This is the latest book I bought .. I was so impressed..Why? let me tell you ..hehehe
Dunia ini sememangnya kecil je..(intro hehe)
Saya memang seorang yang sangat mengagumi orang yang mampu menulis dan melukis yang memberi kesan di hati saya walaupun dia bukan lar seorang yang terkenal, walaupun dia hanya melukis dan "menconteng" untuk dirinya sahaja..
Semasa saya di zaman sekolah secara diam-diam saya mengagumi beberapa orang kawan kerana kemampuannya untuk menulis sajak,cerpen pendek atau pun melakarkan imaginasinya ke dalam sebuah lukisan..Seingat saya, saya pernah terpaku di papan kenyataan sekolah bila cikgu lekatkan lukisan-lukisan yang cantik untuk dipamerkan..terpaku kerana di antara deretan lukisan itu ada satu lukisan dua pupu saya...saya rasa kagum, sampai sekarang dia tak tau pun saya kagum dengan dia hehe..dalam hati saya pada masa itu terdetik , dia memang dilahirkan dengan bakat melukis tak heran la arwah ayahnya memang tukang rumah, abang-abang nya ramai yang pandai bertukang rumah..bertukang itu bagi saya satu kerja seni..saya kagum!!!
Apa kaitannya dengan buku yang saya beli yer...saya membeli buku ini kerana tertarik dengan illustration cover page nya dan sinopsis di belakang..biasanya saya beli buku tidak terus di baca, saya memilih masa dan mood yang sesuai untuk duduk membaca..kalau mood untuk kecantikan saya mungkin akan membaca majalah rapi atau mingguan wanita..mood saya berubah-ubah setiap hari..haha (nama pun perempuan)
Bila saya membuka buku ini, saya membaca biodata penulis..ada gambar di situ, Hasifah Zainuddin macam pernah tengok rupa ini..mirip seorang kakak semasa saya praktikal tahun akhir di UUM..nama ayahnya sama..sampai lar suatu hari saya berkesempatan untuk bertanya kakak berkenaan di "muka buku", dan ia adalah benar seperti yang saya jangka memang itu adiknya dan kekaguman saya bertambah lagi kerana dia merupakan orang yang pernah saya kenal semasa di UUM..yer dia bekas student UUM dan sekolej dengan saya..Masa zaman belajar saya tidak lah rapat,hanya bertukar senyuman dan saya tau dia di panggil syifa ..selalunya dia menjadi imam untuk solat terawih di kolej..dan sudah tentulah dia di kalangan student perempuan yang "rakan masjid"..I was so impressed..dengan pencapaian nya sekarang..
Dan Subahanallah dunia ni kecil sahaja ...berpusing-pusing kita akan bertembung juga dengan orang yang pernah kita kenal atau yang ada sangkut paut dengan orang yang kita kenal :)
Saya sukakan kesusasteraan dan kerja seni dari sudut pandangan dan jiwa saya yang tersendiri..;)
oh ya penulis ada blog nya tersendiri --> http://finurislam.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan