Khamis, 9 Disember 2010

Selamat kembali

Abah dan Mak selamat dah sampai ke Malaysia pada 2hb/12
Flight delay,ikut jadualnya sampai 12.50 am 2hb/12 kemudian dimaklumkan delay ke 2.00 am...sampai di KLIa, tanya ke kaunter penerangan sudah delay sampai ke 6.50 pagi..
ding dong ding dong ambil bagasi semua..pukul 8.00 am juga baru depa dapat keluar..
apa2 pun alhamdullilah selamat sampai :)

Fokus utama sambut abah dan mak balik ialah mengenai keadaan kesihatan abah..
sangat kurus..sangat tidak larat hendak berjalan -kdg2 terhuyung hayang
berat pun turun sehingga 46kg -***rumah saya ada penimbang
tangan,kaki dan pinggang tak cukup kuat...ketar2...macam orang parkinson..kakinya sembab
selera makan amatlah memberangsangkan..nak makan nasi beriani dekat uniten lauk kambing!
makan sehingga menjilat jari dan sangat lah comot coz tangan nya ketar2 tapi nak makan sendiri..
sejak balik macam2 teringin nak makan ni...ada masa hati saya cuak juga..kencing manis sudah naik 16 ni...

Hari Jumaat 3hb/12 kami sudah bertolak balik ke Pekan
Abah sudah tak sabar nak balik Pekan..
Sedara mara pun ramai datang bertanya khabar abah..***terima kasih di atas keprihatinan anda semua :)

Hari Sabtu 4hb/12 bangun dari tido katanya rasa tak sihat
minta dibaawakan ke klinik Penny -***sudah macam doktor peribadi nya..doktor keluarga
Dr Penny minta hantar terus ke Hospital Pekan ..
Di wad kecemasan, Hospital Pekan kena tahan di situ - kekurangan air dan darah..paras hemoglobin rendah
tahan untuk masuk air...selesai masuk air, doktor minta datang semula hari Isnin untuk temujanji dengan pakar

Hari Isnin 6hb/12 , kami bawa abah ke Hospital Pekan untuk temujanji
Kena ambil darah untuk di hantar ke Makmal Hospital Kuantan
24hb/12 ini datang semula untuk ambil darah lagi sekali -*** kejenya ambil darah, sudah le kurang darah..bile bdn produce darah kena ambik pulak..saya rasa sedikit jengkel di situ huhuhu
28hb/12 baru berjumpa dengan pakar..

Saya tak banyak dengar cerita pasal pengalaman haji..
Saya banyak dengar cerita pasal pengalaman sakit abah di sana dan pengalaman mak menguruskan abah sakit...
Otak saya pun sibuk macam mana, kenapa dan kenapa sahaja....
Berurusan dengan Hospital kerajaan memang banyak prosedur..birokrasi dan soal subsidi perubatan..
tapi alhamdullilah masih ada jalannya..***ada hikmah nya juga mak nurul bekerja di klinik
dan syukur juga cik yah sudah abis blajo dan sedang tunggu posting..ada orang boleh tolong cucuk insulin untuk abah - sebelum ni abah nak cucuk sendiri, dengan tangan terketar2 ittew..nasib baik mak nurul check jarum sudah bengkok coz cucuk dengan tangan terketar2..kalau patah time cucuk ..adeh hai nauzubillah...harapannya cik yah dapat posting di Pekan juga..
Angah pun ada di rumah masa cuti sekolah ni jadi senang la abah nak ke mana2..seperti biasa en mat nor ittew sangat lah cerewet dan nak orang ikut cakap dia...nak ke bandor Pekan hari2, nak jalan2 hatta menganto kurma ke rumah sedara-mara pun dia nak anto ...***yang sakit p menganto untuk yang sihat :P

Dari pembacaan report yang abah bawak untuk refer pakar di sni sangat la menyentuh hati dan kerisauan membuak2...apa2 pun kami akan berusaha yang terbaik untuk abah.

7hb/12 kami dah bertolak balik ke Putrajaya...cuti saya untuk tahun ni langsung habis tiada berbaki pun huhuhu...balik jengok abah tahun depan pulak...dugaan abah dan abah mentua dua2 nya tidak sihat.

Tiada ulasan: