Selasa, 26 Oktober 2010

Semoga dicucuri rahmat ..

Semalam hubby bagi sms katanya isteri pak de ,adik MIL meninggal eksiden..hubby tak dapat pergi ,dia keje malam jadi mengantuk nak drive ke N9..yang pergi hanya adik ipar-epul dan lina..MIL pun tak pergi,susah dengan keadaan abah macam tu..saya tidak rapat malah tidak pernah bersembang pun dengan arwah kerana seingat saya, saya hanya pernah berjumpanya 3 kali sahaja itupun di kenduri dan semasa majlis pertunangan adik ipar.

Hubby emailkan keratan akhbarnya..al-fatihah ..semoga roh mak de tenang dan damai di sana.

Guru tadika maut nahas

Oleh SAJIDA ASARULAH KHAN
berita@kosmo.com.my


JEMPOL – Tindakan seorang guru Taman Didikan Kanak-Kanak (tadika) menggunakan jalan pintas untuk ke tempat kerjanya mengundang padah apabila dia maut selepas kereta yang dinaiki bersama cucunya dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda semalam.

Rahmah Md. Ali, 53, maut dalam kejadian pukul 7.30 pagi di Jalan Felda Lui Selatan-Felda Tembangau dekat sini manakala cucunya, Adriana Adila Ayu Teddi Nadianto, lima tahun, cedera di muka.

Difahamkan sebelum kejadian, mangsa dalam perjalanan ke tempat kerjanya di tadika Kemas Sungai Lui selepas berpatah balik ke rumahnya di Felda Lui Selatan untuk mengambil beg tangan yang tertinggal.

Jalan pintas itu dipercayai dapat mengurangkan masa yang perlu diambil kira-kira 20 minit ke tempat kerjanya. Bagaimanapun permukaan jalannya tidak berapa elok dan bergaung.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohd. Sabri Muhamad berkata, kereta Proton Iswara mangsa telah dirempuh oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dari arah bertentangan

---------------------------------------------------------------------------------

Nenek maut, cucu cedera nahas jalan raya

JEMPOL 25 Okt. - Tindakan seorang nenek yang melalui jalan pintas untuk ke tempat kerjanya mengundang padah apabila maut dalam kemalangan di Jalan Felda Lui Selatan-Felda Tembangau dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian pukul 7.30 pagi itu, mangsa Rahmah Md. Ali, 53, maut di tempat kejadian sementara cucunya, Adriana Adila Ayu Teddi Nadianto, 5, cedera di bahagian muka.

Difahamkan mangsa yang dalam perjalanan ke tempat kerja di Tadika Kemas Sungai Lui berpatah balik ke rumahnya untuk mengambil beg tangan yang tertinggal.

Ketua Polis daerah, Supritendan Mohd. Sabri Muhamad berkata, ketika kejadian kereta mangsa Proton Iswara dirempuh oleh sebuah kenderaan lain dari arah bertentangan.

"Mangsa dan cucunya dari arah Tembangau ke Felda Lui Selatan. Ketika itu, mangsa yang bekerja sebagai guru tadika sedang menuju ke tempat kerjanya di Tadika emas Sungai Lui.

"Kejadian berlaku apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux yang dipandu oleh wanita warga Indonesia, Tri Sartati, 28, yang datang dari arah bertentangan terbabas ke bahu jalan.

"Bagaimanapun semasa pemandu tersebut cuba memandu untuk naik ke atas jalan, kenderaannya berpusing ke arah bertentangan lalu merempuh kereta Rahmah," katanya di sini, hari ini.

Ujarnya, akibat rempuhan tersebut Toyota Hilux tersebut jatuh ke dalam gaung berdekatan dan tersangkut di sebuah pokok besar.

Katanya, pemandu Toyota Hilux itu mengalami kecederaan di dada sementara kanak-kanak tersebut kini menerima rawatan kecemasan.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Jempol untuk dibedah siasat," katanya.

Dalam pada itu, Penyelia Kemas Parlimen Jelebu, Mohd. Saffari Hashim berkata, kebiasaannya Rahmah tidak melalui jalan tersebut untuk ke tempat kerjanya.

"Akibat tertinggal beg tangan di rumah, mangsa berpatah balik dan mengambil beg tersebut.

"Mungkin kerana sudah lewat ke tempat kerja, mangsa melalui jalan pintas yang lebih dekat ke tempat kerja," katanya.

Tambah beliau, mangsa juga dikatakan baru bercuti di Melaka bersama keluarganya semalam.

Jenazah mangsa dikebumikan di Felda Lui Selatan.


Tiada ulasan: