Khamis, 28 Oktober 2010

i feel down :(

:(

Abah saya kena tahan di hospital semalam.

Mak call dalam pukul 6.38 petang.

Mak cakap dia pun belum pergi ziarah abah pasal yang menghantar abah ke hospital pihak pakej dan ayah Khairul Amran -thanks to us.

Mak cakap abah asyik nak tumbang je biler bangun, no energy to wake up. Bile nak bangun je dia akan jatuh semula..nasib baik ayah Khairul ada..

Mak cakap abah tak mau makan, hilang selera makan...macam-macam ayah Khairul beli makanan tapi dia cuma jamah sikit je. Abah nak bubur macam time dia tak sihat di sini, dia akan request nak makan bubur..di sana mana ada bubur...:(

Mak cakap doktor nak x-ray abah untuk kesan sakit apa sebab asyik mengigil je..:(

I'm worry , sad , down :(

Badan saya pun rasa seram sejuk je bila balik dari opis..macam nak demam.
Mungkin sebab air-cond yang terlampau sejuk.
Semalam saya sudah call maintenance untuk tutup lubang air-cond dalam bilik saya je
Saya tak tau apa yang dibuatnya..pagi ni saya masih kesejukan..
Sejuk2 begini membuatkan dada terasa "ketat" ..2 sedutan inhaler wajib kat opis dalam minggu ni!!!!
Kalau tak kerana bos tak ada,bercuti seminggu kerana PTK..saya MC je arini ( :( kena tanggung tugas)

Hari ni saya akan cuba call mak lagi.

Ya Allah, anugerahkanlah ke atas kami,wahai Tuhan kami penawar kepada penawarMu, dan kesembuhan daripada kesembuhanMU,juga keberkatan daripada keberkatanMu,juga rahmat daripada rahmatMU terhadap penderitaan-penderitaan yang di deritai oleh orang sakit ini,ayahku Mohd Nor bin Abdul Kadir juga manusia yang lemah,dan sembuhkanlah,sembuhkannlah sembuhkanlah dengan rahmatMu,ya Allan wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani. Ameen.

Tiada ulasan: