Khamis, 28 Oktober 2010

Abah@hospital

Saya rasa terlebih emo hari ni..biler terkenang abah je dari pagi sampai sekarang tak boleh tahan nak menangis...

Saya call kali pertama jam 2.30 ptg tadi, mak menangis cakap abah masuk air glukose dah 2 kali tapi bercakap pada jarak yang jauh ni..suara lambat sampai..pastu kadang tak dengar jelas dan kadang saya tanya lain,lain pula yang di jawab..saya tanya abah dah x-ray ke?mak jawab naik teksi,ayah khairul teman pasal mak tak pandai cakap arab. (lawak juga)

Saya call kali kedua jam 4.30 ptg, nak bercakap dengan abah jugak tak puas hati kalau tak dengar suara abah..abah pun nangis dan suaranya serak dan lemah..saya suruh abah makan,dia kata makan dah..:(

Seingat saya walaupun abah sakit kencing manis dan lain2 komplikasi dari kencing manis tu dah lama tapi hanya 2 kali sahaja dia pernah kena tahan di hospital..kali pertama semasa pembedahan appendiks, masa tu saya kecil lagi dalam umur 6-7 tahun dan kali kedua masa ada bisul di punggungnya masa tu sehari sebelum saya nak sambung degree di UUM..yang ini kali ke-3 :(

Aki yeen nasihat korang adik beradik jangan la panik..solat hajat dan doa..yang lain serah pada Allah yang Maha Mengetahui.

Tiada ulasan: