Khamis, 6 Mei 2010

Kenapa suka berniaga?

Semalam sebelum tido ...saya telah membuat satu tawaran kepada kawan2 tentang bisnes Score A saya itu,jadi selepas itu fikiran saya mula menerawang kenapa la saya boleh terjebak dalam bisnes2 ni...bermula daripada bisnes brooch dan aksesori wanita pada tahun lepas kemudian score a terbaru bisnes sutera yang kawan saya pos dari Terengganu (tolong kawan je) dan kemudian dapat idea nak bisnes kain pasang...so saya sedang biz kain pasang juga dgn biz partner ;)


Sebenarnya dunia perniagaan ni bukan satu perkara yang asing dalam hidup saya, abah saya seorang peniaga..arwah moyang pun berniaga kuih..sedari saya sudah mula memahami apa di sekeliling saya, abah dah berniaga..kami kecik2 dulu pun duduk di rumah kedai dan sampai sekarang rumah kedai tu masih ada dan abah telah sewakan..apa yg diniagakan? abah dulu menjual t-shirt,jeans,slack,baju sekolah,gaun2 budak pompuan..zaman 70-an dulu mana ada pasaraya besor2 mcm sekarang so kedai2 la jual semua baju2 tu..dulu kecik2 kami boleh pilih je baju2 gaun yang bergantungan DENGAN SYARAT JANGAN PILIH SELUAR..abah sangat tidak suka anak daranya memakai seluar kecuali time pendidikan jasmani kat sekolah tapi biler anak2 daranya dah besor dan melawan belasah je pakai tak heran pun bila abah nya jegilkan mata..hohoho...tapi bukan tiap2 hari kami boleh pilih baju..biler abah cakap pilihla baju jadi kami akan berebut2 pilih, masa tu kami berempat je dan semuanya pompuan hehehe kadang2 baju2 gaun kami sama design dengan sepupu juga,abah sponsor untuk hari raya..rasanya cun tahap gaban dah masa tu pakai gaun dgn terompah bunyi loceng ekekekeke poyo nya la biler dikenang :D ..biler ekonomi gawat dalam thn 80-an dan kemunculan pekan sehari kat bandar pekan tu ,perniagaan abah dah mula bermasalah...saya masih ingat masa tu kami dah mula duduk kat rumah kg sekarang jadi abah tak boleh nak rolling duit untuk bayar sewa kedai dan hutang pinjaman rumah..mulanya dalam keadaan kusut macam tu, abah plan nak jual tanah pusaka tapi mak larang...mak kata kita ikhtiar lain so sejak dari tu abah tak meniaga kain baju dah...mak mula buat kuih....dan saya masih ingat lagi abah membuat lelongan semua stok kain baju di pekan sehari huhuhu...

Biler mak dah start buat kuih2 untuk dijual, kami adik beradik pun sibuk juga masing2 ada jadual tugas masing2 setiap hari..kuih utama yang mak buat ialah "temosa" atau "samosa" tapi resipi mak saya tak sama dengan samosa yang biasa kita makan - inti lada itam,ikan dan kelapa..mak tak pakai lada itam tapi diganti dengan lada kering(kalau orang pekan mereka akan tau la). Selain dari kuih temosa, pada tahun2 awal membuat kuih mak dan abah dapat peluang utk sediakan makan pagi dan petang asrama sebuah sek men agama kat pekan-kontrak ayah sedara so dia offer mak abah.Jadi bermula la rutin nya setiap pagi kami akan makan sarapan nasi lemak-bihun goreng-mee goreng-nasi goreng..itula menunya berulang2 saya tak ingat berapa tahun sampai kami naik mual , baunya pun dah rasa haiii jemunya..menu makan petang pulak donut-pau goreng-kuih udang-karipap-temosa (ada lagi dah tak ingat)..jadual tugas kami adik beradik ialah kopek isi ikan rebus,gunting lada kering, basuh periuk/kuali/bekas buat kuih dan sebelum p sekolah hantar kuih dulu kat kantin sekolah,cuti sabtu ahad hantar kat kedai2 makan kat bandar pekan dan pekan sehari...memandangkan kami adik beradik ramai pompuan jadi selain dari bantu hal2 dalam buat kuih kami dah ada jadual tugas sapu sampah,basuh pinggan,jaga adik... kami kena pandai2 la bawak diri..tapi belajar tetap kena maintain..ayat yang selalu diulang2 oleh mak saya "mak abah takde harta benda pelajaran la harta korang nanti"...

Seingat saya ada ketika mak dapat tempahan temosa atau karipap sampai beratus2,beribu pun ada untuk kenduri atau majlis2 tertentu..jadi kami kena tolong,bangun pukul 2 pagi untuk tolong goreng temosa/karipap..tolong 'kelim' temosa/karipap sebab mak tak suka pakai acuan..ada yang tempah nak bawak p singapura tapi pembuatnya tgk singapura pun tak pernah..hehe..saya juga mengambil tempahan dari kawan2 sekolah..ada yang tempah 2 biji-3biji-1biji pun ada tapi basanya mak saya akan bagi ekstra utk yg membeli...kalau ada jamuan akhir tahun pun kadang2 kawan2 tempah...kadang2 kalau ada musim jambu air,jambu batu besar,cermai atau buah 'katak puru' mak saya suruh kutip dan packing dalam plastik kemudian jual kat kawan2 hasilnya akan jadi belanja sekolah ...jadi aura sebagai seorang peniaga tu dari awal dah ada sebenarnya :) saya juga masih ingat masa saya di form 1 saya bersekolah di sesi petang so sebelum budak2sek men agama (sek along dan angah dan jugak adik lelaki saya) rehat, saya akan hantar kuih mak kat situ..dan biasa nya saya akan tolong kejap kakak ja (masih ingat lagi jiran sebelah rumah yg dapat tender kantin sek) layan budak2 sek beli makanan..1 peristiwa sedih yg masih saya ingat ada 1 hari saya diserang asthma tapi mak dah siapkan kuih untuk dihantar kat kantin jadi mak kata tolongla jugak bawak basikal slow2,saya nangis tak larat tapi terpaksa jugak la ..on d way saya nak hantar kuih tu ada seorang kakak ,dia tahan saya untuk beli kuih..katanya anak dia suka makan kuih mak,terhibur la sket hati kan...

Bertahun2 mak abah saya dgn bisnes buat kuih..ada 1 hari ayah saya cuba minta kedai dengan majlis perbandaran pekan..siap p temuduga, nak dijadikan rezeki dapat la kedai..masa tu saya form 5..abah buka kedai jual mee/bihun sup,mee/bihun/kuehtiaw kari...bisnes kuih masih diteruskan cuma mak abah dah tak buat makan pagi utk budak asrama...just makan petang sahaja (kalau tak silap) jadi rutin bertambah la sket ...mak abah sibuk la sket..memandangkan saya form 5, saya juga sibuk dengan tuisyen di sekolah juga..lepas balik sekolah kena tolong kopek kerang..dan biasanya petang saya akan p ke kedai tolong..jadi waiter atau tolong basuh pinggan..yg paling kesian along saya la banyak mende yg dia kena tolong hari2..mesin berbijik2 kelapa pun dia kena buat juga kalau abah saya tak sempat dan selalunya dia dan adik lelaki akan pergi awal ke kedai utk bantu bukak kedai ..bukak meja susun kerusi segala...huhuhu...kedai makan nya buka dalam pukul 6 ptg sampai 10 mlm....kemas2 kedai segala pukul 11 malam jugak kami balik...jadi kami bawak buku sekali kalau tak de org sambil2 tu baca buku ..amalan saya pada masa tu, keje sekolah yang sket2 tu kena abiskan disekolah..jadi sepupu saya yg satu kelas pun cakap saya dalam kelas tak pandang ke belakang punnnn...huhuhuhu masa tu terhad bukan tak suka nak sembang2..bersembang juga kalau ada masa sebenarnya..tapi abah buka kedai tu tak lama sebab tangan nya luka semasa berkebun dan melarat2 kudis jadi besar memandangkan abah ada kencing manis so menjadi2 la lukanya..jadi amatla tidak manis berniaga kedai makan dengan tangan macam tu walaupun hari2 cuci dan berbalut nanti org tak selera jugak lama2 memandangkan abah saya masak sendiri semua menu kedainya...dan sampai sekarang kalau teringin makan mee kari kalau boleh time balik kg tu nak abah yg masak..memang sedap betul ...


Lepas saya masuk universiti,along saya dah kerja..angah saya pun abis blaja...adik2 lain dah membesar sket2 aktiviti berniaga kuih mula berkurang memandangkan mak abah pun tak larat..tapi hasil dari berniaga tu la bayar utang umah dgn bank dan abah saya beli rumah kedai yg disewa sebelum ini..sekarang? mak abah dah tak berniaga...tapi abah saya masih mau kerja..kerja mesin rumput di kawasan kilang kawan dia ..kadang larat dia p kerja ,tak larat tak p kerja..kerja untuk kuarkan peluh dan ilangkan boring je...aktiviti yg rutin skang fokus pada amal ibadat la..ke surau ,ke kelas mengaji dll.

Jadi orang kata mana tak tumpahnya lauk kalau tidak ke nasi kan..jadi soalan kenapa saya suka berniaga tu dah terjawab la rasanya..kadang saya rasa berniaga saya jadi puas daripada saya bekerja dgn keje saya sekarang huhuhu...kalau nak diceritakan pengalaman suka duka masa kecik2 dulu banyak sangat kan ...;)

Tiada ulasan: