Rabu, 21 Julai 2010

Lanjutan kisah telinga

Kisah telinga belum habis lagi.

Telinga si kecik Ammar dah ok, saya nampak sudah separuh dari taik tinganya sudah keluar, saya tidak korek kerana duduknya tidak la diam..hendak titis ubat lagi katanya, "tak payah la umi, tak payah"..sudah terbanyak bercakap sket si Ammar sekarang. Bebaru ini, umi dia ketensenan kerana budak berdua ittew asyik la membuka peti ais..sampaikan peti ais sejuk beku pun Ammar sudah boleh capai dan bukak untuk ambil ais tapi tak berjaya jadi dia berpaut pada peti untuk cuba amil jugak ais...seram saya menengoknya takut peti ais menghempap Ammar walaupun nak di kira logiknya tak kan peti ais yang seberat itu mampu tumbang dengan kudrat si Ammar kan..jadi untuk menggelakkan dia dari menghampiri peti ais, saya telah meletakkan lipas yang di letak dalam plastik dan di ikat di depan pintu peti ais...hehehehehe bijak tak umi dia?

Owhhh Ammar menjerit sakan marah dan yang paling buat umi dia terkezuttt beruk ialah dia berkata." oiii gila aaaa,gila ke?" hampess punya anak dia kata umi dia gila!!!! terkezutt pasal kami tak pernah ler menyebut gila!gila!gila!...ini sure ler pengaruh rakan sebaya di nursery !!!huhuhuhu

Berbalik pada citer telinga...

Dua2 telinga hubby berdengung semula...bila saya tengok lahai taik tinga dia tutup balik lubang tinga (full tank dah taik dalam tinga)...so dia p ler klinik , kali ni klinik lain pulok ..klinik An-N*sa..nak vacum je tinga ni katanya, masaloh nya tak tanya Dr ada vacum tak?..so Dr kata dua2 tinga full , taik tinga dah mampat...nasib baik datang cepat,takut nanti lama2 sakit tinga dan ada jangkitan tinga pulak..ada fungus lagi susah..saya bagi ubat titis dulu (sama je soliwax jugok)...3 hari datang balik kiter cuci...(sama je kan macam klinik aritu)

So hubby pun giat ler menitis ubat ke dalam tinga sampai pekak katanya...saya pun tensen nak kena cakap kuat...hari ke-3 hubby p ler klinik tu semula nak cuci..huhuhu..sama je cara nak cuci macam si Ammar...dah tu tinga masih jugak berdengung, Dr kata taik tinga dah jadi lembut sangat pulokkkkkkkkkk dia cuba nak ambil dengan alat khas tak dapat..ayopppp apakah yang terjadi ni???? apakah membazir duit je kan (nasib baik panel bayor)..hubby dah tensen tak dapat nak solve jugak tinga dia yang berdengung...Dr mtk hubby cuba buat sendiri plak, pakai air suam kuarkan taik tinga yang tetingaiii...sudahnya hubby korek sendiri sket2..sekarang dah semakin OK katanya.

Kesan dari isu taik tinga dua beranak ni, seperti biasa hubby sangat la ghajin mengorek dan mengeledah info2 di internet jadi dia surf la bab2 "TELINGA DAN TAHI TELINGA KU" ekekeke...so saya jadi tukang buat rumusan je untuk panduan kita bersama dan rujukankami di masa hadapan.

Dari artikel2 tu, ada cerita memang kiter sudah dibiasakan dari kecik lagi korek taik tinga..macam2 mende kiter guna utk korek taik tinga kan...dulu masa kecik2 sebelum ada nya putik kapas saya ingat mak saya, ambik mancis sebatang, ambil kapas sket gulung2 padang mancis tu buat korek tinga...tak pun arwah tok saya ambik bulu ayam, tinggai bulu hujing tu sket korek taik tinga..sangat syiokkk oooo rasa nak tido jerrr...ataupun pin rambut yang itam tu dibuatnya korek tinga pastu sepit rambut pulokkkk hehehe..dah ada putik kapas barula orang2 skang pakai putik kapas konon nak bersihkan tinga , kang pekak pulok tiak tinga banyok dalam tinga kan...

Jadi sebenarnya amalan dan tanggapan kiter tu salah..kalau diikutkan sebenarnya kalau ditanya dengan klinik2,pakar telinga penggunaan putik kapas adalah tidak bagus dan boleh menyebabkan kite mempunyai masalah pendengaran. Ini saya ambil petikan dari Dr Aminuddin Saim , seorang pakar telinga,hidung dan tekak dari hospital swasta..

"dalam keadaan normal, tahi telinga akan keluar
sedikit demi sedikit kerana lapisan kulit telinga
mempunyai mekanisme yang akan mengeluarkannya secara
berterusan. Justeru, beliau berkata, anda tidak perlu
mengorek telinga atau mengeluarkan tahi telinga dengan
bahan yang sering kali digunakan untuk tujuan itu"

"Apabila tahi telinga itu sudah terkeluar dan
terlihat, anda boleh membersihkannya tetapi jangan
pula mengorek telinga dalam-dalam kerana ini boleh
menjejaskan kesihatan telinga anak anda"


"korek telinga bukan saja tidak
perlu dilakukan di kalangan kanak-kanak, malah setiap
individu tidak sepatutnya mengorek telinga.
Beliau berkata, lazimnya, ibu bapa menggunakan putik
kapas untuk mengorek telinga anak-anak mereka tetapi
bahan itu boleh menyebabkan tahi telinga
semakin terbenam, melecet atau luka pada kulit telinga
dan putik kapas tertinggal di dalam telinga"

"ada juga yang mengorek telinga dengan
pengorek telinga diperbuat daripada besi dan ini lebih
berbahaya kerana ia boleh menyebabkan luka dan
dikhuatiri boleh tertembus pada gegendang telinga dan
seterusnya memudaratkan pendengaran
"

"tahi telinga ialah satu bahan di
dalam telinga yang terdiri daripada serumen (lilin
telinga) iaitu kelenjar yang dikeluarkan oleh telinga.
Katanya, hasil campuran keretin, debu, kotoran,
lelemak dan bulu telinga akan membentuk tahi telinga"

"tahi telinga boleh dibahagi
kepada dua jenis iaitu keras dan lembut dan sebahagian
besar masyarakat Asia mempunyai tahi telinga jenis
keras. "Keras atau lembut tahi telinga bergantung
kepada faktor genetik dan lelemak yang terkandung di
dalam tahi telinga," katanya.

"tahi telinga bertindak sebagai
pelindung kepada telinga anda kerana lendir atau
cecair yang terkandung di dalamnya boleh menyebabkan
debu terlekat, kesukaran dimasuki serangga dan
mengelakkan jangkitan serangga
"

"beliau menasihatkan ibu bapa supaya
tidak mengorek telinga anak mereka dengan apa juga
bahan kerana bimbang ia boleh menyebabkan luka dan
kurang ketahanan untuk bertindak sebagai pelindung.
"Telinga yang terluka akan mudah ditumbuhi dan
dijangkiti kulat serta bakteria. Selain itu, amalan
mengorek telinga juga dikhuatiri boleh menyebabkan
kerosakan pada gegendang telinga
"

Tu dia...dan lagi ada jugak kata Dr ni orang yang ada masalah taik tinga dia tak leh kuar sendiri..
Apakah Ammar termasuk dalam kategori ini?

"ada segelintir
individu yang mengalami masalah tahi telinga tidak
terkeluar dengan sendiri dan keadaan ini dikenali
sebagai keratosis obsturans. Katanya, mereka yang
mengalami masalah ini perlu berkunjung ke hospital
untuk membolehkan pakar telinga, hidung dan tekak
mengeluarkan tahi telinga"

"Lazimnya, telinga pesakit akan dimasukkan ubat titik
atau minyak zaitun bagi membolehkan doktor menggunakan
sejenis alat bagi menyedut tahi telinga mereka"

"Kanak-kanak yang mengalami masalah itu selalunya akan
berasa tidak selesa dan kurang mendengar kerana tahi
telinga mereka keras dan tidak terkeluar sebagaimana
dalam keadaan normal. "Bagaimanapun, keadaan seumpama
itu amat jarang berlaku kerana lazimnya, tahi telinga
akan terkeluar dengan sendiri"


lain2 info :

Kesan mengorek telinga

Menjadi sesuatu yang lumrah bahawa apa sahaja yang dijenamakan sebagai ‘tahi’ itu perlu dicuci. Di sinilah timbulnya kesilapan yang pertama.

Lilin telinga terhasil daripada proses fisiologi dalam diri manusia. Amaun yang dihasilkan amatlah sedikit.

Apa yang menjadikannya banyak ialah tindakan kita yang sering mengganggu proses pencucian lilin telinga ini yang sepatutnya berlaku tanpa diganggu.

Rerambut halus yang terdapat dalam saluran telinga sebenarnya telah diprogramkan untuk ‘menyapu keluar’ lilin telinga ini.

Disebabkan itulah bagi mereka yang tidak menggunakan putik kapas, akan terasa seperti debu-debu berhampiran dengan kawasan cuping telinga.

Itu sebenarnya ialah lilin telinga yang secara automatik telah disapu keluar oleh petugas-petugas yang sentiasa bekerja di dalam telinga kita.

Apabila tugas mereka diganggu, maka semakin hari semakin banyaklah lilin telinga akan terkumpul dan terperosok ke bahagian yang lebih ke dalam.

Sampai ke suatu tahap, kita akan mengalami apa yang dikenali sebagai kurang dengar jenis konduktif (conductive hearing loss).

Tidak kurang juga kes-kes di mana hujung kapas terlucut daripada bahagian plastiknya dan menyebabkan ia tertinggal di dalam lubang telinga.

Ia tidak dapat dikeluarkan di rumah oleh pesakit sendiri atau kawan yang ingin membantu. Ini kerana lokasinya yang agak jauh ke dalam, ruangnya yang sempit serta susunan saluran telinga yang tidak lurus sepenuhnya.

Pengeluaran kapas berkenaan biasanya memerlukan pemeriksaan mikroskopik dan putik kapas yang tertinggal diambil keluar dengan menggunakan forseps.

Ada juga di kalangan kita yang menggunakan benda-benda yang lebih berbahaya seperti pin rambut, lidi, hujung pensel dan sebagainya untuk mengorek telinga.

Penggunaan alat-alatan ini lebih mengundang padah kerana ia akan lebih mendedahkan pesakit kepada kecederaan yang serius seperti luka pada saluran telinga dan kerosakan pada gegendang telinga selain daripada ia turut mendedahkan kepada risiko jangkitan kuman pada saluran telinga yang dipanggil otitis eksterna.

Kurang dengar

Apabila terlalu banyak lilin telinga yang termampat dan terperosok ke dalam, ia semakin menghampiri gegendang telinga.

Gegendang ini berfungsi sebagai penukar daripada tenaga bunyi kepada tenaga getaran atau mekanikal.

Apabila ada sesuatu yang menyentuh apatah lagi menghimpit dan menekan ke atasnya, maka sistem konduksi bunyi akan terganggu dan terjadilah masalah pendengaran.

Perlu difahami, kehadiran gumpalan lilin telinga yang termampat akibat sentiasa ditolak masuk oleh putik kapas akan menyebabkan gelombang bunyi yang sepatutnya masuk ke dalam telinga akan terhalang.

Lantas, jumlah stimulasi bunyi yang sampai ke gegendang untuk diinterpretasi akan menjadi minimum dan mungkin tidak cukup untuk tahap pendengaran yang jelas.

Rawatan

Pesakit selalunya akan hadir ke klinik dan hospital apabila terjadinya masalah pendengaran yang mengganggu tugas harian mereka.

Ada juga di kalangan pesakit yang menghadapi bunyi bising (tinnitus) di dalam telinga. Setelah menjalani pemeriksaan dan lilin telinga termampat disahkan, doktor akan menggunakan beberapa kaedah untuk mengeluarkannya.

Kaedah konvensional yang digunakan ialah dengan memancutkan air suam ke dalam telinga dengan menggunakan picagari (ini hanya boleh dilakukan oleh mereka yang terlatih sahaja).

hmmm...saya rasa, selepas ini saya erlu memantau keadaan taik telinga 2 beranak ini untuk pastikan adakah perlu di bawa ke Pakar ;)

Tiada ulasan: