Rabu, 19 Mei 2010

Pergi tak kembali

Janji Allah yang hidup itu pasti akan mati.

Hari ini saya ke Beruas , Perak menziarahi keluarga cik su - adik 1 opis yang selalu meneman saya bila hubby keje malam. Ayahnya meninggal dunia jam 8.00+ pagi tadi kerana mengidap barah paru2.Kami bertolak dari putrajaya kira2 jam 10.30 pagi dan sampai2 di kg kota beruas, jenazah baru di turunkan ke dalam liang lahad.

Saya sebenarnya tak pernah menziarahi jenazah hingga ke kubur, ini kali pertama saya tengok itupun dari jarak jauh sebab kaum lelaki sedang menguruskan pengebumian.

Saya perhatikan mak cik su tenang sekali, cik su pun katanya "saya dah kering air mata"...redha lah dengan ketentuannya..fikirla secara positif daripada kiter melihat ayah kiter terseksa,menderita makan melalui tiub, bernafas dengan bantuan oksigen, jalani kemo setiap hari..redha lah pemergiannya, semoga rohnya dicucuri rahmat Allah yang Maha Esa.

Air mata saya minitis jua walaupun hanya mengenali cik su sahaja...saya membayangkan satu hari nanti saya akan mengalami perkara yang sama atau saya yang akan pergi dahulu sebelum ibu bapa saya?

AL-FATIHAH.

Tiada ulasan: