Jumaat, 29 Julai 2011

Kembali bertugas..Marhaban Ya Ramadhan 1432H

Semalam saya sudah kembali bertugas seperti biasa..rutin berpagi-pagi dengan anak-anak ,bergaduh ajak mandi,minum susu berjalan juga seperti biasa.


Alhmadullilah kesihatan semakin bertambah baik dan saya masih meneruskan pantang dan berharap dipermudahkan segala urusan, diberi kesihatan dan kecergasan sepanjang bulan Ramadhan.


Selamat berpuasa untuk semua yang singgah di sini.


"Ya Allah!Telah tiba bulan Ramadhan dan telah Engkau tetapkan ke atas kami berpuasa selama bulan ini. Dan Engkau telah menurunkan Al-Quran sebagai petunjuk untuk sekalian manusia dan sebagai penerangan bagi petunjuk dan kebenaran. Ya Allah!Bantuilah kami untuk mengerjakan ibadah puasa.Terimalah puasa kami dan peliharalah puasa bagi kami dalam kemudahan dan berilah kesihatan yang Engkau berikan kepada kami.Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu.Wahai Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani"

Tiada ulasan: