Isnin, 12 Julai 2010

P.E.N.I.N.G

Isnin yang memeningkan.

Berakhirla sudah world cup ittew kan..hubby bukan main bersemangat bangun kul 2.30 pagi nengok bola..taniah lerr kepada Sepanyol menang 1-0 kepada Belanda kan..bangun pagi aku tanya hubby sape menang?..seperti biasa jawapannya ringkas dan padat "Sepanyol"..aku cuba la nak ramah tamah kan..abg sokong sapa la?..dia diam je ..hmmm standard la tu...my hubby kan terlebih pendiam..tak leh ubah dah dia cakap,memang dia pendiam..huhuhu

Saya pening pasal Amir sudah 2 malam tido je nangis..tido siang tak de pulak dia nangis..malam je..kejap2 bangun nangis...malam pertama saya agak dia lapar pasal siangnya tak makan nasi..makan nugget dan roti canai sahaja sebab hubby kerja siang so kalau saya masak nasik nanti menjadi kebimbangan saya akan lebih2 makan nasi dari anak2..huhu abis la diet..jadi pepagi ahad tu saya dah masak nasi, sup sayur, telur goreng,ikan bilis goreng dan nugget, jadi anak2 dan saya makan nasi la pada hari ahad..petang semalam Ammar siap request nak makan keropok jadi kami 3 beranak pun pergi la beli keropok dan goreng pisang dekat flat ijau sini jerk..Ammar dan Amir kira makan macam2 la pada hari Ahad. Jadi saya beranggapan Amir tak kan nangis lagi la, rupanya tak, dia masih lagi kerap terjaga dan menangis beria2 malam tadi..kejap tido kejap bgn nangis..dah sapu minyak segala, bagi susu campur gripe water pun masih nangis..tak tau la kenapa tapi nangis matanya terpejam macam orang tengah mengigau..

Bila dan kejap tido kejap bangun..umi dia mula la hangin satu badan dan tumbuh tanduk kan..kebetulan abi tengah tgk bola pun tensen kan tak leh fokus (kononnn :P).. umi pun buat dialog, kalau dah tak leh tido , bangun la tgk bola!..si Amir mendengar arahan rupanya dia boleh terpisat2 bangun merangkak pastu duduk tengok bola atas ribaan abi dia...hehehehe takut agaknya pasal umi dia garang..haha..sudahnya abi kata dia tersengguk2 tido sambil duduk ..sian nengoknya..huhuhu umi ke yang bersalah bagi arahan tu?

Pagi ni bila saya tanya kenapa adik tido malam tadi asyik2 nangis? dia sengih2 jer...saya selalu set in mind amir sudah 2 tahun, rupa-rupanya saya tak sedar dia baru je masuk 1 thn 10 bulan..jadi wajar jugak kalau perangainya macam baby lagi berbanding Ammar dah nampak berdikari sedikit dan kadang2 menunjukkan aura sebagai abang long..

Ammar pulak malam tadi tiba2 badannya panas, demam mungkin berjangkit dengan adik.adik dah ok , dia sambung pulak tapi dapat 1 dos ubat panasnya dah turun..

Jadi saya P.E.N.I.N.G bila tido tak cukup ..dan kejap tido kejap jaga..

Hari ini harus pergi ke klinik kalau menangis lagi dan Ammar mesti ke klinik untuk check telinganya..kenapa dengan telinga Ammar..nanti yer kiter cerite...Tok kat Pekan nak tau apa kesudahan citer telinga Ammar ni hehehe.

Tiada ulasan: