Khamis, 17 Februari 2011

Mama Saya Lapar..Ilmu dan Amal

Saya memang peminat Wardina Safiyyah. Suka tengok perubahan nya dari zaman free hair hingga sekarang sudah beranak 3 tetapi saya tidaklah peminat yang fanatik..kalau kebetulan saya menonton MHI ada Wardina sebagai pengacara then saya akan tengok @ ada muka nya sebagai cover di Majalah, kebetulan poket ada duit so saya akan beli..Baru2 ni saya ke Pejabat Pos Alamanda dan terus berpeleseran di MPH nampak buku Mama Saya Lapar karya Wardina di cermin kedai jadi saya terus beli. Sudah tau lama Wardina ada menulis 2 buah buku, lancar bln 6 2010 tetapi tidak le pula saya berusaha mendapatkan nya..yer saya bukan lah di antara pembaca terawal!

Apa yang ada dalam buku ni? bagi saya bukunya sangat bagus untuk parent yang nak tahu apa makanan yang bagus untuk anak2 mereka dan macam mana nak bagi mereka makan makanan tersebut. Juga ada bonus resepi di dalamnya! Ammar sangat berminat dengan buku ini, siap cakap Ammar nak tengok je (umi dia kedekut sket takut Ammar koyakkan) ..kenapa Ammar berminat? sebab ilustrasi nya sangat la menarik, berwarna-warni, tulisan besar. Gambar makanan semua nampak menyelerakan, sampai Ammar pun,"umi nak ni!umi masak kan?"

Bahasa dalam buku ni pun santai tapi banyak ilmu,tips dan praktikal di dalamnya..Harga?RM19.90 je setebal 166 msurat.berbaloi-baloi!cubalah baca!

Cabaran sebenarnya nak mempraktikkan apa yang terkandung dalam buku ni.

"Ammar tak nak makan sayur, sayur tak sedap" ~huhu cabaran kan?

Dalam FB Wardina ada sebut pasal TRIANGLE OF PRODUCTIVITY
1-KNOWLEDGE
2-ACTION
3-CONTINUITY

Terdetik jugak kat hati saya sudah terlambat dalam mendidik anak2 makan makanan berkhasiat mugkin ada tapi peratusannya sedikit jika nak dibandingkan dengan Wardina ni tetapi Wardina ada sebut dalam buku tu ,"BETTER LATE THEN NEVER".

Taniah Wardina! Bukan senang nak cari buku-buku macam ni dalam Bahasa Melayu.
Ini satu lagi buku karya Wardina tetapi saya belum membelinya lagi, nak stori mori pun susah ..nanti ada masa akan terjah MPH lagi !

Tiada ulasan: