Sabtu, 29 Januari 2011

Ammar vs PT

Untuk memastikan PT-Potty Training Ammar berjalan dengan lancar, saya kena pastikan hatinya BAHAGIA..pagi2 dah layan je perangainya dan kena memberi pujian yang melambung-lambung, membuat kan dia terasa macam di kayangan barula proses PT nya akan berlangsung dengan HATI BAHAGIA dan PENUH KERELAAN..hehehe

Sesi PT baru bersambung kerana uminya sangat sibuk di hujung minggu dengan urusan rumah tangga huhuhu..memandangkan minggu depan ada banyak cuti dan kerja2 rumah telah diusahakan untuk siap dalam hari2 bekerja jadi WAJIB LA sesi PT diteruskan

Kami ada juga surf di internet cara PT yang berkesan, menyelusuri blog2 ibu tentang pengalaman diaorang PT pada anak2 dan tak lupa juga tanya kawan2,kakak2 dan tok Ammar..kawan2 ada yang cakap kalau nak senang, saya kena tunggu time berpantang bersalin sebab lama di rumah jadi masa banyak untuk PT,waaa gitu,ai kena pregnant huhu, nak tunggu cuti bersalin tahun depan time tuh Ammar sudah 5 tahun ,sudah terlewat tu..time tu nak ke TADIKA dah..along saya kira beruntung semua anak2 nya di asuh oleh MIL nya, jadi MIL nya berperanan lebih dalam PT..Angah saya pun beruntung kerana pengasuh anak2 nya rajin mengajar PT..cabaran mereka hanya pada waktu malam selalu "terbocor" di atas tilam..akak2 saya cakap, terbocor basuh la tapi kalau ari2 bocor ubatnya ROTAN...kata depa sangat berkesan dengan ROTAN, anak2 mereka terus ingat, nak ke****g terus bangun ke tandas

Di sekolah Ammar dan Amir tidak ada sesi PT, saya sangat cemburu membaca blog JIEY di mana sekolah anaknya Rayyan yang comel itu di ajar PT..kagum saya di situ di mana cikgunya boleh ajar anak2 ahli syurga itu PT berbanding sekolah Ammar dan Amir yang saya kira semua anaknya normal tetapi tidak ada PT..PT bagi mereka adalah tanggungjawab parent..memang betul bukan sahaja PT, mengajar dan mendidik memang tanggungjawab parent..pembelajaran anak2 bermula dari rumah..tetapi apakah mereka hanya pusat penjagaan kanak2 semata2? menjaga sementara mak bapak diaorang balik dari keje..tapi bayaran bulanan dan overtime kalau lambat ambil anak2 memerlukan RM yang banyak juga..siap2 ada kenaikan yuran dan caj ot lagi..harga barang banyak naik jadi harga yuran mereka wajub naik juga (katanya..)

Kenapa pula saya tiba2 bangkitkan isu sekolah Ammar ni? sebab kekadang ada rasa sedikit terkilan dengan cara pengurusannya , bukan sahaja saya, ayah wan , ibu Madihah dan hubby sendiri nampak apa yang saya nampak..tetapi kami masih mahu berbaik sangka..berfikiran positif..kami tak mengharapkan sesuatu yang "bersinar" di situ, kami cuma mengharapkan anak2 kami belajar kemahiran sosial, mereka seronok dengan kawan2 dan bila kami ambil mereka selamat dari sebarang kecederaan yang serius dan paling penting mereka GEMBIRA serta cikgu2 nya pun mesra alam..kesempurnaan tidak boleh diharapkan dari orang lain melainkan dari kami sendiri ibubapa mereka. Cabaran bagi ibubapa bekerja macam tu la. nak ambil bibik tapi dengan macam2 cerita mengenai bibik membuatkan hati berbelah bahagi jadi buat masa sekarang NO BIBIK..akan datang tidak tau la

Hasil PT hari ni amat memberansangkan..saya happy dengan Ammar. Setiap kali dia ke tandas untuk ke****g, basuh, jirus air banyak2 di lantai tandas dan kemudian lap serta pakai seluar sendiri, dia akan dengan sendirinya memuji diri dia,"Ammar pandai, Ammar bagus, Ammar baik" -tak lagi menagih umi dia memberi kata2 pujian hehehe

Amir belum boleh PT lagi..coming soon le..

Owh yer, saya hendak tekankan..saya tidak pernah mengharapkan sesiapa mengunjungi blog saya, saya menulis untuk anak2 saya dengan harapan nanti biler mereka sudah pandai membaca mereka boleh baca sendiri kisah2 mereka di sini, saya juga menulis untuk hubby, untuk adik beradik juga sebab mereka membaca perkembangan hidup kami di sini tetapi jika ada kawan2 atau sesiapa sahaja blog walking saya amat la berterima kasih dan gembira berkongsi cerita dengan semua

Isu boring la baca blog dia ni macam dia sorang je ada anak2 ,seme nak cerite..jawapan saya seperti di atas dan eh suka ati saya ler blog saya..hehehe kalau boring jangan di baca janggan singgah, tiada paksaan..apa yang penting saya suka sekali menjadi blogger dan saya tidak pernah boring membaca blog2 yang ada link di dalam blog saya..saya suka sekali membaca kisah2 mereka, kisah2 anak2 mereka, pengalaman dan kehidupan mereka..hampir semua entri terbaru (jika saya ada masa) akan saya baca...semua itu cerita mereka ILMU bagi saya..kadang2 membaca buku2 dan majalah2 parenting membuatkan mata berpinar2, saya memerlukan cara yang lebih santai untuk mengorek ILMU keibubapaan ni..jadi blog2 yang saya namakan tempat melangut sangat banyak info yang saya dapat!sangat mengujakan!dan sangat berterima kasih!

Dan saya juga sangatlah teruja sebab ada dikalangannya penulis blog menyelitkan kisah mengenai anak2 ni adalah seorang bapa seperti blog CERITA DENGAN ANAK, AMRAFARHAN, SAIFULISLAM.COM & AYAH WAN :)

Hmm ..mari teruskan perjuangan! :)

1 ulasan:

insan kerdil berkata...

'berkenalan' sesama insan....menambahkan hanya kefahaman....tentang hakikat suatu ketentuan...dalam menuju redha Ilahi...

ketentuan Allah adalah rahsia Allah...

wallahu'alam..