Selasa, 16 November 2010

Eid Ul-Adha

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha :)

Kami beraya di Putrajaya tahun ini
Macam biasa jika raya puasa dah bercuti raya haji hubby akan bekerja
Tapi kali ni tak perlu sedih dan risau kerana MIL dan semua adik ipar akan datang beraya di Putrajaya..hohoho..
semua adik ipar?..yer coz my hubby anak sulung maaa...walaupun adik ipar ada tua dari saya! ;)
**menunjukkan hubby dah tua, saya muda lagi :D upsss

Saya akan rebus ketupat segera dan masak rendang ayam..dan juga akan buat puding karamel
MIL akan bawak lemang,rendang daging
SIL di Subang akan bawak bahan2 untuk di buat BBQ

Happy ..happy juga la
tapi saya tetap teringatkan mak dan abah yang sedang menunaikan ibadah haji di sana
Abah, alhamdullilah sudah sihat dari jangkitan kuman dan demam tapi kencing manis nya masih turun naik jadi abah akan mengerjakan haji di bawah jagaan hospital tabung haji di sana
Mak terpisah la dari abah dalam mengerjakan ibadah haji
Sekarang mereka sedang wukuf ...
Doa kami agar semua urusan,perjalanan dipermudahkan.Ameen.

Adik-adik akan beraya di rumah Pekan
Along saya ada untuk memasak dan uruskan adik2 di sana :)
TQVM pada along bersusah payah juga dia berulang alik Pekan-Kuantan sepanjang mak abah ada di sana..kena bangun pagi2, anak2 buah pun terpaksa bangun awal ler nak ke sekolah kat Kuantan..balik kerja sampai di rumah pun dah pukul 6.30 petang...nanti dalam pukul 10.00 malam akan keluar lagi ambil Mak Nurul di Kuantan balik dari keje...
tapi takpe la itu salah satu dari PENGORBANAN

:) Happy Eid Ul-Adha

Tiada ulasan: