Isnin, 31 Mei 2010

Pertunangan Mak Ndak Lina

Alhamdullilah mak ndak telah selamat ditunangkan dengan kekasih hatinya pada hari Sabtu bebaru ini.Hari ni baru berpeluang hendak bercerita lantaran kesibukan pada hari2 terakhir di ICU JPM.

Terima kasih la kepada kawan2 yang mengadakan jamuan perpisahan..sedap sungguh nasi tomato nye,kek2 nya dan KFC ittew...moga yang mensponsor dimurahkan lagi rezeki nya oleh tuhan.

Seawal Khamis petang saya suda bertolak balik ke Temerloh. Alhamdullilah persiapan pra, semasa dan pasca pertunangan secara keseluruhan nya berjalan dengan lancar. Jika ada sedikit kekurangan dan perasaan tak puas hati tu perkara biasa ler..bagi saya kalau tak puas hati tu kadang2 patut diluahkan supaya tak ler terbuku dalam hati lama2, nanti jadi bengkak bernanah pulok!!!ittew pada pandangan saya ler kan kan kan ;)

Imbas kembali..

Rombongan lelaki sampai lebih kurang jam 11++ pagi kalau tidak salah saya..perbincangan nya di jangka akan berkahwin pada 11.11.2011 dengan hantaran..upss tak leh cakap. Memandangkan cuaca sangat panas, saya tidak boleh nak fokus dengan jelas apa yang dibincangkan.hehehe. Sebelum tu sibuk mengejar si Ammar yang sudah seperti taikoo...mentang2 kenduri rumah wan dan aki dia pun tunjuk la hero!!nasib baik adik tido semasa orang sebelah datang jadi tak ler teruk saya hendak mengawal 2 budak ittew. apa yang paling best ialah masakannya-nangka masak lemak, ayam goreng,daging masak kicap,ikan talang masin dan pucuk ubi masak tempoyak..BEST BETUL!!!!yang paling best ikan talang nya saya tak tau la apa masakannya tapi sungguh sedap..tanya hubby camne cara nak masak kononnya nak buat ler tapi siap ada masak letak daun2 yg saya pun tak tau,tak jadi ler.

Kami bertolak balik ke putrajaya selepas asar hari Ahad.jammed jalannya ..huhuhu... jam 8.00 mlm baru sampai..sungguh letih!Ammar pun tido dalam kereta sampai ke rumah tak sedo2 tido nya hinggalah ke pagi,mana tak nya tidak duduk diam langsung-kejenya makan buah tembikai dan minum air sirap bergelas2!

Tiada ulasan: