Khamis, 1 Julai 2010

Majlis Farewell

Semalam saya dapat jemputan dari Kelab Kebajikan Bahagian Teknologi Maklumat, ICU JPM untuk majlis perpisahan saya dan beberapa orang rakan lain. Walaupun dah sebulan tinggalkan ICU tapi baru ada majlis perpisahan dari Kelab Kebajikan coz depa nak buat beramai-ramai..jimat duit kelab sket.

Jemputan kul 5.00 ptg lepas office hour so saya sampai dalam pukul 5.30+ ptg...nak citernya majlis kali ni meriah betui...bersekali dengan upacara menyambut menantu BTM bagi mana2 pegawai yang berkahwin pada cuti sekolah baru ni..wahh ada 4 pasangan pengantin ...siap ada iringan bunga manggar, paluan kompang dan pelamin lagi atas pentas tu..pastu ada upacara menepung tawar lagi,bunga telur pun ada! seronok jugak tengok pengantin ada pakai baju lip lap lip lap lagi duduk atas pelamin, sambil menepung tawar ada yang mak dara dan pak dara yang berkaroeke lagu renjis2 di pilis ..Seumur hidup saya ni 1st time menepung tawar ni upsss gayat!!! dah habis menepung tawar ada majlis potong pulut kuning plak ..siap 2 tingkat lagi pulutnya...

Dalam pukul 6.00+ ptg jugak la baru selesai majlis dan boleh makan...menu apa la? Nasi Arab dan ada kuih muih..1st time dalam idup saya rasa daging kambing, ambil seketul kecik je,wahh boleh tahan rasa daging kambing..lembut je ek..sedap juga...yang lain sebenarnya seronok jumpa kawan2 jer...dapat borak2 soalan biasa best tempat baru?syok tak?best?best?best?ok?ok ke tempat baru? JAWAPANNYA OK :) tapi kalau orang bagi pilihan ok kerja ke atau ok duduk rumah? saya jawab TAK OK LA KERJA..hehehe syok duduk rumah tapi dengan syarat ada gaji jugak la bulan2 hahaha.

Borak punya borak dalam kul 7.30 mlm jugak la sampai rumah, solat jemaah maghrib pun ada tapi saya tak le ikut serta hubby dan anak2 ada di rumah. Terima kasih la pada kelab buat majlis ni dan jugak trimas la pada hadiah frame beso gambo air terjun berelektrik itu...boleh la gantung kat rumah..
Sampai di rumah walaupun perut dah kenyang kena masak pulok la untuk hubby dan anak2 ..hubby cakap dia malas nak kuar beli makanan dah, kalau tak nak massak dia makan maggi je..UGUT ke haper tu????? cesss takpe masak-masak tapi telur goreng dgn ikan bilis je la boleh? letih ni....

pst minggu depan ada undangan lagi...insya allah tak de aral saya pergi...kali ni kena bawak kamera la, takde gambo2 kenangan koleksi peribadi la sebab fikir kawan2 lain banyak yg amik gambo ada dalam facebook ..kalau facebook tutup abih ler haiii.

2 ulasan:

ummi sofiyyah berkata...

uii...meriah sgt tu...siap ada pelamin...buat kat dewan mkn ker?
p/s: 6hb nnt pegi? g sama2 nak...

nuni berkata...

buat kat dewan teater tu kak...tu kak zalinah cakap zaman kiter ada tak nak lak buat gitu ekekeke...yup p sama2 yer..