Jumaat, 9 Julai 2010

Nak jalan umi!


cuba nak buat simbol rock kapak!!!biar betul si Ammar

Sekarang ammar sudah pandai request untuk berjalan...berjalan saje kejenya...bila cakap tak boleh jalan abi keje macam mana nak jalan...jawabnya ,"alaaaaaaaaaaaaaa, nak jalannnnn"..lama selepas tu hajat nak jalan tak kesampaian dia akan request,"umi kiter balik kampung nak umi?,balik kampung nak?" huhuhuhu...ni soalan buat umi stress umi memang nak balik kampung?!!! tapi bolehkah kalau kita balik kampung dan berlama2 sket di kampung? (soalan utk abi ni)

Oleh kerana abi dah pujuk Ammar nanti abi cuti kita p jalan jadi abi kena lah tunaikan janji, ala bukan jalan ke mana pun ke Taman Botani Putrajaya jerkkkk. lepas umi balik keje semalam..mencuci mata tengok kehijauan pokok2...berlari2 la Ammar di kawasan padang dalam taman tu, berjalan2 tengok ler ais tasik tu..Ammar dan Amir sebenarnya takut juga lalu di laluan macam teratak bonda yang ditanam kelilingnya dengan pokok2 herba dan pokok yang melilit..Ammar kata ..haaa takut umi,antu durian! umi pun seram jugak kekadang hehehe suram je kan..botani sangat ler weh..Amir saya tengok blur je mukanya tgk kiri kanan, jalan pun dah tak berapa betul pasal jauh juga berjalan tgk2 pokok ..sampai Ammar pun bersunggut aduhhhh penatnye!!! hehehe kata nak berjalan ni bawak berjalan la ni..jalan la bersungguh2 ..

Berjalan sampai hampir kul 7 petang jugak ..Amir dah penat berjalan , dah di dukung abi alih2 bila dia nampak kereta, menangis beria2 tak mo balik! haaa sudahhh !kena sampuk ke anak aku ni, dok jalan dlm ala2 utan ni ..suka rupanya tgk pokok2...nampak muka blur macam tak suka, rupanya suka sampai tak mo balik..kami gelakkan je, adik oiii, abang selalu nangis tak nak balik dalam pasaraya,nak main mainan..adik nangis tak nak balik sebab suka tgk pokok2 je hehe..


jalan jangan tak jalan


saya suka tgk pokok kelapa je...rindu kat kg




Tiada ulasan: