Khamis, 8 September 2011

Raya 2011

Raya? Hari Kemenangan bagi orang yang berpuasa.


Hari Keriangan bagi anak-anak kecil.


Hari Kesedihan juga bila mengenangkan tahun depan dapat lagi ke bertemu Ramadan dan Syawal? Dan juga hari kesedihan mengenangkan ibu , ayah dan orang-orang yang terdekat yang telah tiada.


Apapun bagi saya perkara yang paling membuatkan saya seronok sungguh hendak sambut Hari Raya ialah kerana dapat balik kampung berjumpa mak,abah, mentua dan adik beradik-ipar duai yang lain. Hanya pada Hari Raya semua adik beradik boleh dikatakan dapat berkumpul bersama-sama. Bila semua sudah ada komitmen masing-masing peluang untuk berkumpul bersama adalah satu peluang keemasan bagi saya.


Raya tahun ini sebenarnya di sulami dengan dugaan bagi saya dan suami. Bermula dengan hubby kena bertugas pada tahun ini. Kemudian seawal Jumaat sebelum Hari Raya tiba, Amir diserang asthma. Pagi dan petang melawat klinik untuk dapatkan nebulizer. Dos ubat pun dinaikan beserta ubat antibiotik dan paru-paru.


Bila keadaan Amir dah stabil, Ammar pula sambung ..tiba-tiba kelenjar di leher kiri dan kanan Ammar bengkak, demam turun naik dan tonsil mula bengkak dan bernanah. Tidur pun berdengkur kuat dan bercakap seperti orang pendek lidah. Isnin sebelum raya saya dah bawa dia ke klinik dan ubat dah dibekalkan tetapi sehingga raya ke-3 saya perhatikan bengkak tak surut, demam tak juga hilang dan Ammar sudah mula hilang selera makan, sakit mulut katanya,tonsilnya dah merah dan putih2 nanah jelas kelihatan. Raya ke-4 saya bawa dia lagi sekali ke klinik, doktor cakap antibiotik yang diberi sudah yang terbaik untuk tonsil. Doktor cadangkan antibiotik lain tetapi perlu dibeli di farmasi malangnya tak ada.


Fikir punya fikir, bincang dengan doktor dan hubby akhirnya kami ambil keputusan nak hantar Ammar ke Kuantan Medical Centre. Di KMC, doktor cadangkan masuk wad sebab keadaan Ammar boleh dikatakan semi-kritikal. Nasib baik la saya ditemani abg ipar dan angah...nak menghadapi tangisan dan gelupuran Ammar semasa ambil darah dan masuk air sangat la menyedihkan hati. Terjerit-jerit dia ,"Tak nak..tak nak cucuk..dah la tu..dah la tu doktor". Time sebut,"dah la tu..dah la tu" tu yang umi dia tak tahan nak dengar elok2 saya pegang kepala Ammar terus terlepas tangan ni bagi abg ipar je handle Ammar. Buat kali pertama dalam hidup Ammar kena masuk wad,drip air dan antibiotik. Sekali lagi tak tahan dengar Ammar merayu.."tak nak duduk sini, Ammar nak balik kampung, bukak la ni..Ammar tak nak"..huhuhuhu..Bila Ammar masuk wad barulah hubby dapat balik, cuti khas ahli keluarga masuk wad. Malam juga la baru sampai bila nampak je muka hubby baru rasa Alhamdullilah lega sket jadi malam hubby je jaga Ammar di wad.


Alhamdullilah semalaman je Ammar di wad , dia dibenarkan keluar. Kami bagi alasan nak balik Putrajaya dah nanti akan refer hospital sana. Memandangkan keadaan Ammar dah stabil, demam dah ok setelah 2 botol air masuk sekali dengan antibiotik, ubat sembur dalam tekak, ubat titis hidung doktor benarkan Ammar keluar dengan syarat kena pantau dan refer semula ke Hospital Putrajaya. Syok tengok Ammar bukan main ceria mukanya biler dah cabut wayar drip air tu, terus turun dari katil pergi ke tingkap tengok pemandangan luar. Cumanya Ammar dah sedikit fobia, time nak cabut 'jarum' pada tangannya dia menangis sakan sampai Amir pun menyuruk belakang pak cu nya ketakutan juga. Time masuk bilik hotel pun dah nangis sakan sebab ingat bilik hotel tu wad juga..huhuhu yer kami check in hotel untuk berehat sebab takut Ammar lama di KMC..hotel pun sebelah KMC je untuk bergilir-gilir saya dan hubby atau adik beradik nak berehat.


Hari ini keadaan Ammar dan Amir Alhamdullilah beransur baik. Ammar masih dalam mood raya kata hubby ,sudah 2 hari ke taska asyik menangis..nangis sakan meronta-ronta ..Amir ok plak cool je ckp kat Ammar,"pegi sekolah la Ammar, umi keje,abi keje"


Itu la cerita raya 2011...walaupun anak2 sakit tapi saya tetap nampak diaorang gembira bermain dengan sepupu-sepupunya dan Ammar sangat obses dengan duit raya. Siap tanya,"wan tak bagi Ammar duit raya?" .."tok tak bagi Ammar duit raya?"..tambah pulak sakit lagi la mak ndak dan pak cu,cik yah,umi melayan je nak mainan apa pun OK.


Tahun ni 1 rumah pun saya tak pergi beraya..hanya berjumpa pak sedara,mak sedara,sepupu2,saudara mara yang datang ke rumah di Pekan dan Temerloh sahaja.


Walau apa pun bersyukurlah dengan seadanya :) Kami boleh menarik nafas lega sedikit pada hari ini melihat anak2 beransur baik.

Tiada ulasan: