleh bagi 98 markah..hihi
Kalut telepon along tanya camne mak buat rendang?
pernah buat tapi tak salin resepi dan dah lupa..nasib baik along masih ingat
Masa macam ni la rasa alamak susah dan nyesalnya - kena menuntut habis2 san ilmu masakan mak ni..sampai ke malam hanya tinggal 2 ketul sahaja ayam [tak membazir]
Puding karamel pun tinggal 2 potong je lagi, sepupu Ammar suka makan...sampai di "stop" kan oleh mamanya...alahai dah tinggai 2 potong...[ tak tau sapa nak abiskan ]
MIL pun buat lemang banyak , siap bagi kat jiran dan cikgu sekolah Ammar
Petang sesi membakar ikan patin, ikan talapia, udang dan hotdog di halaman rumah...siap berkelah , menghamparkan tikar...syok!
Sesi makan2, sembang, tengok tv sepanjang hari!!!

Ahaaaaaaaaaaaaa apakah yang paling seronok di kala umur 32 tahun?
Yang paling seronok ialah dapat berkumpul dan berjumpa dengan kaum keluarga :)
Dengan komitmen kerja dan urusan rumahtangga masa untuk bersua muka sangat terhad
Ini la masanya nak tanya khabar dan berkongsi cerita :) semua adik beradik hubby ada berkumpul di rumah..
Ammar dan Amir paling seronok, bermain dengan kakak Aina dan abang Azmil..mengekek ketawanya!
Sudahnya bermula semalam Ammar mula demam, malam tadi tido mengigau2..bangun awal merengek-rengek ..nak makan ubat katanya! pastu nak muntah..Ammar biler sudah muntah-muntah itu tandanya dia betul2 sakit jadi akan tiada la kejap aksi2 ultraman cosmos, gusti, polis dsb..hari ni tak jadi hantar mereka ke cekolah...abi jaga anak2 walaupun tau abi ngantuk keje malam tapi nak hantar anak2 ke cekolah dalam keadaan yang lemah amat la mengusarkan hati saya di opis..

Jadi hari ni saya sudah genap 32 tahun..Alhamdullilah masih dipanjangkan umur oleh Allah. Macam tak percaya pun ada..dah 32..huhu tahun depan 33,34,35 ..... Apa yang berubah yer?..paling ketara berubah adalah ketembaman pipi dan badan..isk isk isk! Apa-apa pun SYUKUR PADA ALLAH SWT dengan suami yang memahami, dikurniakan 2 orang anak lelaki, keluarga bahagia..masih diberikan rezeki dalam pelbagai bentuk..masih di duga menandakan Allah masih menyayangi kami..masih dipanjangkan umur kami semua Alhamdullilah.

Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

Allah, I wanna thank You
I wanna thank you for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope

**maher zain

Alhamdullilah :)

Tiada ulasan: