Isnin, 30 Ogos 2010

@20 Ramadhan,Raya dan Merdeka

Sedar tak sedar sudah memasuki 10 Ramadhan terakhir.

Masa semakin singkat.

Semoga kita semua berusaha meningkat kan lagi amalan.

Kerana tidak tahu adakah berjumpa lagi kita dengan ramadhan akan datang?

Yang paling penting semoga amalan2 kita di terima oleh Allah.BERUSAHA DAN BERDOALAH.

“Jibril datang kepadaku dan berkata, ‘Wahai Muhammad, siapa yang menjumpai bulan Ramadhan, namun setelah bulan itu habis dan ia tidak mendapat ampunan, maka jika mati ia masuk Neraka. Semoga Allah menjauhkannya. Katakan: Amin!. Aku pun mengatakan: Amin! ” (HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam Shahihnya)


Biasanya, dekat2 nak abis puasa sudah terasa aura2 nak beraya..pagi tadi saya sudah pun mendengar lagu raya kali pertama untuk tahun ini di radio ...saya tak tau radio ape nama nya ,compius samada radio era,sinar atau suria..tapi DJ dia kak engku dan salleh yaakob tu..tempahan kuih raya pun dah dapat..tinggai lagi kerepek dari kak pnut lum dapat, tak banyak saya tempah kuih sederhana sahaja ole2 untuk bawa balik ke kg dan jugak untuk kawan2 dari opis lama yang mungkin akan datang beraya ke rumah nanti. Saya paling suka biskut mazola dan suji almond tapi tahun ni saya tanya2 penjual2 biskut yang dikenali seme tak buat, katanya biskut yang ada komersial value je yang dibuat...huhuhu..nama mazola lum cukup komersial..

Baju raya? saya tidak ada baju raya tahun ini..hanya pakai baju ke opis yang masih baru saya kira untuk dijadikan baju raya..Ammar dan Amir ada sepasang baju melayu berwarna hijau dan kopiah serta seluar jeans..kemeja hanya pakai yang thn lepas-masih padan dan elok. Ammar mentest baju melayu sampai tak mau tanggal,dipakai tido dan di bawa ke sekolah terus..tak mau mandi-sayang nak tanggal baju melayunya..cuba pakai kopiah pada Ammar dan Amir..terjerit2 dia pada Amir,"adik lemas dik ,lemas!" ..pakai kopiah boleh lemas hehehe..kasut raya? saya baru teringat mereka berdua tak dak kasut raya setelah anak buah kat ipoh bertanya,"Ammar dan Amir dah beli kasut raya?"ooo belum..patut dibeli jugak pasal last beli kasut kat depa raya thn lepas...Abi? waaa sakan abi beli seluar jeans raya, tshirt raya, kemeja raya..hehehe takpe bagi chance orang nak beraya..pasal tahun lepas dia tak beraya -KERJA..lagipun abi jarang beli baju..

Kesimpulannya persiapan raya sederhana sajork.

Tahun ni saya beraya di rumah MIL..Temerloh..of course Temerloh time hubby dapat cuti raya kang ada orang menangis plak tak dapat peluk cium mak dia di pagi raya ataupun ada orang jerit,"tak nak kawan!jangan kawan dia" [ayat Ammar skang kalau merajuk@tak pueh hati] hehehehe...raya di Temerloh pun seronok juga cuma lagi seronok beraya di kampung sendiri hehehe..harap2 boleh solat raya tahun ni kan :)

Saya bercuti raya tak lama...komitmen kerja adeiiiihhh...ni rasa nak mengandung dan bersalin lagi dapat duduk 60 hari kat kg heheheh [sanggupkah???2 hero pun tak leh nak tahan sabar ni,asyik nak marah je]..8hb insya Allah balik ke kampung ..raya 1 dan 2 di Temerloh..3 dan 4 di Pekan..raya ke 5 dah bertolak balik ke Putrajaya..raya ke 6 dah start keje ..raya ke 7 cuti pulok Hari Malaysia..raya ke 9 keje balik..huhuhuhuhu..[ tak puas ati ni tak leh berlama2 di kampung ni]

Esok 31 Ogos...MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA! mari semua seluruh warganegara,ramai2 menyambut hari merdeka!merdeka!

SAMBUT DENGAN JIWA YANG MERDEKA!

Ada perbarisan jugak ke esok?

Tiada ulasan: