Ahad, 29 Ogos 2010

@19 Ramadhan

Berpagi2 tiba2 ada rasa mau mencoretkan sesuatu ..saya menulis pagi ini untuk diri sendiri..untuk saya musahah diri.

Terima kasih Tuhan, masih dipanjangkan umur sehingga 19 Ramadhan ini.

Hari ini, saya buka tingkap seluasnya semasa solat subuh dengan harapan saya masih boleh menghirup udara segar di Putrajaya walaupun tak sesegar udara di kampung..saya mengharapkan dengan angin sejuk dan 'bau' pagi,saya boleh dengar bunyi burung2 berkicau2..ada bunyi tetapi saya kira hanya bunyi burung gembala kerbau dan diselang seli dengan bunyi burung gagak bersahut-sahutan mengantikan bunyi kokokan ayam...kalau di kampung orang tua2 kata bunyi gagak tandanya ada orang nak mati tapi kalau di sini saban hari bunyi gagak yang banyak..musykil juga ramai betul yang akan mati di Putrajaya..

Hidup mati itu di tangan Allah swt...

Sebut soal hidup dan mati, ya saya bersyukur alhamdullilah kepada Allah kerana masih lagi bernafas sehingga detik saya menaip ini -7.49 pagi ini..

Siapa sangka budak yang selalu sakit...pernah tak boleh bernafas sehingga kebiruan mulut dan kaki tangan nya..pernah rasa peluh yang menitis2 ketika tercunggap2 untuk bernafas tak lagi masin, terasa payau...pernah terkencing di lantai klinik di hadapan doktor menahan sakit..pernah sehingga tak mampu berjalan di dukung oleh abah ..hanya membonceng basikal ke klinik/hospital di waktu subuh,siang,malam -tak megira waktu untuk kembali bernafas secara normal dan ya, kenderaan itu sahaja yang kami ada...banyak duduk di rumah menangung sakit daripada ke sekolah..tubuh kurus melengkung, mata cengkung hitam, ubat seperti makanan rutin ..jarum menusuk kulit tak lagi terasa sakit..dan pernah terasa dan selalu terasa umur tak akan panjang..

Dan ya Allah ya Tuhanku...hamba Mu ya lemah ini bernar2 bersyukur pada Mu ya Allah kerana masih di beri panjangkan umur ya Allah ...masih di beri peluang untuk bertaubat pada Mu ya Allah..

Sehingga kini kadang2 terasa satu keajaiban , saya berpeluang berkahwin dan punya anak...Mak saya pernah cakap ketika saya mula2 belajar bercinta.."Awok tak boleh kawin noni..mane nak kawin asyik sakit je..nak beranok macam mane?"..itu kata kita manusia yang lemah...tapi Tuhan jualah penentu segala..

Pernah abah saya bercerita, dia berjumpa cikgu B.I saya semasa di sekolah menengah...cikgu Munah namanya..pernah jadi guru kelas saya..bertanyakan hal saya di mana dan apa cerita..abah saya cakap saya kerja di Putrajaya dan dah ada 2 anak lelaki...cikgu itu terkesima dan berkata tak sangka yer..dulu kejap2 biru je badan..kejap2 biru ...dah ada anak pun...

Siapa kita untuk menafikan kuasa dan kasih sayang Allah kepada kita-hambanya

?

Allah Maha Besar.

Mahasuci Allah.

Alhamdullilah.

Sesungguhnya kami terjaga di pagi hari dengan kesedaran bahawa Kerajaan -bumi dan segala isinya ini seluruhnya milik Allah. Dan segala puji bagi Allah, tiada sekutu bagiNYA tiada Tuhan selain DIA dan kepadaNYA kami akan di BANGKTKAN.

Ya Allah ampunkan lah dosa-dosa kami.


Meratap dalam kamar
Tiada yg bisa ku minta
Selain hanya nama mu ya Allah
Esok ataukah nanti
Ampuni semua salah ku
Lindungi ku dari segala fitnah

Kau tempat ku meminta
Kau beri ku bahagia
Jadikan ku selamanya
Hamba MU yang selalu bertaqwa
Ampuni ku ya Allah
Yang sering melupakan MU
Dalam sunyi aku bersujud
Pada MU...

Tiada ulasan: