Isnin, 2 Ogos 2010

online cookies@dihujung jari

Sekarang di zaman semuanya leh beli on9..kuih raya pun dah boleh beli on9!


Ni antara kuih yang dijual..sebab saya suka tart dan biskut arab jadi saya tunjuk pic dua biskut ni jer...so kalau berminat dan terliuq terjah la Aza Cookies


ni citer lain plak.

Impak dari n3 yang berkisah pasal keboringan..saya telah mencari sesuatu sebagai terapi jiwa dan minda..

Alkisah boring sampai rasa nak pecah dada..sampai berangan2 nak tanam bunga dan sayur utk lepaskan boring!

So MESTI ajak hubby p alamanda semalam,singgah MPH.Hajatnya nak beli novel Ayat-ayat Cinta karya Habiburrahman El Shirazy tapi ternampak novel baru keluaran beliau Bumi Cinta terus sambar...bagus novel2 beliau temanya pun "sebuah novel pembanguna jiwa" ~utk bangunkan balik jiwa saya yang boring.

Sebenarnya dah pernah beli novel Ayat-ayat Cinta ni tapi biler nak baca semula tercari2 dan mencari kat rak buku sekitar rumah takde!??? puas tanya hubby tanya adik beradik kot ada pinjam pasai depa ni kalau mai suka ambik bawak balik buku, pinjam katanya..tapi ndak pulang..gue stress ni..kerana hati meronta2 nak baca semula novel tu tekad nak p cari dan beli lagi [kali ni kalau ilang sah2 ada bunian kat umah tu ambik buku2 ku]

Ramai yang suka membaca novel Ayat-ayat Cinta ni rupanya, saya tgk dah cetakan ke 14 di Malaysia..


Dan novel Bumi Cinta ni cetakan pertama di Malaysia.

"Apa yang akan berlaku jika seorang graduan lulusan agama bernama Muhammad Ayyas, hidup di negara yang amat menjujung tinggi seks bebas dan pronografi, iaitu Rusia?Adakah iman dan kehormatannya dipertaruhkan demi memenuhi hasrat duniawi gadis-gadis Moskow,yang kecantikan tiada taranya?"

Nak tau citernya? sila la beli harga nya cuma RM25.90 untuk sebuah NOVEL PEMBANGUN JIWA :)

Tiada ulasan: