Isnin, 1 Ogos 2011

Bonus Khas Ramadan

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,"Umatku diberikan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika Ramadan iaitu;

1 - Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kasturi di sisi Allah.

2 - Para Malaikat beristighfar untuk mereka sehinga mereka berbuka.

3 - Allah memperindahkan syurgaNya setiap hari dan berfirman ,"Hampir-hampir hamba-hamba Ku yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu"(Mereka yang sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat)

4 - Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan selain Ramadan

5 - Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam (orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya). Ada sahabat yang bertanya kepada Baginda s.a.w,"Ya Rasulullah,apakah itu berlaku pada malam Lailatulqadar?" Baginda menjawab,"Bukan , tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesikan amalnya." (Riwayat Ahmad)

Dariapada Abu Hurairah r.a, Rasullulah s.a.w bersabda yang bermaksud,"Allah berfirman,"Setiap amalan manusia itu untuknya kecuali puasa.Ia untuk Ku dan Aku yang memberi ganjarannya." (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Tiada ulasan: