Selasa, 16 Ogos 2011

Puasa@16 Ramadan

Bila membaca qunut di rakaat terakhir witir dah terasa sekejap masa berlalu dah menghampiri 10 Ramadan terakhir..Allah hu Akbar..Amal tak sebanyak mana lagi ..aduhai Ya Allah berikan lah kami kekuatan,kecergasan dan kesihatan yang mantap untuk teruskan perjuangan ramadan kali ini.


Kadang rasa bersalah pulak persiapan nak beraya yang lebih-lebih sedangkan amal ibadat alahai tak sehebat mana.Rata-rata tempat banyak benar jualan untuk persiapan raya..meriah!!..saya pun terpengaruh juga tetapi banyak porses membeli belah berlaku dalam ofis sahaja. Dari biskut raya, kerepek raya, aksesori raya,tudung raya sampailah tupperware raya...dan ada yang dibeli sebenarnya lebih kepada membantu rakan-rakan berniaga ada juga yang dibeli untuk menampakkan oh inilah hasil buah tangan duit BONUS ku tahun ini! Baju raya anak-anak tak beli pada tahun ini sebab tok di Pekan sudah siapkan baju melayu untuk mereka.Terima kasih tok!..baju tshirt dan seluar sudah ada yang dibeli,masih baru jadi pakai sahaja apa yang ada. Ummi dia pun pakai baju raya biasa-biasa sahaja beli di jualan gudang Putrajaya hanya rm49.00 saje..baju kurng yang sudah siap. Ada yang dibeli memang sudah keperluan yang perlu ditukar. Contohnya alas meja makan yang sudah koyak rabak dikerjakan 2 hero dan langsir yang sudah 3 tahun tidak pernah bertukar sampai bibik datang mencuci rumah pun sound, "langsir nya buk perlu dicuci nih, sudah kotor ,mau saya tanggalkan untuk dicuci?"..hehe kalau ditanggalkan untuk dicuci alamatnya terang benderang la rumah kami jadi tatapan umum.Itupun saya hanya mampu menukar langsir di bahagian bawah sahaja, bahagian atas saya tidak nampak keperluan yang mendesak,masih boleh diturunkan dan dicuci.


Saya mahu jadi orang yang bersederhana dalam berbelanja. Harap-harap di bulan Ramadan ni dapat mengawal nafsu berbelanja dan sepatutnya perbanyakkan sedekah .huhuhu bantulah hambaMu Ya Allah.


Tiada ulasan: