Isnin, 31 Mei 2010

Hari pertama di Kastam Diraja Malaysia

Hari ni hari pertama saya melapor diri di Kastam..gayat bangunan dia ada -1,-2 ..lobi kat tingkat 1..terhendap2 jugak la mencari mana la lobi ni nak ambik pas. Mulanya saya ke Aras 9, Bahagian Sumber...jumpa la kerani yang menjaga pegawai gunasama. Dia suruh saya isi borang2 HRMIS...di sini rupanya HRMIS baru dilaksanakan untuk mohon cuti sahaja. Kemudian katanya dia ada taklimat sampai pukul 11.00 pagi jadi saya di minta untuk relaks2 p minum pagi dulu sementara tunggu dia.

Jadi saya mengambil peluang untuk bersarapan dengan kak riza-ex ICU JPM juga yg dah ke MOF.Lepas bersarapan saya singgah ke opis dia ..besau sungguh la bilik F48 di situ sampai rasa sunyi nya kalau hari2 duduk sorang2 dalam bilik besar cenggitu.hehehe.

Tepat jam 11.00 pagi saya p ler semula berjumpa dgn kerani tu semula dan kena tunggu lagi dia nak bawak file saya jumpa bos plak..tunggu le tempat tetamu sempat la baca2 majalah. Dah settle semua saya di bawa ke Aras 5, Cawangan Teknologi Maklumat. Berjumpa la pulok pengarah CTM...berborak2, dia pun sangat peramah berceita macam2 mengenai kastam dan tak lupa juga mengutuk ICU JPM hihihi...so di mana la saya ditempatkan? Alhamdullilah saya ditempatkan disini-di HQ di bawah Unit R&D...apa la skop tasks nya? jaaga portal kastam, DDS dan lain2 tugas yg diarahkan. Lepas berjumpa dengan pengarah saya di bawa berjumpa dgn bos W48 di atas saya dan berkenal2 lan la dengan semua staf CTM. ada 62 orang staf merangkuni blok utara dan selatan huhuhu ini memeningkan saya nak hafal jalannya.

Petang baru la W48 panggil masuk ke biliknya. Dia terang macam2 mengenai kastam dan skop kerja siap bagi beberapa dokumen untuk saya baca supaya lebih jelas dengan skop kerja. Satu kelainan juga kali ni takde sorang pun bos yang tanya saya dekat ICU buat apa, pandai programming? takde langsung...dia org tanya pendapat saya tentang integrasi antara sistem ada ler...

So hari pertama saya di sini saya sangat rasa bersenang hati..orang2 nya peramah2 belaka..belum jumpa lagi yang kereksss gitu...hehehe..dan yang paling sedap di dengar telinga ialah sikap rendah diri w48 di atas saya ittew...

Syukur pada Allah..saya sujud syukur di sini.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tahniah yer noni..bile nak belanja mkn nie...hihiihi

nuni berkata...

sapa la yg nak suruh belanja tu