Selasa, 26 April 2011

Sesuatu telah berlaku kepada si Amir Nasser

Amir semakin lasak tahap gaban!Dalam tido pun lasak gak, macam2 aksi ,tuh aksi menonggeng dengan penuh keseksian huhu.

Ahad baru ni , Amir jatuh terlentang,terbalik dengan ketenya.
Ha!Nak buat aksi merempit lagi..nak angkat tayar depan alih2 terbalik apalagi berdetumm la kepala jatuh atas lantai dan mulut pecah terhantuk pada stereng kereta.
2 jam lepas jatuh Amir muntah untuk kali pertama.
Saya story kat hubby tadi dia jatuh, muntah ni bahaya la plak.
Kemudian kami bawak pusing2, dalam kereta Amir muntah lagi!
Terus balik tukar baju , cuci muntah dan bawak dia ke klinik Lita Alis.
Doktor bagi refer letter, minta bawak ke wad kecemasan @ hospital swasta jika insuran hubby cover kemudian doktor bekalkan ubat tahan muntah dan angin.
Sampai je rumah belum sempat bagi ubat Amir muntah lagi unuk kali ketiga. Selepas makan ubat nampak macam ok.
Maghrib saya ada telefon Ayah Wan tanya camne dia buat masa Madihah jatuh katil jadi mereka nasihatkan pergi x-ray sebab anak jiran depan rumah jatuh dan muntah2 juga tapi ibunya tak bawa ke hospital akhirnya sampai ajal budak tu.
Risau dengan keadaan Amir, saya cakap kat hubby jom le bawak Amir ke wad kecemasan, hubby cam bengang plak ..dia kata wad kecemasan tu kang tunggu lama. Saya cakap," ikut la kalau abg tak nak bawak takpe ,kalau jadi apa2 umi dah bagitau".
Risau Amir kehilangan banyak air dalam badan sebab muntah saya bagi dia minum air masak tapi lepas je minum air masak Amir muntah lagi!
Terus hubby ambil keputusan bawak Amir ke KPJ Kajang. Sampai KPJ Kajang, insuran hubby tak cover plak kalau nak buat pemeriksaan dengan Medical Officer, hanya pakar sahaja yang cover. Pakar pediatrik tak ada hari Ahad, pastu untuk x-ray kami kena bayar rm700.
Fikir punya fikir buat apa ada insuran kalau nak kena bayar2 plak kan, last hubby kata takpe la cancel patah balik ke wad kecemasan Hospital Putrajaya.

Sampai kad wad kecemasan tu alhamdullilah orang tak le seramai masa saya pergi hari tu.
Nak kebetulan juga serentak nak daftar dengan kami , seorang budak pompuan umur 1 thn 3 bln jatuh gak, merah dan bengkak kepalanya tapi tak muntah.
Lama juga menunggu sampai dipanggil, lepas terangkan keadaan Amir, doktor mintak p buat x-ray kepala...sian Amir kecik2 lagi dah x-ray!
Masa Amir x-ray pintu bilik x-ray terbukak, saya dan Ammar dapat la tengok dari jauh..sambil tu saya cakap kat Ammar,"Sian adik, tu la umi cakap Ammar dan Amir tak nak dengar main sampai jatuh, tengok apa dah jadi kepala adik kena x-ray, sian adik sakit tu, sian tak kat adik?"
Ammar jerit,"eh tak..tak..adik kuat..kuat ..kuat dik!" huhuhuhu banyak la ko punya kuat eh.

Result x-ray ok tak retak tetapi memandangkan Amir dah muntah doktor minta buat ct brain dan Amir akan diberi ubat tidur dulu coz masa ct brain tak boleh gerak2 kan kepala. Masa menunggu di bilik zon semi kritikal, Amir dok la merengek, "Abi mana? Abi mana? Nak Abi".
Nak abi jugak jadi abi la menemankan Amir buat ct brain.

Lama juga kami menunggu di luar. Ammar dah menceceh,"Abi ngan adik ni mana, kenapa lama sangat ni, jom la umi kita tengok nak?" Sudahnya tertido dia sampai kebas le kaki dan punggung umi meriba Ammar yang boleh tahan jugak le beratnya. Tak tahan kebas, saya amik keputusan gerak Ammar dan saya fikir nak balik dulu sebab jam dah dekat pukul 2 pagi. Ammar pun setuju nak balik kalau tak tak mau balik selagi abi dan adik takde,"ehhhhhhh mana bleh sian abi dan adik..tunggu la"

Sampai sekerat jalan , hubby call dah selesai tinggal nak amik ubat tahan sakit dan demam.
Gerun jugak drive lewat pagi ni, jalan sunyi je.

Alhamdullilah result ct brain tak de pendarahan dalaman tetapi doktor minta pantau 48 jam dari waktu Amir jatuh. Jadi saya bercuti 2 hari untuk pantau. Hari semalam Amir tidur lama , risau juga tapi saya fikir mungkin kesan ubat tidur..Hari ini wahh sudah kembali macam biasa melasak bukan main lagi, tak bagi ganas2 bawak kereta bantai turun naik terjun sofa plak dan panjat grill tengok orang potong pokok depan rumah. Bergaduh adik beradik jangan citer le ada jer hal yang digaduhkan.

Umi dia la over menjerit kan takut jatuh lagi!tiap kali jerit dua2 protes nangis kuat2!

haihssssssssss rasa nak ikat kaki tangan budak berdua ni suruh duduk diam-diam.


p/s: tq Ayah Wan dan Ibu Zu.

Tiada ulasan: