Khamis, 4 November 2010

4/11/2010@Hospital Putrajaya

Hari ni result dari ambil darah dan sample kes thyroid saya keluar..

Keputusannya Alhamdullilah bukan kanser..bukan juga hyper atau hypo -thyriod

Kes saya namanya Multi Noduler Goiter

Memandangkan ianya bukan kanser jadi doktor serahkan kepada saya untuk membuat keputusan sama ada nak buang atau tidak..kata nya situasi nya 50-50..

Kalau saya tak buang pun tidak memberi apa2 masalah kepada diri tapi saya masih perlu buat follow up setiap 6 bulan sekali , kalau di lihat bengkak semakin membesar dan menganggu kesihatan jadi pada masa itu doktor akan syorkan bedah..

Kalau saya decide nak buang sekarang pun doktor akan buat pembedahan.TERSERAH KEPADA SAYA..( susah saya nak buat keputusan)..

Banyak perkara jugak yang saya tanya pada doktor ..btw doktor tuh handsome hahahaha..upsss terlebih sudaa

Soalan 1 - Doktor kalau saya tak wajib buat pembedahan saya perlu makan ubat tak?
Jawapan - Tak perlu ,kita tak ada ubat sebab akak bukan jenis hormon tiroksin yang kurang atau terlebih

Soalan 2 - Saya boleh mengandung tak ni doktor?kalau mengandung efek kat baby ke?
Jawapan - Boleh mengandung,tak ada kaitan pun dengan kandungan

Soalan 3 - Lepas saya buang thyriod ni tak ada efek apa2 ke pada saya..dah tak de hormon camne?
Jawapan - Setakat ni yang kita nampak bermasalah hanya di sebelah kanan, kalau kita buang masih ada di sebelah kiri untuk support..sebelum tu kita nak mintak akak buat x-ray dulu untuk pastikan sekali lagi betul2 tak ada masalah dan masalahnya hanya di sebelah kanan ..andaikata bila x-ray kita nampak sebenarnya dua2 bermasalah jadi kita kena buang dua2 dan selepas itu akak kena makan hormon gantian

Soalan 4 - Kalau saya tak buang, ada kemungkinan dia makin besarkan ..ada kesan dengan masalah bernafas sebab saya ada asthma ni
Jawapan - Dia besar ada 2 keadaan, satu besar diluar jadi kita nampak fizikalnya dia makin bengkak, 1 keadaan lagi dia besar kat dalam yang ini kita tak nampak dan mungkin masa tu dia dah himpit saluran pernafasan,saluran pemakanan..jadi masa tu kita akan tengok balik dan kalau membahayakan kita syor buang ..asthma tak libatkan saluran pernafasan di tekak, asthma masalah di bahagian paru2 kita

Soalan 5 - Kalau saya bedah doktor berapa peratus berjaya pembedahan tu doktor ada efek tak lepas bedah tu?
Jawapan - Selalunya berjaya, dan efek lepas bedah ni biasanya yang paling kerap jangkitan kuman, dan pembedahan thyriod ni dekat dengan saraf peti suara mungkin lepas bedah suara akan efek sket..suara jadi serak mungkin berminggu2 atau berbulan2..dan kehilangan darah la sebab kita potong dan di bahagian tu banyak salur darah,kalau banyak darah hilang kita akan ganti darah..tapi peratusannya semua tak lebih dari 10%..yang banyak kes semua jangkitan kuman

Soalan 6 - Bedah ni berapa lama ni,camne la?
Jawapan - Bedah dalam masa 40 minit, kita akan masukkan tiub dalam tekak untuk pernafasan dan akak tak sedar la.

Soalan 7 - Lepas bedah tu sakit dia macam kita bedah lahirkan anak ke?
Jawapan - Eh tak sebab dia tak libatkan abdomen perut, lepas bedah akak akan rasa sakit sebab bedah,perit kat tekak, nak mendongkak kepala sakit, nak makan takde masalah..dan lepas bedah otot tengkuk dan bahu cramp sket sebab lama mendongak masa bedah..jadi ni la masanya akak nak mintak husband urut2 kan bahu (doktor buat lawakkah tu..hehehe)

Soalan 8 - Apa faktor yang sebabkan kita kena thyriod ni?
Jawapan - Antara faktor nya..faktor genetik,keturunan lepas tu faktor masa kecil thyriod tak full develop , ada juga sebab kita masa mengandung banyak hormon disalurkan kat baby jadi menyebabkan kelenjar thyriod membengkak dan biasanya lepas tu dia kecut balik dan ada juga kes antibodi badan kita sendiri serang kelenjar thyriod yang ini jarang2 berlaku..thyriod banyak terjadi pada perempuan 3:1


Next appointment saya -15/10/2010 -jabatan x-ray dan 20/10/2010 untuk tau result x-ray dan decide nak bedah ke atau tak nak bedah..........KALAU NAK BEDAH DOKTOR AKAN SET KAN TARIKH PEMBEDAHAN..

Hmm haruskah saya solat istikarah ..nak bedah ke atau tak nak bedah

A.K.U D.A.L.A.M D.E.L.I.M.A

:(

P/s : Kalau nak tau maklumat lebih pasal penyakit ni ..sila le ke link2 di bawah (itu yang sempat di surf sahaja)

Thyriod bukan sekadar bengkak di leher

Thyriod about

MyThyriod




3 ulasan:

Kerikil Kehidupan berkata...

semoga segalanya selamat....

nuni berkata...

TQ kak..:)

shida berkata...

Salam Nuni
Kak sarankan kalau tak mau bedah cuba buat rawatan alternatf spt homeopathy atau rawatan cara islam. insyaallah berjaya dan sembuh. Ini semua kuasa Allah dan kita berusaha.