Khamis, 26 Ogos 2010

@16 Ramadhan

Sedar tak sedar sudah separuh bulan berpuasa

Sudah lama tidak menulis,kesibukan dengan rutin di bulan ramadhan ..masa rasanya sangat cepat berlalu

Satu petang ketika sedang masak hidangan berbuka puasa,ketika anak2 jiran keluar bermain sementara menunggu waktu berbuka,terdengar oleh saya salah seorang nya bertanya,"Zaid puasa tak arini?".Zaid menjawab,"tak puasa,nasib baik tak puasa kalau tidak Zaid kalah!".

Saya sengih2 sendiri mendengar jawapan nya. Mengenangkan sampai waktu nanti Ammar dan Amir akan diajar berpuasa juga, dan saya berfikir macam mana la agaknya mula2 nak latih Ammar dan Amir berpuasa..sekarang pun ada masa depa berdua bangun bersahur (membuat bising di subuh hari sebenarnya). Biler cakap puasa, Ammar akan terpinga2,"PUACE!???"..tengok baca al-quran, dia tanya,"Buku apa tu?" waktu berbuka adalah waktu yang makan dalam keadaan kelam kabut rasanya dengan kerenah budak berdua ni..:)

Saya juga terkenang zaman puasa di waktu kecik..saya tak ada banyak kenangan berpuasa lantaran sibuk dengan sakit je (sebenarnya waktu kecik yang dipenuhi dengan rutin sakit)..saya berbeza dgn adik beradik lain...saya tak dibenarkan berpuasa sampai saya darjah 4,kerana saya ada jadual makan ubat yang tepat pada waktunya cik mat nor akan panggil dan sumbat ubat dalam mulut..saya mula belajar berpuasa ketika darjah 5 kerana berkeras hendak berpuasa juga dan ada yang banyak tinggai juga..dan biler sudah di sek men baru saya rasa seperti dipaksa untuk berpuasa oleh abah, dengan dos ubat yang doktor sarankan waktu bersahur dan berbuka walaupun kadang2 sehingga ada masanya saya tercunggap2 bernafas menantikan waktu berbuka..sampai satu tahap biler sudah melepasi sek men, duduk belajar di Kuantan, otak saya seperti sudah di set dan saya sendiri menjadi takut untuk berpuasa jika saya tidak bangun sahur dan makan ubat kerana nanti saya diserang asthma dan macam mane? Saya pernah naik ambulans dari tempat belajar ke hospital besar Kuantan kerana asthma yang sudah teruk.Saya menjadi phobia! Saya belajar melatih diri berpuasa agak lambat dan hingga ke hari ini alhamdullilah saya berjaya berpuasa dan ketika mengandung pun saya berpuasa.

Walau pun macam tu keadaan saya sewaktu kecik, tapi saya tidak la terlalu dimanja2 kan sangat (walaupun saya sebenarnya seorang yang cengeng)..di hujung2 ramadhan kami adik beradik masih ada tugas yang diberikan oleh cik mat nor iaitu mencuci rumah dan mencabut rumput di bawah rumah! tapi biasanya tugas saya diringankan sedikit dari yang lain kerana cik mat nor takut saya semput...cuci rumah-kami dikerah lap dinding rumah yang macam dewan ittew, memandangkan saya dan 2 adik kecik lagi saya kena lap sebelah bawah sampai yang tercapai oleh tangan..along dan angah kena sebelah atas naik tangga..begitu jugak cuci tingkap,basuh dapur,lap lantai,cuci karpet,cuci bilik air,buang habuk pada bunga,lbuang sawang,lap perabut dan pasu2..kadang2 seronok boleh main air,kadang2 kami bersunggut2 dan bergaduh2 besor jadinya semuanya nak mengelat dari buat keje kan..tapi cik mat nor dan pn melah ittew sangat la garang..pn melah akan jadi quality control mana yang tak pas,ko kena panggil cuci balik sampai dia puas ati!Tapi hasilnya saya sangat bersenang hati, rasa seperti dinding dan lantai sudah berkilat bersinar2...semua nya bersihhhhhhhhh di mata..ittew dulu2 zaman kecik2 sampai la zaman masuk universiti..tapi bila dah zaman bekerja ,berkahwin dah tak le nak cuci rumah di Pekan..mak saya bersunggut adik2 yang di last2 ni pemalas tahap gaban..suruh buang sawang di jawabnya,"biarlah mak tu aksesori rumah ni"..gue dengo pun panas hati, bagi saya adik2 yang 3 orang terakhir ittew tidak ada kecintaan pada umah ittew...tak seperti saya,along,angah,husna dan fadzullah,kami sudah terbiasa dengan 'kerahan tenaga berjadual' sehingga masing2 sudah tau tanggungjawab masing2 tanpa di suruh.

Sekarang saya pulak sudah menjadi ummi, sudah ada aura2 nak mewarisi kerahan tenaga dan macam2 peraturan hehehe..jangan makan/minum kat sini..jangan bagi tumpah..simpan mainan ni jangan sepah2 tak simpan ummi buang!.jangan conteng!!!!(walhal diconteng jugak!)..waktu tido kena tido!tido sekarang!kalau tak ummi babap..kerahan tenaga?owhh setakat ni en hubby la yang dikerah..apakah tak boleh? membantu isteri ittew kan berkat, Rasullullah pun bantu isteri buat kerja2 rumah..sama2 bekerja,sama2 menggunakan harta mende..jadi sama2 la membersih,mencuci,menyapu,memop! kena bersama2..bukan ke KERJASAMA ITU MEMBAWA BERKAT DAN KESEPAKATAN? tak gitu en hubby? :) :P

Tiada ulasan: