Sekali terjebak menonton citer korea bagi saya sudah tiada jalan pulang ke pangkalan jalan lagi hehehe..ada 2 cerite berepisod sedang saya ikuti di KBS World..setiap Isnin dan Selasa malam.~kdg2 saya terlupa juga nak tgk tapi ada ulangan weekend.
Siap marah ni Ammar dan Amir buat bising .."jangan bising , duduk diam umi nak tengok citer ni!"
Semalam nyaris2 gagal menonton pasal hubby dengan penuh kedengkian telah menukar channel kepada Tom N Jerry Tales..Ammar dan Amir dah mula nak rengek2 biler umi tukar channel KBS World tapi takpe disebabkan umi punya "sound speaker" tahap guruh berdentum 2 orang budak terus terkedu..terus join umi tengok citer korea muahahahaha. i like!
Ayat copy paste hubby,"citer korea..korea..korea!" ~ayat dengki tahap cipan
Sebenarnya dia copy paste ayat saya ,"asyik asyik bola!bola!bola!" ~serius lelaki yang herannya semua jenis sport kat channel sport tu nak di layan..tak jemu-jemu! sepanjang tahun ada perlawanan bola plak tu..sungguh heran!
Bebalik ke citer asal , saya tengah layan citer Single Daddy in love dan Dream High!
Sebenarnya boleh download je siri2 nya tetapi saya adalah pengguna berokband celcom yang tersangat lah slow siput..nak upload gambo pun slow apatah lagi nak download movie...line pun tenggelam timbul..kat opis ni ada banyak cadangan suruh tukar streamyx, unifi @ u mobile tetapi saya masih berkira-kira dari segi bajetnya dan penggunaan semaksimum mungkin astro juga perlu di ambil kira juga..sekarang astro dah ada govt. charge woo
Dan lagi saya masih punyai option, ada kawan2 di opis sangat rajin download..saya hanya perlu mengelek ext. hd utk copy sahaja..hehe jahat eh
Sedih citer ni..meleleh airmata gak le seposen dua..Ammar akan tanya,"Kenapa umi sedih?"
Citernya tentang seorang bapa tunggal yang mempunyai seorang anak lelaki yang ditinggalkan isterinya kerana isterinya mahu mengejar cita2 untuk menjadi ahli piano. Selama 7 tahun dia menguruskan anak dia sendiri dan telah jatuh cinta dengan seorang pelajar perubatan. Konflik terjadi bila pelajar perubatan itu merupakan anak kepada tunang bekas isterinya. Kesedihan bermula bila anak lelaki nya menghidapi tumor otak dan dia pun juga menghidapi tumor otak!
Ikhlas nya suka nengok citer ni pasal ada hero handsome muahahaha..seme pelakonnya comel2..apsal la pompuan korea seme kurus-kurus, kecil molek jer huhuhu dan ni citer muzikal..ada nyanyi dan menari
Citer tentang 6 orang pelajar di sebuah kolej yang bercita-cita untuk menjadi bintang terkenal.
:) berminat? sila la bersama-sama saya nonton nya..
Hmm tinggal 10 hari lagi saya akan di bedah..serius rasa takut,risau,cemas..melayan citer2 ni buat saya lupa kejap tapi citer single daddy in love tu citer pasal kesakitan juga..bercampur baur la plak perasaan saya time nonton.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan