Khamis, 13 Mei 2010

Menghitung hari

Email dai seorang kawan mengenai Orang ikhlas itu tertindas? begitu mengesan jiwa saya. Hari ini dan esok merupakan hari2 terakhir saya bekerja di tempat sekarang.Mungkin saya akan tangguh selama seminggu menyiapkan kerja2 yang masih tertangguh sebelum pergi. Saya akan melapor diri di Kementerian Kewangan pada 17/5 ini tetapi tempat posting sebenar tu belum tahu lagi.

Doa dan harapan mendapat tempat yang terbaik untuk diri saya, punya rakan2 kerja yang serasi bekerja bersama.Saya rasa takut juga hendak bertugas di tempat baru tetapi hidup mesti diteruskan, dugaan dan cabaan itu ada di mana2 ;)


Hujung minggu ini pulak, saya dan biz partner akan membuka booth sempena dengan karnival hari belia negara di Putrajaya. Kami akan mencuba nasib menjual kain2 pasang, tudung dan produk Score A kami..harap2 langit cerah dan rezeki melimpah ruah nanti..bagi kawan2 yang membaca blog ini dan berhamprian putrajaya maila berkunjung ke booth kami, betul2 berhadapan dengan pintu masjid putrajaya...

Malam ni kami akan berkampung di rumah saya packing semua barangan yang hendak di jual..Ya ALLAH murahkan lah rezeki kami, amin.

Tiada ulasan: