Rabu, 10 November 2010

Dugaan

Baru ada mood nak update

Hari ni dah masuk hari ketiga saya cuti kecemasan
2 hero demam dan selsema
Ammar masih selsema lagi hingga ke pagi ni..
Amir masih demam...badannya panas bila nak masuk petang hingga ke malam
pastu bermula la episod menangis ...kejap2 bangunnangis..kejap2 bangun nangis
Malam tadi sampai pukul 5 pagi baru tidor lena
Masalah utama si Amir ialah TAK SUKA MAKAN UBAT..sebut ubat je "TAK NAK!TAK NAK!"
Setiap kali makan ubat si pemberi ubat stress yang nak telan ubat pun 2 kali ganda stress huhu
Bangun pagi ni badan si Amir masih panas
fenin.fenin.

Abah saya masih di ICU hospital arab saudi
Sudah sedarkan diri dan mula bercakap2 denan doktor
Walau macam manapun demamnya masih ada
Maih masuk air
Abah tak selera makan kata doktor
Hanya doktor tabung haji sahaja yang boleh tengok abah di ICU
Kalau nak diceritakan pengalaman bila tau abah masuk ICU, rasanya macam ada rasa senak dalam kepala dan panik!
Tambahan pulak mak dah panik...takut tengok keadaan abah dah tak kenal sapa2
Dan sebelum ni segala urusan semuanya abah..bila dah sakit macam ni, mak jadi panik
Saya cuba membayangkan betapa lemahnya abah..rentetan dari x-ray jantung,perut lepas tu MRI untuk tengok ada jangkitan kuman tidak pada otak..last sekali ambil air tulang belakang..
akhirnya result yang keluar yang jantung,usus,otak semua OK.
jangkitan kuman dapat di kesan dalam air tulang belakang..
Kami berdoa agar abah dapat wukuf dan yang selebihnya kalau tidak mampu -upah la orang lain kerjakan

DUGAAN.

Tiada ulasan: