Rabu, 27 Oktober 2010

Ya Allah sembuhkan lah..

Semalam saya call angah saya untuk ucap hepi besday pada si kenit sofiya....angah beli kek untuk di sambut bersama2 kawan2 di pra-sekolahnya..citer angah hari ni mulut sofiya di sekolah asyik cakap hari ini besday piya!arini besday piya dekat kawan2 sekolah sampai beratur pagi pun dia memintas orang lain..biler cikgu tanya kenapa sofiya pintas orang ni..hari ni besday piya!!!jadi besday dia,boleh buat sesuka hati la????? :) si kenit sofiya ni tak ada mewarisi sakit asthma dan ekzema dari sebelah kami tapi mewarisi tonsil dari sebelah abinya..kesian dari kecil lagi tonsilnya kejap bengkak kejap elok...doktor tunggu sofiya besar sedikit untuk buat pembedahan..yang best nya kerana tonsilnya dia jarang kena marah apatah lagi di rotan,sebab kalau dia beria-ia menangis tonsilnya akan terus bengkak dan doktor tak beri dia menangis dan jerit menjerit kuat2..

Ya Allah sembuhkan lah sakit anak saudara ku ini.

Angah saya cakap mak ada call, sudah berada di Mekah dan sudah buat umrah..katanya abah tak sihat-demam,selsema,batuk dan demamnya sampai mengigil2..berbungkus dengan 2 blanket pun masih mengigil-gigil..buat umrah pun ditolak naik kerusi roda oleh pihak pakej..
Dari citer angah tu saya terus call mak untuk tahu status kesihatan abah..mak kata seumur hidup dia tak pernah tengok abah mengigil sampai macam tu sekali..teruk dan mak rasa takut..nasib baik la dapat bilik sebelah sahaja dengan abah dan abah duduk sebilik dengan tok sedara dan ayah sedara juga..jadi boleh diaorang tolong tengokkan abah..sudah 3 kali berulang alik ke klinik tapi demamnya tak kebah ,batuk menjadi2 dan tak ada selera makan..semalam kata mak abah tak dapat pergi masjid, nak berjalan kakinya mengigil-gigil..masa mak keluar nak ke masjid,abah masih tidur.

Mak kata harap2 abah sihat bila masa nak buat haji nanti..harapnya doa mak depan kaabah dimakbulkan..mak pesan buatla solat hajat dan baca yasin untuk abah..

Saya risau dan sedih.

Ya Allah sembuhkan lah sakit ayah ku.

Minggu ini kat opis ini air-cond nya terlampau sejuk..sampai saya rasa semput...sangat sejuk, saya tak tau kenapa suhu air cond nya sejuk sampai begitu sekali..kadang2 menganggu nak buat keje..kena pakai stokin,pakai jaket pun masih sejuk..

Saya cuba membayangkan keadaan sejuk abah yang mengigil2 di sana.


Tiada ulasan: