Isnin, 17 Mei 2010

Gerai

Sempena Hari Belia Negara yang berlangsung 14-16 Mei 2010, kami mengambil peluang membuka gerai menjual kain pasang dan tudung di tapak masjid putrajaya. Cubaan pertama membuka gerai..stok kami pun kecil-kecilan sahaja hanya ada 159 pasang kain-ada creepe wangi, korean silk, sifon, sifon creepe, sifon matching, sifon matching creep, sifon kotak,jaquard, spandex jaquard, wool fiss, swiss cotton dan tudung (waa saya dah mula menghafal nama kain2) .. saya dan biz partner bergilir2 menjaga geai..kebetulan adik saya baru balik dari sabah jadi tak menjadi masalah la bagi saya kerana ada pembantu,cuma kena gajikan sahaja hoho..
Berniaga dengan membuka gerai sendiri feel dia berbeza dengan menjual kepada kawan2,adik beradik dan sedara mara..pagi2 kena bangun berkejar nak buka gerai, kena stay, kena belajar komunikasi dengan pelanggan..kena pandai tawar menawar..fikir nak deco gerai..nak hafal harga dan nama kain2 segala..malam dalam pukul 11 dah nak packing balik barang2 semua.Sebenarnya terasa sangat penat!!!! saya respect la dgn peniaga2 full time, dengan cuaca yang tersangat la panas sekarang, mereka bagi saya sangat kuat bekerja untuk sesuap nasik.
Secara keseluruhan bisnes kami pada kali ini tidak begitu memberangsangkan. bukan sahaja kami tapi peniaga2 lain, bila berborak2 sesama sendiri masing2 bersunggut juga kurang laku tak ramai orang. Memang betul tak ramai orang yang singgah diperkarangan masjid ni, maklum la temanya Belia 1 Malaysia JOM P MASJID..serentak dengan tu juga ada JOM SURE HEBOH BELIA 1 MALAYSIA..fikir2 kan lah di mana belia2 akan lebih cenderong akan pergi..tambahan pula jalan hendak masuk ke masjid di tutup kalau nak datang kena parking jauh di luar atau naik bas yang disediakan..ramai yang komplen sampai kami2 yang berniaga di dalam perkarangan pun tak dibenarkan masuk oleh polis trafik jika tak ada sticker padahal pihak penganjur tak bekalkan kami sticker dgn alasan sticker belum siap...huhuhu hari sabtu saya dan biz partner terpaksa parking di tempak letak kereta JPM dan berjalan kaki mengangkut kain2 ke gerai..kain2 ada yang terpaksa diletak dalam stroler baby..ada juga sampai bergaduh2 dengan polis trafik,yer la makcik jual makanan tak kan la nak ngangkut tong gas wehhh...hilang akal apa polis trafik ni, nak ikut peraturan pun berpada2 la weh dah nampak kete orang penuh barang untuk berniaga apa la salahnya bagi masuk..hee tak paham tak paham!
Apa-apa pun semangat untuk meneruskan perniagaan dengan stok yang masih ada tak luntur, kami akan usahakan cara lain untuk pasarkan kain2 tersebut..adat berniaga macam tu la ada turn naik, ada risiko yang perlu ditanggung...saya juga sangat la berterima kasih ada hubby sanggup jaga anak2 dan juga kak riza sebab pinjamkan meja,alas meja yang comel dan kerusi pada kami...
inila pic 1st gerai kami ;)

amacam ada rupa bizwoman ?

Tiada ulasan: