Selasa, 19 Oktober 2010

Panggilan tanah HARAM MU

Labaikallah Humma Labaik...
Salam dan selawat atas junjungan baginda Nabi Muhammad s.a.w.

Mak dan Abah saya akhirnya dimakbulkan Allah swt untuk menjadi tetamunya pada tahun ini.
Alhamdullilah.

Mereka bertolak ke sana pada 17/10 jam 5.00 pagi waktu tempatan.
Seawal pukul 10.00 malam kami semua dah menghantar ke Tabung Haji , Kelana Jaya..
Pengalaman pertama bagi kami menghantar orang pergi haji..

Ramai nya manusia..peniaga2 pun ambil peluang buka gerai2...paling tak tahan ada jual belon otomen,upin,ipin,mickey mouse..adehhhhhh belon buih pun ada sepanjang menunggu Ammar kejap2 merengek nak belon..Amir pun sama tapi tak ler seteruk Ammar..Ammar siap pakai berbaju Melayu lengkap bnersonggok tu anto tok dan aki..biler tanya tok dan aki p mana?..jawabnya p SURAU! hehehe..dugaan juga melayan kerenah si kecik 2 orang ni,cuaca pun panas dan sehingga lewat malam sudah meragam2 nak tido ..

Kami menunggu di situ sehingga pukul 12.45 malam
Lepas pengumuman untuk check in di buat berasak2 dah orang menghantar ke pintu masuk

Kami hantar sampai di situ sahaja...sedih juga rasa bila dengar "Labaikallah Humma Labaik..." bertalu2 dialunkan tapi tidak la sampai menitiskan air mata..mungkin sebab dalam hati saya ada rasa gembira akhirnya tertunai juga tanggungjawab mak dan abah laksanakan ibadah haji.

Pak Su ..saya kira orang yang paling sedih sebelum hantar lagi sudah asyik termenung..sedih katanya,anak manja mak sorang ni..Kami adik beradik awal2 lagi dah bersalam2 mohon maaf di rumah..abah tak mau tengah sibuk2 nanti kalut2 nak bersalam2..cuma saya sedikit terpegun bile tengok hubby cium dahi mereka, terutamanya mak saya la..1st time macam tu selalu hubby cium parent dia sahaja..:)

Mak nurui juga orang yang bersedih nangis2 ...anak yang suka melawan kata mak abah itu yang paling sedih rupanya..saya cakap kat dia kenapa nak bersedih sangat , pergi buat amal ibadah ni..Angah saya pun cakap betul kenapa nak bersedih..akhirnya dapat juga mak abah pergi , kalau dulu zaman kita kecik2, zaman susah mana sangka dapat pergi buat haji ni..

Hubby kata dia pun sedih dan nangis..waaaahh saya tak perasan biler dia nangis!

Hari Ahad dalam pukul 3.48 petang , saya dapat call dari abah katanya sudah selamat sampai di Madinah, mereka akan berada di Madinah selama 8 hari merebut peluang untuk solat 40 waktu di sana..Alhamdullilah..

Semalam pun abah ada telefon selepas saya hantar sms, katanya nak balas sms tak pandai telefon je reti..dan katanya sihat2 saje ..Alhamdullilah..

Saya pun bercuti semalam..merehatkan badan..letih juga melayan dan memasak untuk adik beradik..mereka semua berkumpul di rumah saya sejak hari Jumaat. Adik di Chini dan Sarawak sahaja tak dapat datang ke sini..seronok dapat peluang berkumpul dan of course ada je gosip2 ..tak insaf2 nih huhu..semalam saya rasa seronok ,sekali sekala dapat tido dan berehat tanpa anak2..hehe yer Ammar dan Amir saya hantar ke nursery semalam..seawal pagi juga saya bangun siapkan mereka dan saya juga terpaksa bersiap2 seperti hendak pergi kerja..berbaju kurung bagai..itu budak- si Ammar Yasir sudah pandai..kalau saya pakai suar dgn tshirt/blaus dia sudah tau ini bukan nak p keje ni.."umi nak jalan ek, Ammar nak ikut boleh?" jadi terpaksa la berlakon! ;P

Apa pun saya mendoakan mak dan abah di permudahkan segala urusan menunaikan ibadah di sana, di beri kekuatan,kesihatan tubuh badan dan paling penting semoga beroleh HAJI MABRUR.Amin.

p/s : Doa saya agar kami dapat ke sana juga satu hari nanti,kalau boleh di usia yang masih muda.Amin.

Tiada ulasan: