Rabu, 26 Mei 2010

Mengambil nafas dan mood baru

Esok hari terakhir saya di ICU JPM...31 Mei 2010 saya akan bertugas di tempat baru. Akhirnya saya tahu juga tempatnya iaitu Kastam Diraja Malaysia - satu agensi di bawah Kementerian Kewangan.

Saya pun ada merisik2 khabar mengenai Kastam dan juga surfing website nya. Ada yang dirisik jawapannya suam2 kuku...saya tanya ok ke Kastam jawabnya ringkas bukan main "TAK!" alahai...ada juga yang seronok saya dapat Kastam nak tukar suka sama suka dengan saya kerana Kastam dekat dengan rumahnya...hohoho tukar suka sama suka? saya di ICU JPM lagi? oh tidak!!! saya ingin menghirup udara tempat kerja yang baru..banyak berjalan luas pemandangan kata orang..banyak tempat bertugas, pengalamannya berbeza2 dan kawan2nya sudah tentu la berbeza juga jadi boleh la saya mengembangkan lagi ikatan silaturahim..cuma kata kawan saya bekerja di Kastam kena kuat & jati diri mesti teguh kerana di sana kita akan terdedah dengan banyaknya gejala rasuah..namanya pun Kastam..saya sedikit kecut sebenarnya, minta2 Allah lindungi la saya dari gejala2 sebegitu. Hasil risikan juga mengatakan dekat HQ tiada kosong, yang ada kosong di Kastam Kelana Jaya huhuhu..yang ini amat la tidak bagus di pendengaran dan emosi juga, saya harus drive sejauh itu dan menghadapi jammed setiap hari!! waa mampukah saya? hubby cakap kalau betul dapat kelana jaya kami seharusnya tinggal di sana..kami dan selidik dalam google dekat situ ada kuarters Kastam..alahai saya membayangkan betapa peritnya nak berpindah lagi!!!!dengan kos nya lagi!!ammar dan amir bertukar sekolah dan yang paling penting saya dan hubby dah sangatlah suka tinggal di Putrajaya..andaikata ada rezeki lebih mau saja membeli rumah di sini..biarla orang mengatakan kos rumahnya sangat mahal sekali tapi apa boleh buat sudaa jatuh cinta maa dengan putrajaya!!!

Hari ini saya masih merisik2 berpandukan senarai direktori pegawai Kastam saya menelefon pegawai teknologi maklumat di situ dan terus dia beri nombor telefon urusetia perjawatan kepada saya. Namanya Norlinda Nordin, sangat mesra dan peramah..siap mengucapkan selamat datang kepada saya..katanya kami sangat memerlukan it punya orang dan kalau ikut kekosongan ada 4 jawatan F44 dan baru terisi satu jawatan. Oleh kerana dia MESRA jadi saya mengambil peluang bercerita yang saya mohon dengan MOF nak duduk HQ, dan saya kalau boleh nak duduk di Kastam HQ jadi katanya boleh...nanti lapor diri kalau tak dapat buat rayuan dan jumpa dia nanti. hati saya sedikit lega...saya berdoa saya masih boleh tinggal di Putrajaya.amin.

Mengimbas kembali cheewaah kena imbas la plak masa mula2 nak bertukar ke ICU JPM. Saya sebenarnya tak pernah terfikir nak bertukar ke ICU. Lepas berkahwin saya mohon bertukar utk ikut hubby di sini. Ingat lagi masa tu saya mohon tukar dengan kawan kebetulan dia nak bertukar ke Kuantan jadi tempatnya di MOE akan kosong. Saya pun menelefon ler pn asmah JPA ittew berceiter la saya nak bertukar ikut suami , sekarang tengah pregnant..letih nak berulang alik ke KL..suami pun letih nak ke Muadzam, buat surat rayuan lagi pengarah politeknik muadzam shah pun menyokong penuh pertukaran...dapat berita pertukaran saya sedang bercuti di kampung, saya punya kawan/juruteknik komputer call ckp cik noni (kekal dgn cik yer) dapat tukar kat Unit Penyelarasan Pelaksanaan,Jabatan Perdana Menteri la!!! haaa Jabatan Perdana Menteri ke??terkejut masa tu...mintak tempat lain dapat nya tempat lain , berdebor dengor Jabatan Perdana Menteri kerja dengan Perdana Menteri ke????????..lepas kawan saya telefon, EO di Poli call ucap taniah kepada saya, sebenarnya ini kali terakhir saya berborak dengan EO :( hari sabtu/ahad (saya dah lupa) saya dapat sms arwah dah meninggal kerana asthma-saya selalu berborak dengannya mengenai asthma,kebetulan saya penghidap asthma yg kronik juga dan saya antara orang yang sangat kasihan melihat dia batuk dan semput hampir setiap hari. Orangnya sangat lemah lembut dan perkataan maaf sentiasa di bibir setiap kali habis bersembang. Semoga roh arwah dicucuri rahmat Allah.Al -Fatihah.

Perpisahan dengan kawan2 di Politeknik Muadzam Shah membuat kan saya sedih dan rindu pada kwn2 di unit ICT, library dan yg lain2 juga tapi disulami dengan rasa gembira juga kerana dapat duduk berdekatan dengan suami. Rasa sedih juga kerana dengan berpindahnya di Putrajaya, saya akan jarang dapat balik kampung huhuhu sedangkan duduk di Muadzam yang tenang, segar dan sunyi ittew hampir setiap hujung minggu saya akan balik kampung. Awalnya duduk di sini kami menyewa di flat hijau, dan duduk di tingkat 12!! tak pernah duduk umah setinggi ini, duduk di asrama pun saya dapat bilik di tingkat bawah sekali.

Masih ingat saya lapor diri di ICU JPM pada 18/9/2006..masa tu pregnant 5 bulan dan saya kerap semput mengandung anak pertama. Berjalan masuk ke JPM membuatkan saya jadi seram..kena scan woo..laluannya sunyi pintu semua tertutup dan hampir tiada orang boleh di nampak berjalan2..saya sesat!!!!!bila lapor diri je di Bahagian Khidmat Pengurusan, saya terus di bawa jumpa pengarahnya dan terus di bawa oleh pengarahnya berjumpa Ketua Pengarah..saya bersama dengan seorang PTD yang akan ditempatkan di JPP Kelatan. Jalan pengarah BKP ittew cukup laju sekali sampai semput saya mengejarnya...Sampai di lif dia sound saya jalan slow sangat ..heee dalam hati tak tau ke orang tengah mengandung ni???? perut saya masa 1st baby kecik sangat kot. Habis jumpa Ketua Pengarah terus berjumpa dengan Pengarah BTM. Dia tanya saya di Poli buat apa, katanya di sini nak suruh buat programming java, saya kata saya tak pandai.katanya tak pandai takpe janji mau belajar so terus dia kata perancangannya nak letak saya bawah seksyen SPP II. Berhari2 juga saya di ICU JPM barulah saya berjumpa dengan bos seksyen SPP II-en harun. Soalannya lebih kurang puan pengarah juga.cuma dia ada tanya dah tgk ke SPP II, saya jawab sistem nya besar sangat...memang besar jawabnya dan sedikit penerangan. Hari2 awal saya di ICU JPM, saya jumpa ada orang yang rama tamah, ada yang kerek bukan main, ada yang buat tak tau je..Alhamdullialh dari hari ke sehari saya dah mula belajar suaikan diri sehinggalah hari ini..saya sangat menghargai kawan2 yang sekepala di sini - bermula dgn berkenalan mesra dgn ati, siti, nazrul, jumi, k riza, k zalinah, k min, k mazni, azwan, peja, k rozi, adik2 kontrak SPP II,k why, bos en harun dan semua warga Bahagian Teknologi Maklumat ICU JPM.

HMMMM begitulah ada banyak kenangan pahit dan manis sepanjang berkhidmat di 2 tempat memegang jawatan PTM ni....Saya sedang mengambil mood baru bagi hari2 terakhir di sini..semua barang2 dah di packing tinggai nak bawak balik rumah, segala harta kerajaan dah dipulangkan, nota serah tugas pun sudah diserah ..esok katanya ada majlis farewell utk saya...perasaannya 50-50 tak sangat gembira tak juga sangat sedih..mungkin gembira kerana naik pangkat naik gaji hohoho..sedih kerana tinggalkan kawan2 yang baik2..Walau apa pun ikatan silaturahim yang di bina insya Allah masih berkekalan.

Hati saya masih lagi sedikit gusar mengenangkan saya tak mau ke KELANA JAYA...arghhh

Tiada ulasan: